Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Sunday 31 August 2008

Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak

Perutusan Khas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang sempena Ramadhan Al-Mubarak
Posted on 31 AUG,2008


Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. -

Presiden PAS

Seterusnya......

Kerajaan Perak Tumbang 31 OGOS 2008

Kerajaan Perak Tumbang 31 OGOS
Posted on 31 AUG,2008

Awal bulan ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali
melahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu akan jatuh menjelang sambutan Hari Kemerdekaan yang jatuh hari ini.

Pengerusi BN Perak mengharapkan lebih daripada dua ADUN Pakatan Rakyat akan menyertai BN.

Malah akhir bulan lalu, Tajol Rosli ada menawarkan jawatan Menteri Besar kepada PAS jika bersedia untuk membentuk kerajaan campuran dengan BN.

Ir.Nizar merupakan wakil PAS akan dikekalkan sebagai Menteri Besar.
Turut ditawarkan ialah tiga ataupun empat jawatan Exco kepada parti PAS.Beliau tidak memenggang sebarang jawatan pun tidak mengapa,begitulah harapan beliau terhadap PAS akan bersama dengan UMNO.

Sekarang sudah nak habis 31 OGOS,nak masuk Ramadhan di mana umat Islam di Malaysia akan memulakan puasa pada 1 Sept 2008.

Berakhirlah cerita dongeng yang di bawa oleh Tajul Rosli.Mungkin cerita ini akan bersambung pada tahun hadapan.

Seterusnya......

Saturday 30 August 2008

Ketua Pemuda PAS Juara Finalis Akademik Nasyid TV9

Azhan Juara Akademik Nasyid 2008
Posted on 30 AUG,2008














Tahniah buat saudara Azhan kerana berjaya memenangi Juara Akademik Nasyid yang baru sahaja tamat sebentar tadi. Saudara Azhan membuwa pulang wang tunai $RM100k yang di sampaikan oleh Menteri Di Perjabat Menteri Yg. berhormat Datuk Seri Zahid Hamidi. Mudah-mudahan Azhan tetap dalam perjuangan.

Seterusnya......

Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51

Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51 Presiden Pas
Posted on 30 AUG,2008



Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini.
Iklan

Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah.

Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948.

Malah tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan.

Kerana itu PAS telah terlibat secara aktif bersama parti-parti lain ketika itu bagi menuntut penjajah British untuk mengadakan pilihan raya umum sehingga terzahirnya pilihan raya umum persekutuan pada tahun 1955 dimana PAS telah mengambil bahagian dan memenangi satu kerusi.

Di ambang kemerdekaan ketika itu PAS juga turut mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Kerana itu PAS turut berbangga merayakan ulangtahun kemerdekaan ini sehinggakan perlembagaan PAS fasal 5(2) menyebut bahawa tujuan perjuangan PAS termasuklah mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Sepanjang 51 tahun usia kemerdekaan negara ini PAS telah terus gigih berjuang jatuh dan bangun mengisi kemerdekaan ini dengan Islam yang merupakan prinsip dan dasar perjuangannya.

PAS telah menyumbang dalam pembangunan negara melalui wakil-wakil rakyatnya serta kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpinnya disamping yang ia turut serta terlibat di dalamnya.

Saya yakin dan percaya berteraskan dasar perjuangannya itu PAS akan terus berperanan di dalam negara Malaysia yang Merdeka dan berbilang kaum ini sehingga lahir di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil dan saksama yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dengan peraturan dan hukum yang diredhai Allah SWT.

Politik Islam yang luhur yang dibawa oleh PAS akan terus relevan kerana ianya keperluan manusia secara fitrah dan menepati obejektif peranan manusia yang dijadikan oleh Tuhan pencipta alam ini. Allah swt telah menetapkan beberapa prinsip yang menjadi landasan yang wajib ditaati oleh hamba ciptaanNya secara menyeluruh. Prinsip ini terkandung dalam surah an Nisa ayat ke 58-59:

"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51, "Perpaduan teras kejayaan" dengan izin Allah SWT.

Presiden PAS_

Seterusnya......

Friday 29 August 2008

Ucapan penuh Bajet 2009 oleh Perdana Menteri

Ucapan penuh Bajet 2009 oleh Perdana Menteri
Posted on 29 AUG,2008

Tuan Yang di-Pertua,

SAYA mohon mencadangkan supaya suatu Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2009 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.


PENDAHULUAN
Bismillahir Rahmanir Rahim


Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan izin dari-Nya jua, saya dapat membentangkan Bajet 2009 di Dewan yang mulia ini.

Sejak lima puluh satu tahun yang lalu, Kerajaan berjaya membawa kesejahteraan kepada rakyat, berlandaskan kepada prinsip perkongsian kuasa, mengutamakan kestabilan politik, berpegang kepada kesederhanaan dan mementingkan kemakmuran ekonomi. Sebenarnya, negara kita merupakan antara negara yang paling stabil dan makmur di rantau ini. Kejayaan ini dicapai sungguhpun negara menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, terutamanya pada tahun 1969, 1972, 1986 dan 1997. Setiap krisis itu kita atasi. Hari ini kita berdepan dengan persekitaran harga global yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan. Namun, saya yakin, sekiranya kita kekal bersatu padu, kita akan sekali lagi berjaya mengatasi cabaran yang dihadapi sekarang.

Semangat setia kawan yang ikhlas teruji ketika kita menghadapi kesukaran dan kesusahan. Kawan di masa senang memang ramai, tetapi kawan sejati yang setia dan sanggup bersama di masa susah tidak mudah dicari. Semangat kesetiaan kepada negara dan bangsa adalah amat penting untuk membina sebuah negara yang aman dan makmur. Dalam negara berdemokrasi memang wujud perbezaan pendapat. Sungguhpun begitu, kita harus bersatu teguh apabila berdepan isu-isu bersabit kepentingan negara.

Persekitaran ekonomi dan pasaran kewangan global kini menghadapi cabaran dan perkembangan tidak menentu. Seluruh dunia terpaksa menanggung beban akibat dari harga minyak yang meningkat tinggi secara mendadak, di samping meningkatnya harga bahan makanan dan komoditi lain. Ketidakstabilan sektor kewangan di Amerika Syarikat menggugat pertumbuhan ekonomi di negara tersebut serta Eropah. Walaupun aktiviti ekonomi di rantau Asia, terutamanya India dan China, kekal menggalakkan, namun sokongan permintaan domestik di negara-negara tersebut mungkin terjejas sedikit akibat tekanan inflasi. Senario ekonomi ini pastinya mempengaruhi perkembangan ekonomi global dan ekonomi negara kita tidak terkecuali dari pengaruhnya.

Kita bersyukur kerana ekonomi negara terus kukuh dan berdaya tahan. Asas ekonomi dan pasaran eksport yang pelbagai, serta rizab antarabangsa yang tinggi, meletakkan ekonomi negara lebih fleksibel untuk menghadapi persekitaran luar negara yang mencabar.

Ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang mantap. Asas ekonomi negara yang kekal kukuh serta peningkatan permintaan dalam negeri membolehkan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) bagi suku pertama mencatat pertumbuhan 7.1 peratus, dan 6.3 peratus bagi suku kedua, lalu meletakkan KDNK bagi setengah tahun pertama 2008 pada tahap 6.7 peratus. Berasaskan daya tahan ekonomi yang kukuh, pengalaman dan keupayaan negara, serta sokongan padu rakyat, kita berjaya mengatasi beberapa krisis ekonomi dan kewangan terdahulu. Meskipun negara tidak terkecuali daripada kesan negatif disebabkan harga minyak yang meningkat, Kerajaan yakin ekonomi negara akan terus stabil, dengan pertumbuhan KDNK dianggarkan 5.7 peratus pada tahun ini.


BAJET 2009

Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang kita bina selama ini terus terjamin. Untuk itu, adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya kita berupaya menangani kesan persekitaran luar yang semakin sukar.

Bertemakan Kerajaan Prihatin dan selaras dengan lima teras Misi Nasional, Bajet 2009 akan menumpukan kepada tiga strategi khusus, iaitu:

Pertama: Menjamin Kesejahteraan Rakyat;

Kedua: Membangunkan Modal Insan Berkualiti; dan

Ketiga: Memperkukuhkan Daya Tahan Negara.


STRATEGI PERTAMA: MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Kerajaan akan terus memastikan rakyat sama-sama menikmati kemakmuran, hasil daripada pertumbuhan ekonomi negara. Untuk ini, Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan Keselamatan Sosial

Kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan miskin. Kesukaran yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, berikutan daripada kenaikan kos sara hidup, amat difahami oleh Kerajaan. Menyedari hakikat ini, Kerajaan menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk Semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 sebulan untuk Sabah. Ini bermakna, bilangan penerima bantuan meningkat dua kali ganda daripada 54,000 isi rumah kepada 110,000 isi rumah. Ini termasuk bilangan warga emas yang layak meningkat daripada 14,000 kepada 40,000 penerima. Langkah ini melibatkan perbelanjaan tambahan sejumlah RM500 juta.

Kerajaan menghargai jasa pesara yang menyumbang kepada kemajuan yang kita kecapi hari ini. Bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara Kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan, mulai 1 Januari 2009. Peningkatan ini melibatkan seramai 75,000 pesara wajib, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada 2009.

Kerajaan menyediakan tabung bantuan bagi mereka yang dilanda bencana, seperti banjir dan kebakaran. Untuk memperluaskan skop bantuan, Kerajaan akan menubuhkan satu tabung bantuan khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang kehilangan punca pendapatan secara mengejut, seperti akibat kemalangan.

Kerajaan prihatin terhadap kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dalam suasana kekeluargaan. Sebagai satu inisiatif, Kerajaan, dengan kerjasama sektor korporat, mewujudkan program Rumah Tunas Harapan, di mana sektor korporat menyediakan rumah, manakala Kerajaan membayar kos mengurus. Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, Kerajaan akan menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 September 2008. Untuk memperluaskan lagi program ini, Kerajaan menyeru kerjasama sektor swasta untuk membina lebih banyak Rumah Tunas Harapan.

Membasmi Kemiskinan

Pelbagai langkah yang diambil oleh Kerajaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Bilangan isi rumah miskin tegar berkurangan 43 peratus daripada 67,300 isi rumah kepada 38,400 isi rumah pada tempoh yang sama. Kerajaan yakin matlamat menghapuskan kemiskinan tegar akan dapat dicapai pada 2010.

Kerajaan akan terus melaksanakan program meningkatkan pendapatan serta menyediakan latihan kemahiran dan kerjaya di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Selain itu, Program Lonjakan Mega Luar Bandar di Pulau Banggi, Sabah dan Tanjung Gahai, di Kuala Lipis, Pahang sedang dilaksanakan. Untuk tujuan ini, peruntukan RM220 juta disediakan, yang akan memanfaatkan 13,300 isi rumah.

Bagi perumahan pula, dalam tempoh 2006 hingga 2008, sebanyak 3,500 rumah baru dibina dan dua ribu rumah dibaik pulih di bawah Program Bantuan Rumah untuk membantu keluarga miskin tegar memiliki rumah kediaman yang selesa. Pada tahun 2009, peruntukan RM50 juta disediakan untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih seribu buah rumah. Keutamaan diberi kepada golongan tua, uzur, cacat dan ibu atau bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan serta mangsa bencana alam.

Kemiskinan tegar di Sabah dan Sarawak juga dikurangkan dengan ketara. Di Sabah, jumlah isi rumah miskin tegar dikurangkan daripada 32,400 pada tahun 2004 kepada 18,100 pada tahun 2007. Di Sarawak, jumlah tersebut berkurangan daripada 5,200 kepada 3,600. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di kedua negeri tersebut, terutamanya mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan RM420 juta bagi Sarawak.

Sebagai satu langkah Kerajaan meringankan lagi beban kewangan golongan berpendapatan rendah, isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik, berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009. Kerajaan akan menanggung kos bil tersebut yang berjumlah RM170 juta. Seramai 1.1 juta isi rumah akan mendapat manfaat daripada langkah ini.

MENINGKATKAN PENDAPATAN BOLEH GUNA RAKYAT

Tuan yang di-pertua,

Kerajaan sedar bahawa peningkatan kadar inflasi turut memberi kesan kepada kuasa beli golongan berpendapatan sederhana* untuk membantu mereka, kerajaan mencadangkan rebat cukai RM350 seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah* berikutan langkah ini, seramai 100,000 pembayar cukai dalam golongan pendapatan sederhana tidak lagi dikenakan cukai*

Di samping itu, untuk mengurangkan beban cukai, terutamanya individu yang bergantung kepada pendapatan daripada simpanan, kerajaan mencadangkan pendapatan faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai*

Bagi menangani kesan kenaikan harga barangan pengguna, kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di antara sepuluh peratus dan 60 peratus kepada di antara lima peratus dan 30 peratus* barangan terlibat termasuk pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik* di samping itu, kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barang makanan di antara dua peratus dan 20 peratus dikecualikan sepenuhnya* antara barang makanan terlibat adalah mihun, biskut, jus buah-buahan dan jagung manis dalam tin*

Pada masa ini, kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat dikenakan cukai jalan yang lebih tinggi berbanding kenderaan sama berenjin petrol* kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, berkuat kuasa 1 september 2008*

MENJAMIN KEBAJIKAN PEKERJA

Tuan yang di-pertua,

Sektor swasta perlu mengutamakan kebajikan pekerja* untuk menyokong usaha sedemikian, kerajaan mencadangkan elaun perjalanan antara rumah dan tempat kerja yang diberikan oleh majikan kepada pekerja diberi potongan sepenuhnya, manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga RM2,400 setahun*

Di samping itu, kerajaan mencadangkan pengecualian cukai diberikan ke atas manfaat yang dinikmati pekerja, seperti berikut:

Pertama: bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga RM300,000 untuk perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan;

Kedua: telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan internet yang dibayar oleh majikan;

Ketiga: nilai diskaun sehingga Rm1000 setahun ke atas barangan jualan syarikat yang ditawarkan kepada pekerjanya;

Keempat: nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang ditawarkan kepada pekerja, seperti sekolah swasta yang memberi pendidikan percuma kepada anak pekerjanya; dan

Kelima: elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun bagi anak-anak pekerja*

Pada masa ini, pengecualian cukai ke atas manfaat perubatan yang disediakan oleh majikan tidak merangkumi perbelanjaan materniti* kerajaan mencadang memperluaskan pengecualian cukai kepada perbelanjaan materniti* di samping itu, memandangkan terdapat rakyat yang menggunakan perubatan tradisional, seperti akupunktur dan ayurvedic, kerajaan juga mencadangkan pengecualian cukai diberi ke atas manfaat perubatan tradisional yang diterima oleh pekerja*

Untuk membantu penjawat awam, kerajaan akan meningkatkan tahap kelayakan untuk mendapat subsidi yuran taska bulanan RM180* tahap kelayakan pendapatan isi rumah bulanan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM3,000, mulai 1 januari 2009*

Pada masa ini, kakitangan Kerajaan diberi kemudahan tambang pergi balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal, iaitu di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Bagi mengeratkan silaturahim keluarga, kemudahan ini akan diberikan setiap tahun, mulai 1 Januari 2009.

Menambah baik pengangkutan awam

Kerajaan akan terus menggalakkan lebih ramai warga menggunakan pengangkutan awam dalam konteks meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup. Saya turun padang baru-baru ini untuk melihat sendiri keadaan pengangkutan awam di ibu kota kita. Saya percaya, pengangkutan awam yang lebih efisien dan bersepadu amat penting bagi menyediakan kemudahan perjalanan yang lancar serta meningkatkan kekerapan perkhidmatan.

RapidKL dan RapidPenang ditubuhkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Lembah Kelang dan di Pulau Pinang. Kini, RapidKL menyediakan perkhidmatan bas kepada 166 laluan merangkumi lebih 980 kawasan kediaman. Sejumlah 14 peratus merupakan laluan sosial yang tidak menguntungkan dan tidak diliputi oleh syarikat pengangkutan awam yang lain. Laluan sosial ini masih beroperasi untuk memenuhi hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat, terutamanya daripada kalangan berpendapatan rendah, mendapat manfaat daripada usaha penambahbaikan pengangkutan awam. Pada puratanya, seramai 400 ribu penumpang sehari menggunakan perkhidmatan bas dan 350 ribu menggunakan perkhidmatan rel RapidKL. Keseluruhannya, 44 peratus dari perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Kelang disediakan oleh RapidKL.

RapidPenang pula menyediakan perkhidmatan bas kepada 33 laluan di 106 kawasan perumahan dengan jumlah 46 ribu penumpang sehari. RapidPenang kini menyediakan 60 peratus daripada jumlah perkhidmatan bas di Pulau Pinang. Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan, 200 bas akan ditambah, menjadikan jumlah 350 bas. Dengan ini, perkhidmatan bas RapidPenang dijangka dapat diperluaskan lagi dengan 14 jaringan laluan baru dan jumlah penumpang meningkat kepada 120 ribu penumpang sehari pada penghujung tahun 2009.

Untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, sebanyak RM35 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2014. Ini termasuk projek-projek meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina laluan rel baru, menambah bilangan bas serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan.

Sistem LRT sedia ada di Lembah Kelang akan dipanjangkan sejauh 30 kilometer, iaitu masing-masing sepanjang 15 kilometer bagi Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang. Apabila siap pada tahun 2011, kedua-dua projek ini akan memanfaatkan 2.6 juta bilangan penduduk di sepanjang Koridor Subang Jaya-USJ dan Koridor Kinrara-Puchong, berbanding 1.9 juta pada masa ini.

Pada masa yang sama, perolehan 35 set tren bagi Aliran Kelana Jaya dilaksanakan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2010, dengan kos RM1.3 bilion.

Dengan langkah-langkah ini, kapasiti Aliran Kelana Jaya akan meningkat lebih dua kali ganda, daripada 160 ribu penumpang sehari pada masa ini kepada 350 ribu penumpang sehari. Aliran Ampang pula akan mempunyai kapasiti 280 ribu penumpang sehari berbanding 150 ribu penumpang pada masa ini.

Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Kelang, satu laluan LRT baru sepanjang 42 km akan dibina dari Kota Damansara ke Cheras. Laluan baru ini, dengan kapasiti melebihi 300 ribu penumpang sehari, apabila siap pada tahun 2014, akan memberi perkhidmatan rel bagi kawasan kediaman, perdagangan dan kewangan Koridor Kota Damansara-Cheras yang mempunyai bilangan penduduk lebih sejuta orang.

Kerajaan mengambil alih aset dan operasi KL Monorail daripada operator swasta pada akhir tahun 2007. Beberapa langkah meningkatkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan dilaksanakan. Berikutan langkah-langkah ini, kesemua 12 tren yang ada berjaya beroperasi semula sepenuhnya. Semenjak pengambilalihan, jumlah penumpang meningkat lebih sepuluh peratus daripada purata 51 ribu penumpang sehari kepada lebih 57 ribu penumpang sehari pada masa ini. Pengambilalihan ini akan menyumbang kepada usaha menjadikan perkhidmatan rel bandar di Lembah Kelang lebih berintegrasi.

Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad akan dipertingkatkan. Langkah sedang dilaksanakan untuk membaik pulih 20 set Electric Multiple Unit (EMU) sedia ada yang dijangka siap pada 2009. Sejumlah 13 EMU baru juga akan ditambah menjelang tahun 2011. Dengan ini, kapasiti KTM Komuter dijangka meningkat daripada 350 ribu penumpang sehari pada masa ini kepada 500 ribu sehari. Bagi memperluaskan jaringan perkhidmatan rel komuter, laluan Sentul-Batu Caves sepanjang 7.5 kilometer sedang dibina dan dijangka siap menjelang 2010.

Di samping itu, dua projek utama sedang dilaksanakan bagi meningkatkan perkhidmatan KTM, iaitu Projek Landasan Berkembar Elektrik Seremban-Gemas, yang dijangka siap pada tahun 2012 dan Ipoh-Padang Besar pada tahun 2013.

Kerajaan juga sedang membina terminal pengangkutan bersepadu di Bandar Tasik Selatan bertujuan menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung. Terminal moden lima tingkat ini mempunyai kapasiti menampung lebih 130 teksi dan seratus bas, kemudahan letak kereta dan ruang komersial, di samping mempunyai connectivity dengan rel Aliran Ampang, ERL dan KTM Komuter serta juga teksi dan bas bandar di Lembah Kelang. Terminal ini dijangka beroperasi pada tahun 2011.

Bagi menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan utara Semenanjung, satu terminal pengangkutan bersepadu yang baru akan dibina. Terminal ini akan dapat mengurangkan lagi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Pengusaha-pengusaha pengangkutan awam berperanan penting memastikan jaringan perkhidmatan yang lebih luas serta efisien, selamat dan bermutu tinggi, di kawasan bandar dan luar bandar. Untuk membantu mengurangkan kos operasi pengusaha pengangkutan awam, Kerajaan meningkatkan kuota subsidi diesel bagi pengangkutan awam. Kerajaan akan turut mengambil langkah-langkah berikut:

Pertama: menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membiayai perolehan aset bas dan rel; dan

Kedua: mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan, iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam, untuk tempoh dua tahun, bermula 15 September 2008. Kerajaan akan memberi pampasan kepada operator tol di atas kehilangan hasil berikutan pengurangan ini yang dianggarkan RM45 juta setahun.

Di samping itu, pengusaha semua bas diberi pengecualian cukai jualan ke atas pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya diberi Elaun Modal Dipercepatkan. Selain itu, cukai jalan dikurangkan kepada RM20 setahun bagi semua bas dan teksi, termasuk kereta sewa pandu dan limousin.

Untuk memastikan perhatian khusus diberikan kepada usaha memajukan sistem pengangkutan awam bandar secara menyeluruh, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem perkhidmatan pengangkutan awam. Suruhanjaya ini dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun 2009.

Dasar Jaminan Makanan

Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai program pertanian bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi. Sebanyak RM5.6 bilion disediakan di bawah Dasar Jaminan Makanan Negara bagi tempoh 2008 hingga 2010. Peruntukan ini antara lain adalah untuk pembayaran insentif kepada pengusaha pertanian bertujuan meringankan beban kenaikan kos pengeluaran dan bagi menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil tani. Seramai 350 ribu petani yang mengusahakan sayur-sayuran, buah-buahan, akuakultur dan ternakan akan mendapat faedah daripada insentif ini.

Dalam usaha meningkatkan hasil tangkapan ikan, peruntukan Rm300 juta disediakan. Daripada jumlah ini, RM180 juta untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan. Seramai seratus ribu nelayan termasuk pemilik bot akan mendapat manfaat.

Di samping itu, untuk menggalakkan pengeluaran ayam dan itik, Kerajaan mencadangkan penternak ayam dan itik diberi Elaun Pelaburan Semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan.

Kerajaan akan menyediakan insentif peningkatan pengeluaran hasil padi dengan peruntukan RM1 bilion yang akan memberi manfaat kepada 220 ribu pesawah di seluruh negara. Lebih 1,300 hektar tanah terbiar dikenal pasti bagi pengeluaran padi dan makanan lain, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan ternakan.

Selain itu, peruntukan RM475 juta disediakan bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu golongan pesawah. Untuk meringankan beban petani, Kerajaan mencadang memansuhkan duti import ke atas baja dan racun perosak.

Menjana Pendapatan Melalui Kredit Mikro

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ditubuhkan untuk membantu isi rumah miskin luar bandar meningkatkan pendapatan melalui pembiayaan kredit mikro. Sejak ditubuhkan pada tahun 1987, AIM mengeluarkan pinjaman kepada lebih 180 ribu isi rumah, dengan jumlah pembiayaan RM2.5 bilion. Atas hasrat untuk menangani kemiskinan bandar, skop dan operasi AIM diperluaskan kepada golongan miskin bandar, bermula tahun ini. Untuk ini, Kerajaan menyediakan peruntukan dana modal pusingan RM100 juta untuk membiayai program Kewangan Mikro Bandar. AIM mula beroperasi di Kuala Lumpur bagi membantu golongan sasaran isi rumah berpendapatan RM2,000 sebulan dan ke bawah. Program ini akan diperluaskan ke bandar-bandar di seluruh negara mulai awal 2009.

Meningkatkan Taraf Hidup Orang Asli

Peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli terus diberi perhatian bagi memastikan mereka sama-sama menikmati kemakmuran ekonomi negara. Selaras dengan matlamat tersebut, peruntukan RM160 juta disediakan untuk mempergiatkan lagi usaha menyediakan peluang pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas yang lebih baik kepada masyarakat Orang Asli. Program utama yang akan dijalankan termasuk pembukaan pusat transit Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Sungai Siput, Perak yang menyediakan kemudahan penginapan dan perubatan. Di samping itu, pembangunan infrastruktur sosial masyarakat Orang Asli akan diberi tumpuan, termasuk program bantuan rumah, penempatan tersusun, menjana pendapatan dan latihan. Lebih 32 ribu Orang Asli dijangka mendapat manfaat daripada program ini.

Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik

Pada masa ini, bagi menggalakkan orang kurang upaya (OKU) bekerja, Kerajaan menyediakan elaun bulanan Rm300 kepada mereka. Menyedari ada di antara OKU yang tidak berupaya bekerja, Kerajaan akan memberi elaun RM150 sebulan kepada mereka. Di samping itu, elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah daripada RM50 kepada RM150, sementara bayaran insentif RM200 sebulan disediakan untuk pembantu guru di sekolah berkenaan.

Meningkatkan Program Perumahan

Dalam tempoh 2004 hingga 2008, lebih 100 ribu unit rumah kos rendah dibina oleh pelbagai agensi Kerajaan di seluruh negara. Bagi tahun 2009, peruntukan RM330 juta disediakan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk menyiapkan hampir 4,400 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa, 1,500 unit PPR Bersepadu dan 600 unit PPR Dimiliki. Di samping itu, Syarikat Perumahan Negara Berhad akan membina 33 ribu rumah kos rendah.

Melonggarkan Syarat Pinjaman Perumahan Kerajaan

Untuk membolehkan anggota perkhidmatan awam memiliki rumah, Kerajaan bersetuju untuk menambah baik syarat pinjaman perumahan anggota perkhidmatan awam. Ke arah ini, Kerajaan akan:

Pertama: melanjutkan tempoh pinjaman perumahan daripada 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru;

Kedua: memberi kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubah suai ke atas rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan Kerajaan; dan

Ketiga: membuka panel insurans pinjaman perumahan Kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini, panel insurans adalah terhad kepada lima syarikat.

Mengurangkan Kos Memiliki Rumah

Pada masa ini, pembeli rumah kos rendah diberi pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas semua surat cara, termasuk surat cara perjanjian pinjaman. Manakala, pembeli rumah kos sederhana pada harga sehingga RM250,000 hanya diberi pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sahaja. Bagi mengurangkan kos membeli rumah kos sederhana, Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem 50 peratus diberikan juga ke atas surat cara perjanjian pinjaman kepada pembeli rumah kos sederhana.

Memperluaskan Skim Jaminan Kredit Perumahan

Dalam Bajet 2008, saya mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi membantu golongan tidak berpendapatan tetap untuk memiliki rumah mampu milik. Melalui Skim ini, peminjam boleh mendapatkan pinjaman perumahan daripada Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam Malaysia Berhad untuk membeli rumah kos rendah dan sederhana rendah. Peruntukan dana RM50 juta disediakan untuk menjayakan Skim ini. Sehingga kini, hampir 500 permohonan bernilai RM20 juta diluluskan. Mulai Julai 2008, Kerajaan memperluaskan Skim ini kepada semua institusi kewangan tempatan. Di samping itu, dana Skim ini juga akan ditambah kepada RM100 juta. Dengan tambahan ini, SJKP akan berupaya menjamin pinjaman bernilai RM2 bilion yang akan dapat memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada 40 ribu peminjam.

Menggalakkan Tanggungjawab Sosial Korporat

Dalam Bajet 2008, Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Program Amal Jariah dengan menyediakan dana RM50 juta bagi membaik pulih rumah usang rakyat miskin tegar di seluruh negara. Sehingga kini, 4,600 buah rumah dibaik pulih dengan anggaran kos RM24 juta. Bagi tahun 2008, bilangan rumah yang akan dibaik pulih dijangka sebanyak 8,400 buah.

Untuk meneruskan program ini, Kerajaan menyeru syarikat swasta untuk menyumbang kepada dana ini sebagai menyokong aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), supaya lebih ramai rakyat miskin mendapat manfaat daripada Program ini. Untuk ini, Kerajaan akan menyediakan geran sepadan RM1 bagi setiap RM1 yang dibelanjakan oleh sektor swasta untuk program ini. Sebagai permulaan, RM100 juta disediakan untuk tujuan ini. Dianggarkan 30 ribu rumah usang akan dapat dibaik pulih melalui kaedah ini.

Pada masa ini, potongan cukai diberi kepada sumbangan syarikat bagi projek komuniti dalam bidang pendidikan, kesihatan, perumahan, infrastruktur serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bagi memantapkan lagi budaya tanggungjawab sosial korporat, Kerajaan mencadangkan skop projek komuniti yang layak mendapat potongan cukai diperluaskan kepada projek berkaitan peningkatan pendapatan golongan miskin serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Di samping itu, bagi syarikat yang memberi sumbangan kepada badan amal, Kerajaan mencadangkan had potongan cukai ditingkatkan daripada tujuh peratus kepada sepuluh peratus daripada pendapatan.

Malaysia merupakan antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia. Bagi meningkatkan penerimaan minyak kelapa sawit di peringkat global, kemantapan tanggungjawab sosial dan alam sekitar dalam amalan perniagaan perlu dibuktikan. Sehubungan itu, Kerajaan menyokong sepenuhnya inisiatif perladangan kelapa sawit untuk memperoleh pensijilan Roundtable for Sustainable Palm Oil (RSPO). Bagi membantu usaha ke arah pengeluaran minyak kelapa sawit yang lebih mapan, Kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta untuk menubuhkan Dana RSPO. Dana ini akan menyediakan geran untuk menyokong program komuniti seperti menambah baik sekolah di kawasan ladang dan program pemuliharaan seperti meningkatkan biodiversiti di kawasan ladang.

Memantapkan Perkhidmatan Kesihatan

Perkhidmatan kesihatan secara percuma akan terus disediakan kepada rakyat. Peruntukan RM13.7 bilion disediakan pada tahun 2009 untuk tujuan meningkatkan kemudahan dan peralatan kesihatan, menambah bekalan ubat, membangunkan sumber manusia, menggiatkan aktiviti penyelidikan dan meningkatkan penguatkuasaan, di samping pembinaan hospital, klinik dan kuarters.

Untuk mengekalkan perkhidmatan pakar perubatan sektor awam, kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan, yang melibatkan 3,800 orang pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

Kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak. Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan daripada RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik dan bagi jururawat daripada RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Menambah Kemudahan Awam

Kemudahan prasarana dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat desa dan luar bandar. Bajet 2009 menyediakan peruntukan RM1.8 bilion untuk menambah kemudahan asas dan infrastruktur di luar bandar. Daripada jumlah ini, lebih RM1 bilion akan disalurkan untuk melaksanakan projek jalan luar bandar sepanjang 480 kilometer dan jalan kampung sepanjang 1,300 kilometer. Sebanyak RM280 juta disediakan bagi bekalan air luar bandar dengan sasaran 30 ribu buah rumah, RM350 juta untuk bekalan elektrik luar bandar dengan sasaran 3,600 buah rumah, dan RM65 juta disediakan untuk melaksanakan 11,700 buah projek kemudahan awam di luar bandar.


Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk membangunkan Sabah dan Sarawak. Bagi negeri Sabah, peruntukan hampir RM3 bilion disediakan untuk melaksanakan projek infrastruktur, termasuk 266 kilometer jalan persekutuan dan jalan luar bandar yang akan memanfaatkan lebih 550 ribu penduduk setempat. Antara projek utama, termasuk membina jalan dari Jeroco-Lahad Datu Fasa Dua, menaik taraf dan membaiki Jalan Sandakan ke Telupid, menaik taraf Jalan Ranau ke Tambunan Fasa Dua, membina Jambatan Semporna–Pulau Bum-Bum, mengganti jambatan usang di kawasan pendalaman Sabah, projek kemudahan pelancongan dan ekopelancongan, kemudahan hospital dan kesihatan luar bandar serta Program Perumahan Rakyat Disewa.

Bagi negeri Sarawak, peruntukan RM3.3 bilion disediakan untuk pelbagai projek, termasuk pembinaan 230 kilometer jalan persekutuan dan jalan luar bandar yang akan memanfaatkan lebih 350 ribu penduduk setempat. Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembinaan Jalan Penghubung ke Pusat Pentadbiran Persekutuan Baru Sarawak, Jalan Nanga Buai ke Ulu Sepak, Betong, Jalan Awat-Awat ke Kuala Lawas, Jalan Tanjong Assam ke Saribas, Empangan Bengoh Kuching, Sistem Pengurusan Air Sisa secara bersepadu di Bandaraya Kuching, Program Perumahan Rakyat Disewa, projek kemudahan pelancongan dan ekopelancongan serta kemudahan hospital dan kesihatan luar bandar.


STRATEGI KEDUA: MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERKUALITI

Tuan Yang di-Pertua,

Program ke arah membangunkan modal insan berkualiti lagi seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek akan terus dilaksanakan. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja terlatih lagi berdaya saing, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Sejumlah RM47.7 bilion, yang merupakan 23 peratus daripada Bajet 2009, diperuntukkan untuk pendidikan dan latihan.

Mempertingkatkan Program Latihan dan Kemahiran

Sejumlah RM2.4 bilion diperuntukkan bagi mempertingkatkan kemudahan serta menjalankan program latihan dan kemahiran. Daripada jumlah tersebut, RM150 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 13 buah politeknik sedia ada dan 15 buah kolej komuniti serta cawangan kolej komuniti. Jumlah enrolmen dijangka mencecah 120 ribu pelajar berbanding 112 ribu pada masa ini.

Sejumlah RM200 juta diperuntukkan kepada Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) sedia ada serta bagi membina sebuah ILP di Marang dan sebuah ADTEC di Taiping. Sejumlah RM360 juta disediakan bagi membiayai projek Institut Kemahiran MARA dan Institut Kemahiran Tinggi MARA, projek Kolej Pelajaran Mara dan projek Giat MARA. Bagi membantu pelatih Giat MARA, elaun bulanan akan dinaikkan daripada RM100 kepada RM200.

Dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan, Kerajaan akan menambah bilangan jururawat di hospital Kerajaan. Peruntukan RM70 juta disediakan pada tahun 2009 untuk melatih 5,600 jururawat di Institusi Latihan Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk dua ribu pelatih di institusi latihan swasta yang diiktiraf. Selain itu, untuk menampung kekurangan jururawat, graduan dalam bidang sains yang berkaitan juga akan diberi peluang kerjaya untuk mengikuti latihan diploma kejururawatan selama satu setengah tahun, berbanding dengan biasanya tiga tahun. Di samping itu, untuk menambah baik kemahiran dan kualiti perkhidmatan jururawat, semua jawatan penolong jururawat akan dinaikkan taraf kepada jawatan jururawat masyarakat, selepas mengikuti kursus kejururawatan selama enam bulan.

Untuk menyokong pembangunan pusat pelancongan kesihatan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Kerajaan akan menyediakan geran pelancaran RM30 juta untuk mewujudkan pusat latihan jururawat tidak bermotifkan keuntungan. Ini bertujuan mempertingkatkan kebolehan dan kemahiran jururawat dan perkhidmatan berkaitan untuk menampung permintaan pasaran yang semakin tinggi untuk jururawat berkepakaran khusus.

Lembaga Kemajuan Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) seharusnya mengambil langkah untuk melatih lebih ramai pekerja dalam bidang pembinaan. Untuk tujuan ini, saya mengarahkan CIDB untuk menyediakan sekurang-kurangnya 100 ribu peluang latihan industri pembinaan dalam bidang teknikal, termasuk pengimpalan, pengurusan dan keselamatan pada tahun 2009. Di samping itu, semua pekerja binaan digalakkan mendapat pengiktirafan kemahiran melalui kaedah akreditasi dan latihan kemahiran yang dikendalikan oleh CIDB. Kos akreditasi dan latihan kemahiran bagi pekerja tempatan akan ditanggung oleh CIDB.

Meningkatkan Kualiti Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia diperuntukkan RM31 bilion, untuk menyediakan pendidikan bagi manfaat 5.8 juta pelajar. Sejumlah RM1.6 bilion disediakan bagi membiayai perluasan program sedia ada, iaitu pertambahan perjawatan berikutan pembukaan 26 buah sekolah rendah dan 41 buah sekolah menengah yang baru dan pertambahan perbelanjaan untuk penyelenggaraan, bantuan makanan, biasiswa, geran per kapita dan peralatan baru.

Sejumlah 110 buah sekolah rendah dan 181 buah sekolah menengah baru akan dibina bagi mengatasi masalah kekurangan sekolah dan menggantikan sekolah-sekolah yang usang. Di samping itu, RM615 juta disediakan untuk penyelenggaraan sekolah dan asrama bagi memastikan semua sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat. Peruntukan penyelenggaraan ini tidak boleh dipindahkan bagi tujuan lain.

Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di peringkat pengajian tinggi, peruntukan RM14.1 bilion disediakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada jumlah ini, RM8 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus institusi pengajian tinggi awam, RM627 juta kepada Politeknik dan Kolej Komuniti serta RM37 juta kepada Agensi Kelayakan Malaysia. Sebanyak RM4.4 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, termasuk pembinaan kemudahan klinikal dan bangunan fakulti perubatan serta menyediakan latihan penyelidikan.

Memperluaskan Program PINTAR

Kerajaan mengalu-alukan sumbangan sektor swasta untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam hubungan ini, program PINTAR yang melibatkan pengambilan sekolah angkat oleh syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dilancarkan pada tahun 2006. Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah program transformasi GLC yang berjaya melibatkan 23 syarikat GLC dan anak syarikatnya serta memberi manfaat kepada 152 buah sekolah di seluruh negara, termasuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Antara pencapaian PINTAR termasuklah peningkatan dalam kadar kelulusan purata murid sekolah serta penambahan bilangan pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Program PINTAR akan diperluaskan kepada penyertaan syarikat swasta bukan GLC dengan sasaran 480 buah sekolah di seluruh negara menjelang tahun 2012. Keutamaan akan diberi kepada sekolah di Sabah dan Sarawak. Untuk melaksanakan program PINTAR secara bersepadu dan lebih meluas, Kerajaan akan menubuhkan Yayasan PINTAR dengan peruntukan RM20 juta sebagai geran pelancaran.


Memupuk Budaya Kecemerlangan

Untuk meningkatkan lagi daya tahan dan daya saing negara, adalah penting kita memupuk budaya kecemerlangan dan berprestasi tinggi di semua lapisan tenaga kerja di sektor awam dan swasta. Ke arah ini, pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama dimulakan di dalam sektor perkhidmatan awam dan juga di bawah Program Transformasi GLC, dengan memberi keutamaan kepada sistem ganjaran berasaskan prestasi bagi semua tenaga kerja.

Kerajaan mengalu-alukan inisiatif pihak majikan swasta mengiktiraf sumbangan pekerja yang cemerlang dan berprestasi tinggi. Untuk ini, Kerajaan mencadangkan supaya pengecualian cukai ke atas anugerah perkhidmatan cemerlang diperluaskan kepada semua anugerah berkaitan dengan inovasi dan produktiviti.

Memandangkan modal insan merupakan penyumbang utama dalam meningkatkan daya saing syarikat, majikan seharusnya berusaha mendapatkan tenaga kerja terbaik. Oleh itu, Kerajaan mencadangkan bayaran kepada agensi pekerjaan dan penyertaan dalam ekspo kerjaya, dibenarkan sebagai potongan cukai.


STRATEGI KETIGA: MEMPERKUKUHKAN DAYA TAHAN NEGARA

Sungguhpun ekonomi global dijangka berkembang sederhana, pertumbuhan di rantau ini kekal kukuh, terutamanya di China dan India. Daya tahan di rantau ini memberi peluang untuk pertumbuhan beberapa sektor dalam ekonomi negara, seperti berikut:

Pertama: perkhidmatan serantau seperti kewangan Islam, proses perniagaan penyumberan luar, pelancongan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan berkaitan penerbangan;

Kedua: industri berasaskan sumber, terutamanya petroleum dan minyak kelapa sawit; dan

Ketiga: industri pembuatan nilai ditambah tinggi, seperti elektronik dan bioteknologi.

Malaysia membuktikan daya saing dalam sektor-sektor ini berasaskan keupayaan modal insannya. Kecemerlangan golongan profesional kita diiktiraf di peringkat antarabangsa sehingga ramai antara mereka kini bekerja di serata dunia. Kecemerlangan golongan profesional kita harus digilap lagi. Untuk ini, kita perlu melatih lebih ramai golongan profesional dan meningkatkan kemahiran mereka. Sehubungan itu, Kerajaan memberi potongan cukai dua kali bagi latihan terpilih yang dianjurkan oleh INCEIF di dalam Kewangan Islam. Kerajaan mencadangkan untuk memperluaskan potongan cukai dua kali kepada majikan yang menaja pekerja mereka mengikuti pengajian lepasan ijazah dalam bidang seperti ICT, elektronik dan sains hayat. Pengecualian cukai pegangan juga akan diberikan kepada pakar bukan pemastautin yang menyediakan perkhidmatan latihan teknikal dalam bidang tersebut.

Persekitaran Kondusif Bagi Pelaburan Swasta

Kerajaan akan terus menggalakkan aktiviti sektor swasta dengan menyediakan persekitaran yang kondusif. Ini termasuk usaha memastikan pelabur asing terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan. Pada tahun 2007, kemasukan pelaburan langsung asing ialah 5.2 peratus daripada KDNK berbanding dua peratus bagi negara China dan 1.3 peratus bagi negara India. Malaysia masih mampu menarik pelaburan asing ke dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam sektor minyak dan gas serta pembuatan. Untuk menggalakkan lagi sektor swasta melabur, Kerajaan mencadangkan group relief ditambah baik dengan membenarkan kadar kerugian yang boleh ditolak ditingkatkan daripada 50 peratus kepada 70 peratus.

Penggunaan ICT dalam perniagaan merupakan satu keperluan asas untuk kekal berdaya saing. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT memerlukan perbelanjaan yang agak besar oleh syarikat, terutamanya PKS, untuk mengganti dan menaik taraf peralatan ICT. Oleh itu, bagi menggalakkan sektor swasta melabur dalam peralatan ICT yang terkini, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan ke atas peralatan ICT yang kini diberikan Elaun Modal Dipercepatkan yang layak dituntut sepenuhnya dalam tempoh dua tahun dipercepatkan kepada satu tahun.

Untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik di rantau ini, terutamanya di kalangan syarikat multinasional, rangka percukaian harus telus dan mesra perniagaan. Untuk memberi lebih kepastian mengenai transfer pricing, Kerajaan akan mewujudkan mekanisme Penentuan Harga Awal. Mekanisme ini banyak diamalkan oleh negara-negara maju dan didapati berjaya menangani isu transfer pricing dengan lebih cekap dan berkesan.

Peningkatan kecekapan operasi pelabuhan adalah penting bagi menyokong pertumbuhan perdagangan antarabangsa negara. Untuk ini, Kerajaan mencadang memansuhkan larangan import bagi kren di pelabuhan, manakala kadar duti import dikurangkan daripada 20 peratus kepada lima peratus.

Mempergiatkan Pembangunan Koridor Pertumbuhan

Kerajaan komited kepada inisiatif koridor pertumbuhan wilayah ke arah pembangunan sosioekonomi yang lebih seimbang. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang pelaburan, pekerjaan dan keusahawanan agar pendapatan rakyat dapat ditingkatkan secara mapan. Setakat ini, kelima-lima koridor pembangunan dilancarkan dan inisiatif sepertimana yang direncanakan di dalam Pelan Induk Pembangunan masing-masing mula dilaksanakan. Koridor tersebut adalah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Koridor Pantai Timur, Koridor Pembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak. Di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, siling tambahan RM10 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan koridor-koridor tersebut. Sebanyak RM6 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2009.

Untuk mengukuhkan pelaburan swasta di Iskandar Malaysia, peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan awam, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif. Perkongsian ini merupakan satu kaedah di mana sektor swasta menanggung sepenuhnya risiko projek, sementara Kerajaan memberi bantuan untuk memastikan projek ini berdaya maju. Sebagai contoh, di dalam bidang kesihatan, sektor swasta membina hospital manakala Kerajaan membantu pengusaha tersebut dengan menaja pesakit yang layak dibiayai oleh Kerajaan ke hospital tersebut.

Bagi memenuhi permintaan yang akan wujud dari pertumbuhan perniagaan, Iskandar Malaysia akan membangunkan sistem pengangkutan awam bersepadu. Sebagai permulaan, usaha ini akan ditumpukan kepada menambah baik perkhidmatan bas melalui kerjasama dengan pengusaha bas sedia ada. Di bidang perkhidmatan kesihatan, pusat kecemerlangan pengajian dan penyelidikan pasca ijazah akan ditubuhkan dengan kerjasama hospital swasta. Iskandar Malaysia akan menubuhkan sekolah tidak bermotifkan keuntungan secara perintis. Pengambilan pelajar sekolah ini akan terdiri daripada pelajar tajaan Kerajaan dan persendirian. Selain itu, dana akan disediakan untuk membangunkan kluster industri kreatif di Iskandar Malaysia ke arah mengukuhkan bakat kreatif tempatan.

Antara program yang sedang dilaksanakan di Koridor Pantai Timur adalah projek Agropolitan di selatan Kelantan, Besut-Setiu dan Pekan, termasuk membangunkan produk kenaf. Bagi membolehkan penduduk tempatan mendapat manfaat daripada sumber petroleum di Terengganu, industri hiliran, seperti Kluster Industri Plastik Kertih akan dimajukan. Begitu juga, Koridor Sarawak akan memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga hidro dan arang batu, industri hiliran petroleum dan gas serta pertanian berskala besar.

Untuk mencapai sepenuhnya potensi sektor pertanian di dalam Koridor Utara, beberapa projek sedang dilaksanakan, termasuk projek ternakan lembu daging menggunakan sistem fidlot di Tobiar, Laka Temin dan Chuping serta program membangunkan tiga ribu hektar kawasan sawah. Di Koridor Sabah, projek kelompok industri berasaskan kelapa sawit di Lahad Datu dan pusat bersepadu ternakan Keningau sedang dilaksanakan.

Mempromosikan Pelancongan

Dalam konteks pembangunan koridor di Sabah dan Sarawak, Kerajaan mencadangkan pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak diberi galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.

Pada Julai 2008, UNESCO mengisytiharkan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia kerana gaya hidup, sejarah, seni bina dan kepelbagaian budayanya. Ini adalah satu pengiktirafan daripada masyarakat sedunia di atas kekayaan dan kepelbagaian warisan budaya kita. Untuk menyokong inisiatif pemuliharaan tapak warisan tersebut, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka. Aktiviti ini akan dikendalikan oleh badan bukan Kerajaan dan sektor swasta.


Galakan Untuk Syarikat Modal Teroka

Terdapat banyak projek sektor swasta yang berinovatif dan berpotensi tinggi yang boleh dilaksanakan tetapi menghadapi masalah mendapatkan sumber pembiayaan berikutan risiko yang tinggi. Sumber pembiayaan konvensional, seperti pinjaman bank dan sekuriti hutang swasta, mungkin tidak begitu sesuai membiayai projek ini. Bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan oleh dana modal teroka dan ekuiti swasta, Kerajaan mencadangkan supaya syarikat modal teroka yang melaburkan dana sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk start up, early stage financing atau seed capital diberi pengecualian cukai selama lima tahun.


Memajukan Sektor Maritim

Sebagai sebuah negara perdagangan, perkembangan industri perkapalan tempatan terus digalakkan bertujuan memastikan lebih banyak syarikat kapal tempatan terlibat dalam pengangkutan barangan perdagangan negara. Dua dana berjumlah RM2.3 bilion ditubuhkan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad, iaitu Malaysian Shipping Finance Fund dan New Shipping Finance Facility bagi tujuan membiayai pembelian kapal. Dana-dana ini berjaya digunakan sepenuhnya di mana 68 buah syarikat perkapalan dan lapan limbungan kapal mendapat pembiayaan. Oleh itu, satu dana baru berjumlah RM2 bilion akan disediakan untuk membiayai pembelian kapal dan juga menaik taraf limbungan kapal.


Mempergiatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berperanan penting dalam pertumbuhan ekonomi. Untuk meningkatkan lagi peranan PKS, Kerajaan mengumumkan dua dana baru berjumlah RM1.2 bilion yang dibiayai oleh Bank Negara Malaysia. Dana ini bertujuan untuk membantu PKS memodenkan operasi mereka, terutamanya bagi pembelian atau penambahbaikan mesin dan peralatan serta mengurangkan kesan kenaikan kos. Bagi terus memantapkan lagi sokongan kepada PKS, Kerajaan mencadangkan semua aset dalam bentuk loji dan mesin yang diperoleh dalam tahun taksiran 2009 dan 2010 diberikan Elaun Modal Dipercepatkan yang layak dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun. Di samping itu, PKS juga dibenarkan menuntut elaun modal sepenuhnya dalam tempoh satu tahun ke atas semua aset bernilai kecil mereka.


Pelan Tenaga Negara

Kejayaan industri petroleum negara memberi sumbangan besar kepada pembangunan sosioekonomi negara. PETRONAS memberi sumbangan kewangan yang besar kepada Kerajaan dalam bentuk royalti, cukai, duti dan dividen. Semua sumbangan ini membolehkan Kerajaan membangunkan infrastruktur dan menyediakan kemudahan pendidikan dan kesihatan yang lebih baik.

Walaupun industri petroleum negara mencapai kejayaan yang membanggakan, kita tidak seharusnya lupa bahawa sumber minyak dan gas negara adalah kecil, semakin berkurangan dan terhad. Walaupun usaha mencari sumber rizab baru sedang diteruskan dan menemui kejayaan yang amat baik, kita mesti menerima hakikat bahawa sumber ini bakal habis dan apabila berlaku, ia akan mendatangkan kesan yang besar ke atas ekonomi negara.

Kita mesti mencari penyelesaian baru untuk memastikan keperluan bekalan tenaga jangka panjang negara tetap terjamin. Oleh yang demikian, kita perlu melipatgandakan usaha mempertingkatkan keberkesanan penggunaan tenaga untuk memastikan penggunaan yang lebih produktif dan berhemah. Dalam usaha yang sama, kita perlu meningkatkan usaha menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif seperti solar, angin dan biofuels, di samping menerokai sumber tenaga nuklear. Kerajaan kini merangka Pelan Tenaga Negara yang komprehensif untuk menangani cabaran-cabaran ini bagi memastikan bekalan tenaga negara yang mapan dan mampu diri (self sufficient, dengan izin).

Bagi menangani harga bahan api fosil yang tidak menentu, beberapa langkah diambil untuk mempelbagaikan sumber tenaga dan menjimatkan penggunaan tenaga. Pada masa ini, pelbagai galakan disediakan bagi meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga. Ke arah ini, Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai, seperti berikut:

Pertama: duti import dan cukai jualan ke atas peralatan sistem solar photovoltaic;

Kedua: duti import dan cukai jualan ke atas barangan perantaraan, seperti High Efficiency Motors dan insulation materials;

Ketiga: cukai jualan ke atas peralatan sistem pemanasan solar keluaran tempatan;

Keempat: cukai jualan ke atas barangan pengguna keluaran tempatan yang menjimatkan tenaga, seperti peti sejuk, alat penyaman udara, lampu, kipas angin dan televisyen; dan

Kelima: duti import 100 peratus dan duti eksais 50 peratus kepada pemegang francais yang mengimport kereta hibrid CBU baru yang berkapasiti enjin di bawah 2,000 cc. Pengecualian ini adalah bagi tempoh dua tahun sebagai persediaan untuk mereka memasangnya dalam negara.


Merancakkan Pasaran Modal

Pasaran modal negara mencapai pertumbuhan yang membanggakan, dan kini, merupakan antara pasaran modal terbesar di rantau ini. Kemajuan yang dicapai bukan sahaja dari segi meningkatkan lagi saiz pasaran, tetapi juga dari segi usaha untuk membangunkan produk baru dan berinovatif untuk memenuhi keperluan dan pilihan pelabur tempatan dan luar negara.

Untuk mengukuhkan lagi pasaran modal negara dan memudahkan syarikat perantara domestik, seperti penasihat korporat utama, mengembangkan perniagaan antarabangsa mereka, Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai ke atas pendapatan fi yang diterima oleh syarikat perantara domestik yang berjaya menarik penyenaraian syarikat dan produk pelaburan asing di Bursa Malaysia. Langkah ini juga akan membolehkan pelabur tempatan memperoleh saham syarikat asing yang disenaraikan di bursa tempatan.

Untuk meningkatkan kedudukan negara sebagai satu hab pasaran modal Islam, Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai diberi selama tiga tahun bagi pendapatan fi dan keuntungan yang diterima oleh institusi yang menjalankan urus niaga sukuk bukan ringgit yang diterbitkan di Malaysia dan diagihkan di luar Malaysia.

Selain itu, untuk menggalakkan usaha mempelbagaikan lagi produk dan menarik lebih ramai pelabur asing ke pasaran modal negara, kadar cukai ke atas dividen daripada Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) yang diterima oleh pelabur institusi asing yang kini dikenakan cukai pada kadar 20 peratus dikurangkan kepada sepuluh peratus. Menyedari bahawa REIT merupakan produk pelaburan yang menarik bagi individu, Kerajaan mencadangkan pengurangan cukai daripada 15 peratus kepada sepuluh peratus.


Menjamin Keselamatan Awam

Negara yang aman dan harmoni membolehkan rakyat hidup dalam suasana selamat, membolehkan urusan harian berjalan lancar serta meningkatkan keyakinan peniaga dan pelabur. Ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak boleh dikompromi. Bajet 2009 menyediakan peruntukan RM5.4 bilion bagi meningkatkan keupayaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Daripada jumlah ini, RM4.8 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM600 juta bagi Belanja Pembangunan.

Sebanyak 162 buah balai polis dan pondok polis diwujudkan dalam tahun 2008 di kawasan yang mencatatkan kejadian jenayah yang tinggi, iaitu di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan warga dan negara, RM220 juta diperuntukkan dalam tahun 2009 bagi pembinaan ibu pejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.

Dalam tempoh 2008 hingga 2010, seramai 22,800 konstabel dan tiga ribu inspektor akan dilantik. Di samping itu, elaun bayaran insentif khas anggota PDRM ditingkatkan daripada seratus kepada RM200 sebulan, mulai 1 Januari 2009.

Kerajaan memberi galakan cukai ke atas pemasangan alat kawalan keselamatan di premis kilang dan alat pengesan kenderaan bagi meningkatkan keselamatan barangan. Kerajaan mencadangkan supaya semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan diberi Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.


PERUNTUKAN BAJET 2009

Kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan bertambah kukuh semenjak tujuh tahun yang lalu, dengan defisit keseluruhan berjaya dikurangkan daripada 5.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2000 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007. Kejayaan mengurangkan defisit ini memberi lebih fleksibiliti kepada dasar fiskal Kerajaan, terutamanya ketika negara menghadapi cabaran persekitaran ekonomi global yang tidak menentu serta peningkatan harga barangan.

Pengurangan tahap defisit sejak tujuh tahun lalu memberi ruang kepada Kerajaan untuk melaksanakan langkah tambahan bagi mengurangkan impak peningkatan harga ke atas rakyat. Langkah ini melibatkan perbelanjaan tambahan RM22.1 bilion pada tahun ini, termasuk RM17 bilion bagi subsidi minyak dan RM3.6 bilion bagi subsidi makanan. Selain daripada ini, beberapa sektor utama diberi tambahan peruntukan sejumlah RM1.5 bilion, terutamanya pendidikan, kesihatan, kebajikan dan keselamatan dalam negeri.

Selepas mengambil kira hasil sebanyak RM161.6 bilion dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM196.9 bilion, defisit fiskal dianggar meningkat kepada 4.8 peratus pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, Kerajaan percaya defisit fiskal yang tinggi ini merupakan keperluan one-off dan Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.6 peratus pada tahun 2009.

Dengan strategi dan program yang saya bentangkan, saya mencadangkan, sejumlah RM207.9 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2009, iaitu 5.1 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan dipinda tahun 2008. Daripada jumlah ini, RM154.2 bilion adalah bagi Peruntukan Mengurus, manakala RM53.7 bilion disediakan bagi Peruntukan Pembangunan.

Di bawah Peruntukan Mengurus, RM86.3 bilion atau 56.6 peratus adalah bagi Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, RM38 bilion untuk Emolumen, RM26.5 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan, RM2.4 bilion untuk Pembelian Aset dan RM1 bilion untuk perbelanjaan lain.

Bagi Peruntukan Pembangunan, bahagian terbesar RM27.8 bilion ialah untuk sektor ekonomi yang terdiri daripada sektor pertanian, perindustrian dan infrastruktur. Sejumlah RM17.8 bilion diperuntukkan kepada sektor sosial iaitu pendidikan, kesihatan dan perumahan. Sektor keselamatan menerima RM4.1 bilion dan pentadbiran RM2.1 bilion, manakala bakinya RM2 bilion adalah untuk simpanan luar jangka.


PROSPEK EKONOMI TAHUN 2009


PENUTUP

Tuan Yang Di Pertua,

Pembentangan Bajet 2009 membuktikan sekali lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mendengar rintihan rakyat dan bertindak untuk meringankan beban setiap lapisan masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah. Pendekatan yang diambil menjurus kepada bantuan dan sokongan yang bukan sahaja memperbaiki kualiti hidup tetapi juga memperkasakan seluruh rakyat untuk meningkatkan produktiviti. Bajet ini juga selaras dengan perancangan jangka masa sederhana yang termaktub dalam Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan untuk terus membangunkan negara ke arah Wawasan 2020.

Kerajaan Barisan Nasional akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh beramanah tanpa membuat janji-janji populis seperti yang dicanangkan oleh Pembangkang yang boleh memusnahkan kedudukan kewangan Kerajaan dan mewariskan negara yang muflis pada generasi muda.

Sesungguhnya, kestabilan politik negara wajib dipelihara secara bersama. Badan-badan politik, badan bukan Kerajaan, sektor swasta dan media mempunyai tanggungjawab bersama membina sebuah negara yang aman, damai, teguh lagi bersatu. Rakyat tidak akan dimakmurkan dan negara tidak dapat dibangunkan hanya dengan retorik politik. Budaya berpolitik yang keterlaluan merugikan setiap kita, malah menjejaskan kemakmuran negara.

Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat oleh rakyat pada bulan Mac lalu akan terus memelihara kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran ekonomi negara. Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini, dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak. Kita tidak boleh membenarkan ketidakpastian yang timbul untuk berterusan. Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan negatif kepada pelabur asing, sentimen ekonomi dan juga pasaran modal. Saya tidak akan membenarkan gangguan ini diteruskan. Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional yang menang majoriti pilihan raya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi. Saya yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan tugas-tugas mentadbir negara. We need to get on with the business of governing and not waste any more time with opportunistic threats to seize the people’s mandate through undemocratic means, dengan izin.

Keamanan dan kemakmuran negara adalah tanggungjawab bersama. Untuk ini, Kerajaan memerlukan persefahaman dan peranan konstruktif semua lapisan masyarakat, termasuk mereka yang berbeza fahaman politik. Marilah kita bersama, dalam semangat satu bangsa satu negara, membangunkan tanah air tercinta ini serta mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Marilah kita bersatu membina sebuah negara-bangsa yang terus gemilang.

Semoga Allah S.W.T. sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita. Semoga kebenaran mengatasi kepalsuan. Semoga negara kita dikekalkan aman sejahtera, dilimpahkan kemakmuran dan kebahagiaan. Semoga anak cucu kita dapat mewarisi sebuah negara yang aman lagi makmur. Semoga rakyat hidup bersatu dan maju.


Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan.

Seterusnya......

Bajet 2009

Intipati Bajet 2009"Kerajaan Prihatin"



Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Jumlah bajet

Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

budget 2009 Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

budget 2009 290808 <02bullet button>Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20

Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan

Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna

Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan

Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)

Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru

Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

Buka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan

Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan

Kerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.

Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.

Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.

Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan

K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel

Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan

Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.

Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

bullet button Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.

Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.

Nelayan dan petani

Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.

Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak

Seterusnya......

Thursday 28 August 2008

Pantun Dr Asri

Posted on 28 AUG,2008

Sungguh dalam maksud Dr Asri..pantun ini di post pada hari ini dalam laman web Dr Asri(Minda Mufti) selepas Anwar Ibrahim di sahkan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.Siapakah garangan yang disuruh undur diri.Siapa pula perompak dan Pencuri?Agak-agaknya semasa pilihanraya kecil permatang pauh,Dr Asri menggundi tak,ada sesiapa nampak Dr Asri di Permatang pauh?

Seterusnya......

Ketua Pembangkang Baru

Anwar selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen
Posted on 28 AUG,2008

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi di depan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Terdahulu beliau tiba di Lobi Parlimen untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Anwar mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatagani surat akujanji.


Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.

Menteri yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Zaid Ibrahim.

Manakala yang lain dihadiri oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.


Kasih isteri....Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menamani suaminya, Anwar ketika tiba di Lobi Parlimen untuk upacara angkat sumpah. Kehadiran beliau turut diiringi oleh Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Terdahulu Anwar tiba di Lobi Parlimen untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Turut sama mengiringi beliau adalah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.

Beliau sempat memberitahu pemberita sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpahnya berlangsung.


Seterusnya......

Wednesday 27 August 2008

Di Lobi Parlimen

Cerita ini hanya rekaan semata-mata,tiada kena mengena orang hidup atau yang telah meninggal dunia
Posted on 27 AUG,2008

Sajer terbayang kalau 4 org pemimpin iaitu Tun Mahathir, DS Anwar
Ibrahim, Nik Aziz dan Pak Lah duduk semeja dan untuk berbincang tapi
sebelum tuh masing2 pakat order makan dulu. mungkin ini dialog2 yang
bakal terjadi.

waiter : ok tuan-tuan nak minum apa?

anwar : saya seorang humanist, peka kepada kesusahan rakyat jadi bagi
saya minuman biasa rakyat marhaen saja, teh o ais satu dan sebab saya
sudah biasa dengan makanan jail bagi nasi kosong dan ikan kembung
goreng satu. air teh tuh tolong test dulu takut-takut ada ARSENIK!

nik aziz : nuar mo panggil ambo ko?

anwar : dok eh.


waiter : che det pulak nak order apa?

mahathir : ni apa nama,apa nama...ah bagi roti sudahlah, emak saya pesan kalau
makan kena berhenti sebelum kenyang. roti nih belum kenyang dah habih
sebab tu saya bukak kedai The Loaf kat Langkawi sinun. tauhu sumbat
dengan pulut panggang feveret saya ada dak? pulut panggang ni kat
Kedah nun depa panggil pulut udang. ayaq bagi jus tembikai dalam
gelas yang ada payung berkembar dua.sebelum cek pegi duduk kaluak negri.

waiter : assalamualaikum, tuan guru nak makan dengan minum apa?

nik aziz : waalaikumussale, ambo nih baru sudah make nasik ngan budu,
kenye lagi. minum air sajo lah. air zam-zam mo ada jual tak?

waiter : air zam-zam takde dalam menu tuan guru

nik aziz : kalau gitu bagi ambo air kosong aje lah.

waiter : Pak Lah nak makan apa?

waiter : Pak Lah...Pak Lah...

Anwar : Dolah....Dolah...

Pak Lah : Zzzzzzz..Zzzzzz

Anwar : lah...tidur rupanya..DOLAH..

Pak Lah : Ah..ape dia.

Waiter : Pak Lah Nak makan apa?

Pak Lah :Sambil kesat air liur yang melilir kat bibir..ermm..bagi nasi
kandar Perth satu..

waiter : maaf Pak Lah kami tak jual nasi tu

Pak Lah : takpa, takpa kita boleh hantaq helikopter pi Perth dan
bawa balik nasi tu ke Malaysia, anak menantu saya driver heli tu...

waiter : tapi Pak Lah kedai tu dah tutup sebab tak laku, jual mahal
sangat.

Pak Lah : ok kalau begitu saya nak order nasi yang paling mahal kat
sini. apa nama dia?

waiter : nasi Hadhari

Pak Lah : menarik tu? kenapa nasi ni mahal sangat?

waiter : nasi ni ada 10 ramuan dan mendapat sijil pengiktirafan halal
oleh Washington .

Pak Lah : ooooooo hebat hebat.

waiter : minum Pak Lah?

Pak Lah : ermmm bagi jus epal... eh jus oren kot... sekejap... air
sirap bandung satu.. eh itu dah minum kelmarin.. bagi ni... air
kelapa.. ahh ihh uhh bagi champagne la senang!

nik aziz : ehem! ehem! Pak Lah order ayor apa tu?

Pak Lah : err bukan dia pok nik, tershashul pulak. hehe. Bagi Kopi
Tongkat Ali sechawan. jangan marah naaa.. saya masih pengantin baru
sebab baru lagi kawin dengan beras saya.

Anwar : bukan beras lah , birassss! beras tu yang dah naik
harga.Lama x makan beras Taj Mahal Faeza.

Seterusnya......

Anwar Ibrahim Ke Parlimen

Posted on 27 AUG,2008
Kenyataan Media -Anwar Ibrahim

Walaupun berdepan kemungkinan tidak akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan ke Parlimen esok selepas menang kerusi Permatang Pauh malam ini.

"Insya Allah, seandainya diizinkan dan jika tiada aral, saya akan melangkah masuk ke Parlimen seawal hari esok dengan menggalas harapan rakyat keseluruhannya," katanya di blognya sewaktu menunggu keputusan rasmi pilihanraya kecil tersebut.

"Saya ucap terima kasih atas kesudian dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh yang memberikan undi kepada saya.
Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.


Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Seterusnya......

Majlis Fatwa Kebangsaan: Lafaz sumpah hanya selepas proses perundangan

Majlis Fatwa Kebangsaan
Posted on 27 AUG,2008

Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah

boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

* Akuan imam Saiful: Anwar dakwa bukti konspirasi, Mufti Wilayah sangsi Ramlang

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.

"Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

"Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan. Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.

Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.

Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya. BERNAMA

Seterusnya......

Tuesday 26 August 2008

Bee aNd Tumbang Di Permatang Pauh

Anwar Ibrahim Menang Besar
Posted on 26 AUG,2008

Seterusnya......

Monday 25 August 2008

Berita Tergempar Pengakuan Imam Ramlang Porigi

Pegawai Khas Najib Atur Sumpah Saiful
Posted on 25 AUG,2008

Permatang Pauh, 25 Ogos (SK): IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Pohigi mendedahkan konspirasi terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dirancang oleh Timbalan Perdana, Najib Razak. Dalam temuramah eksklusif dengan Suara Keadilan, Ramlang berkata seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri.

Ikuti pendedahan yang pasti menggegarkan ini bersama dua orang wartawan kanan Edi Suleiman dan Dzulkarnain Taib serta Rusnizam Mahat dan juruvideo Ebrahim Harris.


SK: Boleh ustaz terangkan siapa yang arahkan ustaz untuk menjadi saksi kepada sumpah Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan?

RP: Saya diarahkan oleh pihak atasan jabatan saya dan saya hanya mengikut arahan yang diberi kepada saya. Saya tidak terlibat dalam menyediakan teks atau apa yang perlu Saiful lakukan seperi perlu memegang Al-Quran atau tidak.

SK: Saiful dikatakan tersalah sebut beberapa istilah semasa lafaz sumpah beliau. Adakah ini mencacatkan kesahihan sumpah yang dia ucapkan?

RP: Bagi saya kalau dia bersumpah untuk dirinya sendiri sumpah itu boleh diterima lagi tetapi dikatakan mubahalah tidak sempurna selagi kedua-dua pihak tidak bersumpah.

SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?

RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.

SK: Apakah isi perbincangan pegawai khas tersebut dengan Ustaz?

RP: Apabila saya bertemu dengan beliau di masjid dia bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat imam yang akan menyaksikan sumpah Saiful.Saya menjawab saya ada majlis akad nikah yang hendak saya langsungkan dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful.

SK: Apa yang menyebabkan Ustaz berkata Saiful tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah perkara ini adalah kecil dan tidak penting?

RP: Jika kita beragama Islam dan beriman dan sekiranya kita ingin melakukan sumpah seperti ini kita merasa bimbang, adakah sumpah yang kita lakukan ini adalah betul. Kita akan rasa ketakutan dan riak wajah kita pun kita akan dapat tahu yang kita ketakutan. Berat sebenarnya sumpah ini.

SK- Dan adakah beliau yang dimaksudkan oleh Ustaz sebagai pegawai khas kepada Najib itu menghubungi Ustaz selepas itu?

RP- Tidak ada.

SK-Tetapi yang sahnya, seorang pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri bertemu Ustaz di dalam masjid.

RP- Ya!

Sk-Setelah Ustaz membaca caci, tohmah dan maki hamun terhadap Ustaz selepas peristiwa itu di dalam laman web adakah Ustaz menghubungi pihak berkuasa atau pun sesiapa untuk membantu Ustaz dalam perkara ini untuk membersihkan imej Ustaz?

RP-Saya ada bertanya kepada pegawai saya bagaimana keadaan yang saya alami tetapi saya tidak dipertahankan bila saya dicaci. Orang kata yang bukan-bukan. Saya lihat dalam tempoh seminggu dua ini memang jabatan saya tidak mempertahankan saya.

SK: Apa jawapan ketua jabatan Ustaz?

RP: Oleh kerana imam besar tiada pada masa itu, saya hanya bertanya kepada pegawai sahaja dan dia cuma mengatakan bahawa perkara itu kita pun tidak tahu kebenarannya, jadi kita jangan merasa bersalah,itu sahaja. Jadi segala tohmahan yang dilemparkan kepada saya tidak betul jadi beliau berkata kita tidak perlu berasa tertekan atau bersalah.

SK: Jadi apa perasaan Ustaz bila beliau beri jawapan sedemikian?

RP: Jadi bagi saya, saya perlu menilai diri saya sendiri apakah itu tindakan betul yang saya lakukan.Kalau kita lihat pada laporan internet itu, ianya memang satu fitnah dan saya boleh menyaman tetapi kerana bimbangkan kerja saya, jadi saya hanya berdiam diri sahaja

SK: Sekarang Ustaz bimbangkan kerja Ustaz akan terjejas, apakah langkah Ustaz seterusnya selepas membuat penjelasan ini?

RP: Saya telah berfikir semasak-masaknya apa yang saya telah saya lakukan hari ini.Kawan saya ada memberitahu bahawa insya Allah rezeki Allah SWT ini amat luas. KIta jangan berfikir hanya itu sahaja kerja yang ada.

SK: Mungkin keselamatan Ustaz terjejas disebabkan tindakan berani Ustaz tampil ke hadapan menjelaskan perkara sebenar. Apakah langkah yang akan Ustaz ambil memandangkan perkara ini sudah luas tersebar dan ada kemungkinan polis ‘mencari’ ustaz?

RP: Itu saya berserah kepada ALLAH SWT kerana sebagai makhluk yang diciptakan oleh ALLAH SWT hanya ALLAH SWT sahaja yang berkuasa ke atas setiap makhluk.


Seterusnya......

Sunday 24 August 2008

Reaksi Tun Dr Mahathir Terhadap Tindakan Terbalikkan Bendera Malaysia

POsted on 24 AUG,2008

Tak lama lagi kita akan sambut Hari Merdeka ke-51. Tahun lepas kita sambut Hari Merdeka yang ke-50 dengan gembira kerana ia menandakan setengah abad kita memerintah negara kita sendiri. Dan kita bangga kerana dalam jangkamasa itu kita telah maju jauh kehadapan sehingga mereka yang lama berada di luar negara tidak kenal tanahair mereka apabila kembali. Demikian perubahan yang telah berlaku.

2. Orang asing pula apabila datang pertama kali ke Malaysia tidak percaya ini adalah negara membangun, negara dunia ketiga.

3. Bukan sahaja Kuala Lumpur sudah bertukar wajah dan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit, dengan jalan-jalan bertingkat yang bersih dan dihias dengan tanaman bunga-bungaan sepanjang jalan dan lain-lain, tetapi bandar-bandar lain juga memperlihatkan pertumbuhan dan pembesaran, lengkap dengan jalan bertingkat yang penuh sesak dengan kereta.

4. Rata-rata kita lihat kemajuan yang telah dicapai. Jumlah yang miskin telah dikurangkan dan mereka turut bersama bergembira.

5. Rakyat berbilang kaum tidak bermusuh sesama mereka walaupun tidaklah berharmoni seperti yang diharapkan. Namun tiap kali pilihanraya diadakan majoriti pengundi memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana beranggapan segala-gala yang dinikmati adalah hasil pemerintahan Kerajaan-Kerajaan BN. Biasanya mereka memberi kemenangan lebih 2/3 daripada kerusi Parlimen.

6. Rakyat Malaysia yang pergi ke negara asing berasa bangga kerana Malaysia dikagumi dan dihormati oleh siapa sahaja yang mereka bertemu apabila sahaja orang asing mengetahui yang mereka dari Malaysia.

7. Mereka menyebut menara kembar Petronas dan perlumbaan Formula 1. Orang Islam asing pula tertarik dengan kemajuan dan kestabilan sebuah negara Islam.

8. Kerana semua ini rakyat Malaysia gembira dan bersemangat untuk menyambut kedatangan Hari Merdeka. Jalur Gemilang dikibar di kereta-kereta dan di bangunan-bangunan. Bukan sahaja Melayu yang bersemangat, Cina, India, Kadazan, Iban dan semua suku kaum di Sabah dan Sarawak memperlihatkan semangat dan kegembiraan mereka.

9. Biasanya apabila tiba bulan Ogos semangat dan kegembiraan rakyat dipertunjukkan dengan pelbagai cara. Jalur Gemilang berkibar di merata-rata tempat. Mungkin saya silap, atau mungkin saya bias (berat sebelah), tetapi bulan Ogos ini rakyat agak muram, tidak gembira dan bersemangat luntur.

10. Mungkin ini kerana kenaikan harga minyak dan lain-lain. Tetapi ternampak ada sesuatu yang lain yang tidak kena yang menyebabkan rakyat tidak gembira untuk menyambut Hari Kemerdekaan.

11. Blogger Sheih Kickdefella telah syor kempen terbalikkan Jalur Gemilang sebagai cara memprotes ketamakan ahli dan pemimpin parti-parti politik tanpa mengira parti mana.

12. Cadangan seperti ini tidak pernah dibuat selama 50 tahun kita Merdeka.

13. Reaksi Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mudah diramal. Cadangan kempen ini ditafsir olehnya sebagai perbuatan kurang ajar. Dan seperti biasa ugutan dibuat supaya polis akan ambil tindakan terhadap blogger berkenaan. Lain-lain blogger juga dibelasah sebagai tidak berfaedah dan mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

14. Cadangan mengibar Jalur Gemilang terbalik dianggap menghina diri sebagai rakyat Malaysia.

15. Tidak terlintaskah dalam hati Dato Seri Abdullah untuk bertanya dan mengambil tahu kenapa cadangan ganjil ini dibuat? Seperti dengan kekalahan BN pada Mac tahun ini, Dato Seri Abdullah menafikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan BN dan Kerajaan pimpinan beliau yang menyebabkan penyokong BN daripada semua kaum memberi undi mereka kepada parti lawan. Sebaliknya beliau mentafsir merosotnya undi kepada calon-calon BN disebabkan sabotaj dan pihak tertentu tidak mahu beri kemenangan 2/3 kepada BN. Kenapa mereka berbuat demikian tidak dipersoal olehnya, hanya kemarahan dan ugutan untuk bertindak terhadap mereka ini.

16. Macam-macam cara telah dibuat untuk menyedarkan pemimpin ini tentang perasaan tidak puas hati rakyat, tetapi sikap penafiannya menyebabkan semua mesej disalah tafsir dan disalah erti. Dalam keadaan kecewa rakyat maka sukarlah bagi mereka untuk menunjuk semangat dan kegembiraan dengan keriangan sambutan hari Merdeka.

17. Kata seorang daripada kenalan saya, sekarang hanya 10 hari sahaja sebelum hari Merdeka tetapi ianya melihat hanya sebuah kereta sahaja yang memasang Jalur Gemilang.

18. Kata seorang lagi, saya simpan sahaja Jalur Gemilang tahun ini.

19. Tidak ada sesuatu bangsa yang bermaruah yang tidak ingin bebas daripada belenggu penjajahan. Kita lihat di sana-sini peperangan untuk membebas wilayah sendiri sedang berlaku. Kita lihat penderitaan mereka, hidup tidak sempurna, berlari-lari dengan bungkusan harta yang sedikit ke sana-sini. Sekejap-sekejap letupan senjata membunuh dan mencederakan mereka. Inilah nasib orang yang dijajah yang ingin merdeka.

20. Pada tahun 1957 kita merdeka dan harapan kita ialah hidup yang lebih bahagia. Justeru kita rayakan hari keramat ini kerana merdeka difahami dan dihargai oleh semua pihak.

21. Saya percaya kita masih hargai kebebasan kita, kemerdekaan kita. Tetapi sesuatu telah berlaku yang menyebabkan kita tidak begitu gembira pada hari ulangtahun merdeka pada tahun ini. Kita kesal kerana kita tidak dapat buat apa-apa untuk mengembalikan kegembiraan bangsa yang merdeka.

22. Kita bersyukur kerana kita, samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum tidak bersifat ganas, tidak suka pada huru-hara, tidak berminat merusuh. Tetapi pemimpin hendaklah faham kenapa rakyat berasa muram tahun ini. Jangan tipu diri dengan berkata tak benar rakyat tidak gembira. Lihat sahaja berapa ramai yang keluar melihat bunga api. Malangnya ini bukan ukurannya. Ini hanyalah cara untuk melupakan sekejap keperitan hidup rakyat kerana diperintah oleh orang yang tidak mahu faham tentang perasaan rakyat.

23. Saya akan sambut Hari Merdeka tetapi tidak seperti 50 sambutan yang terdahulu. Sesuatu sudah hilang daripada makna kemerdekaan. Mulut sudah ditutup dan apa yang ada dalam hati tinggal tertambat, tidak boleh diluahkan. Kita takut berkata apa-apa kerana polis akan digesa bertindak. Kadang-kadang saya berasa yang kita berada dalam sebuah Police State (Negara bawah kawalan polis). Tetapi ini mungkin sifat keterlaluan saya.

24. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan membuka hati mereka supaya faham mesej-mesej yang disampaikan oleh rakyat.



Tun Dr Mahathir Mohamed

www.chedet.com

Seterusnya......