Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Saturday 13 June 2009

Al-Fatihah - Hilangnya Sebuah Permata

Al-Fatihah
Posted on 13 Jun 2009

Perginya seorang perjuang
IkhwanJo.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntuh jiwa -- pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Azawajalla pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.




Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan grup-grup usrah pelbagai wadah. Sewaktu di bangku sekolah, inilah antara kitab terawal yang aku beli. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dipetik dan diterjemah dari IslamonLine.net;
Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.

Baru saja kami mengupas kitab Bahtera Penyelamat di dalam Mukhayyam Dakhili yang lepas. Karangannya benar-benar sarat motivasi dan petunjuk. Cukup berkualiti sebagai rujukan oleh aktivis dakwah.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr. Fathi Yakan. Ulama' agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.

No comments: