Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Saturday 11 October 2008

Datuk Shah Rukh Khan

Datuk Shah Rukh Khan
Posted on 11 OKT,2008


MELAKA: Artis Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.


Saya yakin selepas ini semua bintang filem dan penyanyi terkenal dunia akan mendapat gelaran Datuk anugerah dari kerajaan Melaka.

Kalau Shah Rukh Khan boleh dapat, takkan Tom Cruise, Jackie Chan, Chow Yun Fat, Salman Khan, Nicole Kidman, Mariah Carey, Michael Jackson tak boleh dapat gelaran tersebut.

Tidak lama lagi semua pelakon filem popular di Hollywood, Bollywood, Hong Kong dan lain-lain turut mendapat gelaran tersebut. Maka mahsyurlah Melaka di seluruh dunia kerana menganugerahkan Datuk kepada pelakon dunia.

Nanti akan ada Dato' Salman Khan, Datuk Juhi Chawla, Datuk Aishwarya Rai, Datuk Jackei Chan, Datuk Avril Lavigne,Datuk Pa Chua Kang (dont play-play ah) dan lain-lain.

Artis Malaysia dah mati baru dapat,masa itulah barulah nak kenang jasa para artis.
Nasir Jani dapat tak?

No comments: