Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Monday 26 January 2009

Perutusan Tahun Baru Cina - Presiden PAS

Perutusan Tahun Baru Cina - Presiden PAS
Posted on 26 Jan,2009


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia.Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Sesungguhnya masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia dan dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.

Terbaru adalah peranan mereka dalam memenangkan calon PAS dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur.

PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan. Image

Allah swt sendiri menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."

Gong Xi Fa Cai kepada semua.

Seterusnya......

Tuesday 13 January 2009

Kursus Rawatan Islam AKRINE Di Melaka

Kursus Rawatan Islam AKRINE Di Melaka
Posted on 13 JAN,2008

Kepada warga melaka yang berminat suatu kursus rawatan Islam yang akan diadakan tidak lama lagi:
Penyampai: Yang Berbahagia Ustaz Abdul Majid Bin Hassan

Tarikh: 8hb Feb 2009 (Ahad)

Tempat: Tilawah Bestari Aqrab, Bukit Beruang, Melaka.

Masa: 8.30pagi – 5.30petang

Yuran: RM130 (termasuk nota, minum pagi, makan tengahari & minum petang)

InsyaALLAH, pengisian yang akan dibincang & diterapkan pada hari tersebut adalah:

1. Pengetahuan asas mengenai makhluk halus
2. Jenis-jenis gangguan
3. Perlindungan diri dari gangguan
4. Persiapan diri perawat
5. Persiapan kemudahan merawat
6. Teknik merawat :
(a)Penyediaan air rawatan
(b)Mendinding diri sebelum semasa dan selepas merawat
(c) Menikam jin
(d) Scanning
(e) Ruqyah
(f) Dakwah & tanzir
(g) Tarik keluar pakai serban
(h) sembelih
(i) pukul
(j) Baling
(K) Mengikat
(l) Menyedarkan pesakit
(m) Menidurkan jin
(n) Bakar batu-bata
(o) Sedut/tarik/pindah jin
(p) Pagar jarak jauh
7. Simulasi rawatan

Untuk pendaftaran sms atau hubungi talian 019-6727626 (Pn Fadillah)
Yuran boleh di bank in ke akaun Maybank 107135037936, sila emailkan penyata bank atau sms maklumkan waktu & hari wang dimasukkan pada nombor talian yang diberikan setelah urusan pembayaran dilakukan.

*Bayaran harap dilakukan paling lewat seminggu sebelum hari kursus bagi memudahkan urusan penyenggelaraan.

Semoga ALLAH memberi rahmat kepada seluruhnya.

Di petik dari laman blog terapi alfalah.

Seterusnya......

Friday 9 January 2009

Jangan dipandang air mata yang mengalir, Tapi pandanglah tangan yang melakukan

Jangan dipandang air mata yang mengalir, Tapi pandanglah tangan yang melakukan
Posted on 9 JAN,2008

Petikan: Nabi Yaacob a.s tidak menerima air mata anak-anaknya sebagai bukti untuk membenarkan dakwaan mereka kerana kehilangan Yusuf a.s, ketika mereka datang waktu malam dalam keadaan menangis, Yusuf dimakan oleh serigala, bahkan Baginda juga tidak menerima darah dibaju Yusuf yang mereka bawa sebagai bukti.

OLEH: DR ABD.BASIT ABD.RAHMAN

Bukanlah satu perkara yang ajaib kalau kita dapati ada golongan yang cuba menyekat perlaksanaan Islam dari segenap aspek kehidupan dan cuba untuk memburukkannya dengan berbagai cara, tapi yang ajaibnya ada dikalangan orang muslim yang mempercayai dakwaan mereka kerana perbuatan itu menyalahi apa yang mereka ucapkan dalam pengakuan syahadah, wala’ atau kesetiaan yang mereka berikan kepada musuh Islam menyingkap kesesatan dan tipudaya yang mereka lalui, ramai pemimpin umat Islam berucap mengatakan kebaikan dan keelokan Islam, menangis dan berdukacita terhadap bala bencana yang menimpa umat Islam, mereka mendakwa telah melaksanakan syariat dan nilai-nilai Islam, tapi dalam masa yang sama penjara mereka dipenuhi oleh para pendakwah Islam, darah orang yang baik mengalir dengan murah dan ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. Kita dapati juga mereka yang berucap: telah muncul di kalangan orang Islam mereka yang akan mengembalikan kegemilangan Islam.

Nabi Yaacob a.s tidak menerima air mata anak-anaknya sebagai bukti untuk membenarkan dakwaan mereka kerana kehilangan Yusuf a.s, ketika mereka datang waktu malam dalam keadaan menangis, Yusuf dimakan oleh serigala, bahkan Baginda juga tidak menerima darah dibaju Yusuf yang mereka bawa sebagai bukti.

Berapa ramai pula kalangan yang menangis kerana menuntut bela diatas kewafatan Saidina Uthman yang dibunuh, tapi setengah dari merekalah yang menimbulkan fitnah yang membawa kepada syahidnya Khalifah Ar rashid itu.

Salah seorang yang duduk bersama hakim dalam mahkamah merasa sedih ketika melihat seorang pengadu datang dalam keadaan menangis dan orang itu memberitahu hakim bahawa beliau berpendapat si pengadu telah dizalimi, maka hakim yang bijak telah memberi jawapan kepadanya: saudara-saudara Yusuf datang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis.

Oleh itu sebelum kita memberi kepercayaan kepada seeorang, hendaklah kita halusi, selidiki dan kaji betul-betul, benarkah dia seorang yang benar-benar memperjuangkan islam sebelum kita meletakkannya ditempat pejuang atau mujahid islam. Pernah dulu orang memberi gelaran kepada Attartuk sebagai Khalid, “Wahai Khalid Turki baharukan perjuangan Khalid Arab”, mereka menyamakannya dengan Khalid kerana menyangka beliau akan mengembalikan keagongan dan ketinggian islam. Tetapi tak lama kemudian pecahlah tembelangnya, beliau seorang taghut dari usrah Yahudi yang ditonjolkan untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyah dan menghancurkan Islam. Diawal perlantikannya tidak lepas kayu sugi dimulutnya dan bekas wuduk di tangannya.

Mengetahui hakikat sesuatu adalah penting sebelum membuat apa-apa keputusan, untuk mengelakkan daripada tersalah dan tersesat.

Kita telah membaca cerita pemburu yang menembak burung dimusim sejuk, seekor demi seekor ditangkap dan disembelihnya kemudian dimasukkan kedalam bekas yang dibawanya. Sedang air matanya mengalir kerana kesejukan dan ditiup oleh angin, seekor burung yang sedang sakit memberitahu kawannya, “Tengoklah lelaki ini seorang yang baik dan lembut hatinya hingga mengalir air matanya kerana kasihan kan kita”. Jawab kawannya” jangan kau lihat air matanya tapi lihatlah apa yang dilakukan oleh tangannya”. Wallahu alam.

Dipetik dari buku (Mawaqif zatu ibar) Dr. Sulaiman al Ashqar.

Seterusnya......

Thursday 8 January 2009

Sudah masanya Para Perokok

Sudah masanya Para Perokok
Posted on 8 JAN,2009

Rokok 'penyumbang' kekejaman Israel
Para perokok khususnya dari kalangan umat Islam diseru menjadikan kekejaman Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin pada ketika ini sebagai keazaman untuk berhenti merokok memandangkan rokok juga kebanyakannya adalah produk dan penyumbang kepada Israel.

Bahkan rokok juga terbukti merosakkan kesihatan manusia sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. mahukan umatnya bukan sahaja kuat pada rohani tetapi juga jasmani.

Nasihat itu dituturkan Pengerusi Tarbiyyah Dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM), Ustaz Kyairul Asyraf Hussin pada satu program pemuda di sini semalam.

Katanya, umat Islam jangan hanya melaungkan bantahan kepada Israel tetapi pada masa yang sama masih merokok.

"Mulut kita kata kutuk Israel! Tetapi dalam masa yang sama mulut itu juga kita merokok. Bukan Coca-cola, Colgate, McDonald's dan lain-lain itu saja kita kenal sebagai produk Yahudi, rokok pun kita kena masukkan sebagai produk Yahudi," tegas beliau.

Katanya, keupayaan umat Islam di negara ini untuk membantu saudara di Palestin hanyalah dengan doa. Pun begitu ujarnya, doa akan tertolak dari tubuh yang masuk padanya perkara haram.

"Macam mana doa kita hendak diterima kalau masih ada yang haram dalam tubuh kita?" ujar beliau mempersoalkan dengan sebuah hadis dijadikan hujahnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS kawasan sama, Ustaz Mohd Zahir Ghazali menyahut unjuran Lajnah Dakwah Dan Pembela Islam Dewan Pemuda PAS untuk melancarkan kempen boikot produk Amerika dan jaringan Israel besar-besaran.

Oleh itu kata Mohd Zahir, pihaknya sedang menyiapkan risalah khas yang menyenaraikan produk dan penyumbang kepada Israel untuk diboikot seluruh masyarakat dan risalah itu akan diedarkan dari tangan ke tangan.

Seterusnya......

Demo intifadah anti Israel-AS lepas solat Jumaat esok!

Demo intifadah anti Israel-AS lepas solat Jumaat esok!
Posted on 8 JAN,2009

PASTIKAN TIADA SEORANG MENGHISAP ROKOK DAN BERJANJI TIDAK MEROKOK
ROKOK PENYUMBANG BESAR ISRAEL

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub mengarahkan seluruh anggota pemuda PAS dan mengajak umat Islam menyertai demonstrasi intifadah besar-besaran di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) esok.

Dalam kenyataan yang diberikan sebentar tadi, beliau berkata, umat Islam tidak harus membiarkan AS, yang secara terang-terangan menjadi pelindung kepada kekezaman tentera zionis Israel terhadap umat Islam Palestin.

Katanya, beliau beserta AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi beserta pimpinan PAS yang lain, bergegas pulang ke ibu kota dari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, untuk menyertai demonstrasi selepas solat Jumaat esok.

"Kita akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kita akan berarak daripada situ ke kedutaan AS," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin, untuk sama-sama bangkit menyatakan bantahan terhadap AS.

Katanya, dewan-dewan Pemuda PAS di peringkat Negeri dan Kawasan diarahkan untuk membawa sepanduk, kain pemidang dan placard (poster) sebagai bantahan ke atas sokongan AS terhadap kezaliman tentera Yahudi.

Terdahulu daripada itu, Syed Azman yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS Pusat berkata, pihaknya akan menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang menjadi medan berdarah akibat di bom Israel.

Katanya, selain daripada umat Islam membaca qunut nazilah pada setiap solat untuk mendoakan kekuatan umat Islam Palestin menghadapi kekejaman Yahudi, pihaknya turut melancarkan dana sumbangan yang akan dihantar seberapa segera.

"Sebelum ini pun kita (PAS), terus menerus memberikan sumbangan yang termampu untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

"Jika ada yang sudi membantu, sila salurkan sumbangan anda melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA di akaun Maybank 564070703248," ujarnya. - mks._

Seterusnya......

Rakan-rakan ku yang telah berjaya

Rakan-rakan ku yang telah berjaya
Posted on 8 JAN,2009


JASIN 5 Jan. - Jika dulu empat rakan baik ini hanyalah pekerja kilang yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan tetap sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sebulan, tetapi kini segalanya sudah berubah kerana terlibat secara aktif dalam ternakan cacing.

Siapa sangka cacing yang sering digunakan untuk menjadi umpan memancing ikan tetapi kini sudah menjadi perniagaan yang menjanjikan sumber pendapatan paling lumayan.

Justeru, empat anak muda ini mengambil langkah untuk berhenti kerja dan memberikan tumpuan penuh mengusahakan ternakan cacing.

Berbekalkan minat dan bersedia menghadapi risiko perniagaan, mereka mencuba perniagaan menternak cacing untuk dijadikan baja bermula pada tahun 2006.

Pelbagai rintangan dan halangan dilalui malah ada di kalangan rakan mereka yang tertawa apabila menyuarakan hasrat untuk menceburi bidang perniagaan menternak cacing untuk dijadikan baja.

Akhirnya, percaturan empat sekawan ini berhasil kerana selepas tiga tahun menghadapi pelbagai cabaran, perniagaan ternakan cacing dan baja pertanian yang dihasilkan menerusi penubuhan syarikat, Zaws Agrotech di Kampung Tehel di sini mampu memberikan pendapatan lumayan sehingga RM30,000 sebulan.

''Tiada seorang pun dari kalangan kami yang mempunyai kepakaran dan segulung ijazah dalam bidang pertanian.

''Saya sendiri memegang diploma kejuruteraan dari politeknik di Perlis dan bekerja hampir 18 tahun sebagai penyelia di kilang," kata Wan Norazami Wan Shah, 33.

Katanya, selepas kecewa kilang tempat mereka bekerja terpaksa ditutup dan berpindah operasi ke Johor pada tahun 2006, rakan mereka, Mohd. Suhaimi Selamat, 33, mempelawa untuk mencuba perniagaan tersebut yang ketika itu masih baru di negara ini.

''Pada mulanya saya kurang yakin dengan cadangan Mohd. Suhaimi tetapi setelah berjumpa dengan pengusaha menternak cacing yang berjaya akhirnya saya dan rakan yang lain bersetuju memulakan perniagaan ini," katanya.

Selain Wan Norazami dan Mohd. Suhaimi, dua lagi rakan mereka yang turut mengusahakan Zaws Agrotech ialah Zamri Md. Kassim, 39, dan Ahmad Ghazi Abdul Hayun, 36.

Menurut Wan Norazami, tanpa mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak, mereka berempat mencuba menternak sekilogram cacing induk yang dibeli di Perak bagi mencuba sejauh mana pencapaian mereka dalam bidang tersebut.

Dalam tempoh setahun mengusahakan perniagaan tersebut, kata beliau, tidak ada sebarang hasil dan keuntungan yang diperoleh.

''Kami semua tidak patah semangat walaupun dalam setahun tidak mendapat sebarang pendapatan.

''Kami cekal dan akhirnya berkat usaha gigih impian yang diletakkan menjadi kenyataan," katanya.

Beliau memberitahu, purata setiap bulan dianggarkan 300 kilogram cacing berjaya dihasilkan daripada 153 kotak yang terdapat di pusat pemeliharaan cacing tersebut beroperasi.

''Kami ternak cacing import dari Afrika dan cacing merah dari Australia. Hasilnya kami jual kepada para penternak baru serta beberapa syarikat kosmetik tempatan," katanya.

Katanya, menternak cacing ini di anggap mudah kerana dalam masa tiga bulan selepas menetas daripada telur, cacing ini sudah matang dan boleh dijual.

Beliau menambah, setiap telur ia akan mengeluarkan kira-kira 20 ekor cacing.

''Di samping menternak cacing, baja juga dapat dihasilkan melalui ternakan cacing ini dan baja yang dihasilkan ini jika diletakkan di kawasan pokok-pokok ia akan dapat meningkatkan lagi hasil pengeluaran pokok," katanya.

Katanya, terdapat dua jenis bentuk baja yang dijual iaitu jenis cecair yang dijual dengan harga RM30 yang sesuai digunakan di pokok-pokok bunga manakala jenis serbuk pula dijual dengan harga RM4 hingga RM6 dengan setiap satu kilogram.

Namun, siapa sangka anak muda empat sekawan ini biarpun tidak berpengalaman dalam perniagaan tetapi mereka membuktikan dengan minat mendalam, mereka mampu menguasai bidang tersebut.

Di samping itu, empat rakan baik ini juga telah berjaya mencipta mesin tapisan cacing.

''Mesin ini kami jual dengan harga RM2,500 sebuah dan sambutan yang diterima agak memuaskan, sekali gus menambah pendapatan syarikat kami.

''Bagi perancangan masa depan, kami akan melebarkan sayap perniagaan Zaws Agrotech ke luar negara khususnya negara Asia Barat yang mempunyai permintaan tinggi dalam perniagaan ini," katanya.

Bagi mereka yang berminat berkongsi pengalaman bersama empat anak muda ini dan berhasrat membuat tempahan cacing dan baja, boleh hubungi Mohd. Suhaimi pada talian 019-6501125 atau datang sendiri di alamat Kilometer 16, Kampung Tehel.


Seterusnya......

Kemalangan Pertama Yang Aku Alami

Kemalangan Pertama Yang Aku Alami
Posted on 8 JAN 2009

Hampir seminggu tak update dalam blog ni.Bukannya apa saya telah mengalami kemalangan jalanraya.Inilah pengalaman pertama kali mengalami kemalangan jalan raya, selama hampir 20 tahun menunggang motosikal.

Masa tu aku baru balik dari interview kerja....tengok jam dah pukul 12:20pm...anak nak balik sekolah,dah janji nak ambik dia...lepas tu pulak nak daftar dia sekolah agama pulak, tengok cuaca ok aje...

Dalam perjalanan balik tu..di kawasan turun bukit..tiba -tiba aku nampak beberapa ekor monyet sedang melintas melintas jalanraya.. ada yang bawa anak..tiba-tiba aku rasa gelap....

sedar-sedar aje aku tersandar pada besi penghadang jalanraya...orang ramai berada di depanku...aku bertanya apa yang telah berlaku...saya kemalangan ke..ia awak kemalangan...saya berlanggar apa..awak berlanggar pakcik tu...aku perhatikan di sebelah kananku tidak berapa jauh ada seorang pakcik sedang tersandar..

Lepas tu adalah orang berikan air untuk saya minum, ada sebuah kereta kancil berhenti membawa saya dan pakcik ke pusat kesihatan yang terdekat....jam baru 1:50pm...orang2 pusat kesihatan sedang waktu break....nak x-tray terpaksalah kami tunggu sampai pukul 2..tengok pakcik macam teruk aje...tetapi tengok wajah dia tenang aje...penuh pasrah.. atas kerusi roda..sedang aku macam orang nak beranak...

Sekejap lepas tu pakcik tu tanya jururawat mana arah kiblat...lalu ia sembahyang...
terasa jugak aku...aku sendiri tidak terpikir tentang sembahyang...pakcik tu mengingatkan aku..lalu aku pun sembahyang atas kerusi roda sebagai menghormati waktu...maklumlah tak de air sembahyang...nilah pertama kali aku mengamalkan ilmu yang aku pelajari dari guru-guru agamaku...kalau tidak kudrah dari allah ...pasti ilmu setakat ilmu aje..dan tidak akan di amalkan..

Isteri,mertua dan anak aku dah sampai...seorang abang memanggil nama aku....sila masuk bilik..isteri aku tolak kerusi roda ..lalu aku di suruh menanggalkan baju..isteriku membukanya...aduh sakitnya...terasa di dada dan tulang rusuk belah kiri aku...lalu aku disuruh baring atas katil...isteri aku di suruh keluar...
tolong londehkan seluar...baring sebelah kiri...ahh..sakitnya..tak bolehlah bang sakit...baring belah kanan...belah kanan tidak berapa sakit...

ok...abang boleh keluar...gambar x-tray di beri kapada aku...nanti abang jumpa doktor dekat bilik no 2...doktor pun ambik x-tray..lalu di tengoknya x-tray..tu..tidak ada yang patah....tapi dada dan belah rusuk kiri saya sakit...tu biasa aje..mungkin awak masel telah koyak ..saya akan bagi awak ubat sakit....

Saya dapat tahu pakcik tu...bahu dia retak...dan patah 3 tulang rusuk...sedih jugak tengok pakcik tu...dalam 3:30 barulah pakcik tu dibawa ambulan ke hospital besar..malam tu tak dapat tidur..asyik baring belah kanan aje...mata tak belah lelap..tahan sakit...macam manelah..orang lagi teruk kemalangan...

Lepas tiga hari kuranglah sikit...tapi masih sakit apabila buat kerja berat..tidur masih tak boleh belah kiri.. itulah pengalaman aku pertama kali kemalangan..
Baru petang tadi...dapat ziarah pakcik di hospital...pakcik dah nak keluar dari hospital...alhamdulillah..tergerakkan juga nak ziarah...kalau tadak..tak temu lagi pakcik tu.. Aku berdoa agar pakcik tu akan cepat sembuh dan di beri kesihatan....
amin rabbi alamin...

Seterusnya......

Friday 2 January 2009

Lapan penyakit Nafsu Dan Penawarnya

Lapan penyakit Nafsu Dan Penawarnya
Posted on 2 JAN,2009

PENYAKIT NAFSU DAN PENAWARNYA
oleh Imam Abu Abdul Rahman Al-Sulamiy(325H-412H)

Penyakit Pertama
Ia menyangka bahawa ia telah berjaya mengetuk pintu ketuhanan dengan berbagai-bagai zikir dan amal ketaatan. Pintu itu memang terbuka tetapi laluan untuk rujuk kepada Allah di dalam jiwa ditutupnya, disebabkan oleh banyaknya dosa-dosa yang telah dilakukan.

Kata Ibn Masruq, pada suatu hari Rabia’ah al-Adawiyah telah lalu dimajlis Soleh al-Murra, lalu Soleh berkata, “Siapa yang berterusan mengetuk pintu ketuhanan Allah akhirnya ia akan dibuka,” lalu dijawab oleh Rabia’ah al-Adawiyah, ” Pintu itu terbuka tapi kamu lari daripadanya. Bagaimanakah kamu boleh sampai kepada matlamat perjalanan sekiranya kamu tersalah jalan sejak dari langkah yang pertama lagi? Bagaimanakah seseorang hamba itu dapat membebaskan dirinya daripada pengaruh jahat nafsunya sedangkan ia sentiasa dikuasai oleh syahwat? Atau bagaimanakah seseorang itu mampu membebaskan dirinya daripada kongkongan hawa nafsu sedangkan ia tidak menegah dirinya daripada melakukan dosa-dosa?”

Kata al-Sulamiy, Ibn Abu Dunya berkata, para ahli hikmah berkata, “Janganlah kamu meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat kejayaan menuju Allah sedangkan dirimu diselaputi dosa.”

Rawatannya ialah sepertimana kata Sarij al-Saqati,“Hendaklah kamu sentiasa menurut jalan hidayah, mempastikan segala pemakanan bersumber daripada yang halal serta menyempurnakan ketakwaan kepada Allah.”

Penyakit Kedua
Apabila ia menangis maka hilanglah rasa dukacitanya dan ia berada di dalam keadaan senang hati.

Rawatannya ialah dengan sentiasa melazimi perbuatan menangis berserta perasaan dukacita oleh kerana dosa yang ia lakukan sehingga ia tidak berhajat kepada keinginan untuk bersenang hati. Oleh itu apabila seseorang diuji oleh Allah dengan perasaan dukacita, ia tidak akan menangis dengan sebab dukacita itu, bahkan ia akan merasa senang hati dan bergembira jika tangisan itu lahir daripada rasa takut kepada Allah kerana dosa yang dilakukannya. Sesiapa yang menangis kerana dukacita maka tangisan itu akan menambahkan lagi beban dukacita yang ditanggungnya.

Penyakit Ketiga
Apabila ia ditimpa mudarat ia akan mengadukannya kepada kuasa yang tidak mampu merungkai mudharat tersebut. Bagitu juga, dia akan meletakkan pergantungan harapannya kepada sesuatu yang tidak akan mampu memenuhi harapannya. Ia juga berhempas pulas dan menumpukan perhatian sepenuhnya mencari rezeki sedangkan rezekinya telah dijamin oleh Allah.

Rawatannya ialah dengan memperbetulkan keimanan dengan menyakini sepenuhnya firman Allah s.w.t. :
Yang bermaksud, “Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia(Allah); dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, …

Firman Allah s.w.t. lagi:
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya …

Hakikat yang telah dinyatakan oleh ayat-ayat tersebut adalah sangat jelas bahawa semua makhluk Allah itu bersifat lemah. Di suatu sudut yang lain, semua makhluk memerlukan bantuan daripada pihak lain untuk menyempurnakan kehidupannya. Bagaimanakah orang yang memerlukan bantuan untuk memenuhi kehidupannya mampu untuk mengisi keperluan hidup orang lain. Oleh itu apabila seseorang itu ternyata lemah serta tidak berkemampuan nescaya dia tidak akan dapat memperbaiki orang lain. Jadi dia perlu memperbetulkan salah faham ini dan hendaklah bergantung kepada Allah secara mutlak.

Penyakit Keempat
Dia telah mengabaikan hak-hak tertentu yang wajib ke atasnya, sedangkan sebelumnya dia telah melaksanakan hak-hak tersebut. Pengabaian ini lebih tercela apabila seseorang itu langsung tidak ambil peduli terhadap kecuaian dan kelalaian itu. Ia akan menjadi sangat tercela apabila seseorang itu tidak menyedari kelalaiannya. Keadaan ini akan menjadi lebih dahsyat apabila seseorang itu menyangka bahawa kehidupan agamanya sempurna walaupun keadaan dirinya penuh cuai.

Hal ini berlaku kerana ketika ia melaksanakan hak-hak yang dituntut ke atas dirinya itu, sifat syukur yang ada di dalam dirinya kepada Allah sangat sedikit. Apabila semakin berkurangan sifat syukur di dalam dirinya, lalu kedudukan seseorang itu akan ditukar oleh Allah daripada menghayati dan menjunjung perintahNya kepada makam lalai dan cuai. Akhirnya seseorang itu akan terhijap daripada dapat melihat kelemahannya bahkan lebih dahsyat lagi, dia akan menganggap kejahatan dan dosa yang dilakukannya sebagai kebaikan. Hal inilah yang ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya:
Yang bermaksud, “Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik,?”
(Surah Fathir : 8)

Rawatannya ialah sentiasa rujuk kepada Allah dalam segala hal serta melazimi zikir-zikir tertentu, membaca Al-Quran, berhati-hati dan teliti dalam sumber rezeki dan makanan dengan mempastikan yang halal, memelihara kehormatan dan maruah umat Islam, serta memohon doa daripada auli’a Allah agar melalui doanya itu Allah akan memeliharanya daripada kelemahan dan kesalahan yang telah disebutkan sebelum ini, disamping Allah akan membukakan hijab untuknya melaksanakan ketaatan kepada Allah.

Penyakit Kelima
Dia mentaati perintah Allah tetapi tidak dapat mencapai kemanisan di dalam melaksanakan perintah itu. Hal ini berlaku kerana amal ketaatannya itu telah bercampur baur dengan unsur-unsur riya’ dan tidak disertai dengan keikhlasan serta tidak menurut sunnah di dalam amalan.

Rawatannya ialah dengan melatih jiwa supaya ikhlas di dalam amalan, menuruti sunnah di dalam setiap perbuatan dan amalan serta memperbetulkan seluruh asas kehidupan supaya kesudahannya menepati kehendak kebenaran.

Penyakit Keenam
Dia mengharapkan dirinya mendapat balasan kebaikan setelah mendapati tanda kebaikan itu wujud pada dirinya. Sekiranya ia dapat mencapai kebaikan itu nescaya orang yang jiwanya hampir kepada Allah akan bermasam muka dan merasa malang dengan kehadirannya.

Hal ini pemah disebutkan kepada sebahagian daripada para salaf, “Apakah pendapatmu terhadap (Seseorang yang bertahan makamnya di dalam dunia kesufian di antara dua makam)?” Lalu dijawab, “Aku pernah menyaksikan pelbagai golongan seperti itu. Kalaulah bukan kerana aku pernah menjadi seperti mereka, nescaya aku akan memohonkan keampunan daripada Allah untuk mereka. Beginilah bentuk perjalanan (jiwa yang hidup).

Rawatannya ialah hendaklah diketahui sekiranya Allah mengampunkan dosa-dosa mereka sedangkan Allah menyaksikan dan mengetahui bahawa keampunan yang dianugerahkannya itu akan ditukar ganti oleh mereka itu dengan melakukan dosa dan maksiat. Oleh itu hendaklah kita merasa malu kepada Allah dan sentiasa sedar terhadap kejahatan diri sendiri. Hal ini dinyatakan oleh al-Fudail bin ‘Iyad6, “Alangkah kejinya perbuatan kamu itu walaupun kamu merasakan ianya sesuatu yang baik. Ini adalah kerana kamu telah mendahului ilmu Allah di dalam urusan tersebut.” Kata Al-Sulamiy, Yahya bin Muaz7 berkata, “Berlapar itu dianggap sebagai makanan kerana dengan berlapar itu Allah akan memperkuatkan tubuh badan para siddiqin.”

Penyakit Ketujuh
Jika kamu ingin membina dan menyuburkan kehidupan akhirat kamu, terlebih dahulu hendaklah kamu mematikan keinginan terhadap (keseronokan) kehidupan duniawi. Kamu tidak akan dapat berdampingan dengan Allah sehingga kamu mematikan keinginan nafsu kamu kepada perkara-­perkara yang keji.”

Hal ini disebut oleh Yahya Bin Mu’az, katanya “Sesiapa yang menghampirkan diri kepada Allah dengan hati yang mendalam, Allah akan memelihara jiwanya daripada godaan nafsu. Cara menguasai hawa nafsu itu ialah melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya, kerana nafsu itu selama-lamanya tidak akan tunduk kepada kebenaran.”

Rawatannya ialah berjaga malam untuk beribadat, berpuasa, melaksanakan kewajipan yang tidak disukai oleh nafsu serta menghalang daripada pengaruh syahwat yang berbagai-­bagai.

Penyakit Kelapan
Nafsu itu selama-lamanya tidak akan melahirkan kebenaran. Hal ini kerana amal ketaatan itu berlawanan dengan kehendak nafsu, bahkan akan lahirlah pula pertentangan yang lebih banyak apabila seseorang itu patuh mengikut kehendak hawa nafsu dan syahwat.

Rawatannya ialah keluar daripada kongkongan nafsu itu secara keseluruhan kemudian kembali kepada Allah secara mutlak. Al-Sulamiy berkata, “Abul Qasim al-Basri berkata di Baghdad; Ibn Bazdan telah ditanya, “Atas dasar apakah seseorang itu keluar menuju kepada Allah?”

Katanya,”Keluar di atas dasar dia tidak akan kembali semula ke tempat asalnya, serta dia akan memelihara dan menumpukan seluruh perhatiannya kepada Allah.” Abul Qasim al-Basri berkata, “Hal itu hanya melibatkan pencarian orang yang telah menemui hakikat ketuhanan Allah”

“Bagaimana pula keadaan orang yang masih belum menemui hakikat itu?” Jawabnya, “Kemanisan iman yang lahir dipermulaan langkah menuju Allah itu akan menjadi penawar yang sangat mujarab untuk mengharungi segala kepahitan di dalam pencarian hakikat ketuhanan itu di hari-hari yang mendatang.”

Seterusnya......

Kata-kata Hikmah 4 Sahabat

Kata-kata Hikmah 4 Sahabat
Posted on 2 JAN,2009

SAYIDINA ABU BAKAR RA

1). Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:
– Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
– Syukur perhiasan kepada nikmat
– Sabar perhiasan kepada bala.
– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
– Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
– Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
– Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

2). Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia menceraikan perhiasan itu.

3). Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

4). Dia berkata kepada para Sahabat:
Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.

SAYIDINA UMAR AL KHATTAB RA

1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:

* Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya
hikmah.
* Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya
hati yang khusyuk.
* Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya
kelazatan dalam beribadah.
* Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan
sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana
yang dia suka.
* Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan
kepadanya kehebatan.
* Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan
kepadanya keelokan atau kemuliaan.
* Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan
kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
* Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan
pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan
daripada nifak.

2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.

3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidak dapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.

4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari:
“Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN RA

Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:
1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:
a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
c. Ketika menyeru kepada kebaikan.
d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:
a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib

3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:
a. Hatinya berserta takut dan harap.
b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.
c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis.
d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.

SAYIDINA ALI ABU TALIB RA

Khalifah keempat, Sayidina Ali berkata:
1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka.
Adab itu sebaik-baik sifat.
Taqwa itu sebaik-baik bekalan.
Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.

2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah.
Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat.
Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.

3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?”
Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).”
Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?”
Sayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.”
Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?”
Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”

4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat:
– Memberi maaf ketika marah.
– Bersedekah ketika kesempitan.
– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri.
– Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang
yang selalu menolong.

5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).

6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.

7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.

8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.

9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.

10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.

11. Buta hati akan lupa zikrullah.

12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.

Seterusnya......

Kita & Palestin

Kita & Palestin
Posted on 2 JAN,2009

Ust Nik Abduh Nik Abd Aziz

Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham - faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajiban. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..

Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.

Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya.

Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara - negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza.

Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?

Jangan pula mengharapkan negara kita. Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.

Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.

Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.

Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.
RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Sekali lagi, usah mengharap dan berangan wang saku kerajaan nasionalis Melayu akan tumpah walau setitik ke Palestin. Jika ia menitik, ia akan jatuh ke anak mata buat mengaburi pandangan mata. Pemimpin nasionalis Melayu ini pula, bila masa mereka cukup duit? Mata mereka tidak melihat kecuali duit.

Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing - masing di Masjid Nabawy, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di masjid Putra Jaya atau di balasah di hadapan rumah anda.

Bukan negara - negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih - buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.

Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta taqwa di dada anda.

Membebaskan diri daripada cengkaman pemerintahan nasionalis Melayu di negara kita juga adalah sebahagian perjuangan jangka panjang membebaskan bumi Palestin. Sudahkah anda membilang wang di saku untuk dihantar kepada pejuangan Islam di dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu?

Kata - kata ini adalah benar. Jangan ada yang mentakzibkannya..
Biarlah perancangan dan segala takhtitaat membebaskan bumi Palestin itu kita serahkan kepada pakarnya, terutama para pejuang di medan.

Kita patut mengetahuinya. Yang lebih penting, kita laksanakan kewajiban kita sendiri. Berjihad dengan harta kita untuk Palestin atau dengan harta, nyawa dan segenap kepunyaan untuk membebaskan Malaysia daripada benteng yang memisahkan umat Islam daripada Islam yang sebenar. benteng itu perlu dirobohkan dan benteng itu adalah UMNO.

Apabila UMNO runtuh dan Islam kembali, Palestin adalah di mata negara Malaysia yang kaya, Insya Allah.

Seterusnya......

Kata-kata Para Imam Sebagai Pedoman

Kata-kata Para Imam Sebagai Pedoman
Posted on 2 JAN,2009

Imam Malik Bin Annas Rahimahullah:

Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’). Ikutilah al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan kepadamu oleh Nabi kamu. (Diriwayatkan oleh al-Sya’rani – al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Imam Abu Hanifah rahimahullah:

Saya mengambil (hukum agama) dari kitab Allah (al-Qur'an); Apa yang saya tidak temui dalamnya, maka saya ambil dari sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika saya tidak temui dalam kitab Allah atau sunnah Rasulullah, nescaya saya ambil pula pendapat sahabat-sahabatnya. (Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, jld. 13, ms. 368)

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Kata-kata oleh Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)

Imam as-Syafi’e rahimahullah:

Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini. (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94)

Dalam setiap permasalahan, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti. (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363)

Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab (peganganku) aku. (Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57)

Apabila kamu dapati di dalam kitab-ku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan). (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63)

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

Tidak ada perkataan sesiapapun melainkan boleh diterima perkataannya atau ditolak kecuali perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. (Riwayat Abu Daud di dalam Masa’il al-Imam Ahmad, ms. 276)

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:

Setiap orang boleh diambil dan ditinggalkan perkataannya kecuali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. (Rof’ al-Malam ‘an A’immat al-A’lam)

Seterusnya......

Abdul Wahid Endut lawan Dato Wan Farid

Abdul Wahid Endut lawan Dato Wan Farid
Posted on 2 JAN,2009


Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.

Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.

Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.

Rakan-rakan dalam PR pun hadir antaranya Dr Tan Seng Giaw Timbalan Pengerusi DAP.

Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.

Antara ucapan Tuan Guru Dato Seri Hadi Awang:
Mengendalikan tugas yang berat ini saya terpaksa mengikut panduan yang diajar oleh Nabi saw iaitu istikharah dan istijarah saya tidak payah terjemah Dr Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP yang turut hadir) tahu….dia boleh baca jawi. Istikharah dan Istijarah, kalau Dr Tan Seng Giaw tahu orang PAS tidak tahu malang

Sabda Nabi saw: “Tidak sia-sia mereka yg beritikharah dan tidak sesal mereka yang beristijarah”.

Beristijarah kita mendengar pandangan-pandangan manusia dan rakan-rakan semua pihak yang kita tahu yang kita kenal yang kita percayai

Istikharah memohon pertolongan dari Allah swt lepas itu kita bertawakal kepada Allah swt.

Sete;ah mengambil pendekatan itu maka saya ingin membuat pengumuman calon yg dipilih oleh PAS yang diamanahakan untuk bertanding dalam pilihan raya ini ialah Tuan Hj Mohd Abd Wahid bin Endut. Beliau ialah YDP PAS kawasan Kuala Terengganu. Kerana yang kita nak lawan ni Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu. Yang padan dengan Ketua Bahagian Umno ialah YDP PAS Kawasan. Kita beri kepercayaan sebelum saya mengulas lebih panjang dan memang dia tidak minta jadi calon dan saya pilih dia…….

Firman Allah swt dalam surah as Saff 1-4:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru. Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepong beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya. Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur.

Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Tuan Guru menasihatkan lagi:

Pertama:-Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

Kedua:- sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan. Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah.

Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala.

"Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.

Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat. Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain.

Seterusnya......