Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Tuesday 2 December 2008

Santa Klaus Jadian

Santa Klaus Jadian
Posted on 2 DEC,2008

oh..oh..oh..oh....itulah bunyi Santa Klaus Jadian akan muncul setiap kali berlakunya pilihanraya kecil.Santa Klaus biasanya akan memakai baju berwarna merah,tetapi santa klaus jadian ni berbaju merah juga tetapi ada lambang dacing.

Santa Klaus jadian ni menjanjikan pelbagai projek dan habuan kepada rakyat di kawasan berlakunya pilihanraya kecil.Janji santa klaus jadian bukannya sedikit,tetapi berjuta-juta, masjid baru,sekolah baru, jalan baru .......

Santa klaus jadian ni berbagai bangsa, melayu ada,cina ada,india pun ada,hadiah mereka semua pun sama.

Santa Klaus jadian ni akan masuk kampung-kampung dengan rusa-rusa mereka yaitu JKKK.Tak de JKKK ni boleh sesat di buatnya santa klaus jadian,maklumlah kebanyakkan santa klaus jadian ni orang luar.

Setiap kali santa klaus jadian bagi hadiah kepada orang kampung akan diambil gambar oleh media utas loya,kemudian ada siaran langsung oleh TV 3 suku...santa klaus akan berkata inilah satu lagi projek barisan nasional.

Ada santa klaus jadian ni akan masuk kampung dengan menganyuh basikal...ada yang berlayar monsun cup bersama nelayan-nelayan kuala terengganu.Santa klaus ni akan membahagi-bahagi anak ikan.

Lihat sahaja bagaimana hebatnya 'Santa Klaus' jadian ini masuk keluar kampung menjanjikan projek segera dan habuan di Permatang Pauh dahulu. Namun mereka di malukan apabila umpan mereka diambil tetapi undi diberikan kepada Pakatan Rakyat. Sah rakyat semakin cerdik dan pandai menilai yang mana intan yang mana kaca. Rasuah politik seumpama politik wang yang digunakan oleh BN ditolak mentah-mentah oleh rakyat.

Saya yakin kali ini rakyat sekali lagi akan mengajar BN kerana sikap kurang ajarnya memperkecil-kecil rakyat dengan sokongan projek, janji manis dan duit. Semalam terbukti taktik lama ini telah digunakan. Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mengumumkan bahawa kerajaan Terengganu akan membina kilang membuat komputer ciptaan Malaysia dengan kerjasama gergasi komputer dunia. Katanya kerajaan negeri membelanjakan RM8.5 juta untuk membina kilang tersebut. Jadi menurutnya ramai rakyat Terengganu akan mendapat pekerjaan.

Jelas sekali ini kempen pertama Ahmad Said dalam siri kempen-kempen membuat janji dan habuan selepas ini. Entah apa durian runtuh dan projek yang akan diumumkan oleh 'Santa Klaus' jadian lain selepas ini yang akan kita tunggu dan lihat.

'Santa Klaus'' jadian dari Kuala Lumpur sudah tentu sedang mencongak membuat perkiraan apa yang akan dijanjikan kepada penduduk Kuala Terengganu. Kali ini saya yakin ianya lebih hebat kerana Ketua "Santa Klaus' jadian sudah memegang kementerian yang menjaga duit.
dipetik dari blog mutaligat
ps:saya berharap rakyat kuala trengganu akan membuat perubahan,kesilapan yang lalu dapat diperbetulkan.insya'allah saya akan turun dan membantu Pas dalam pilihanraya kecil ini.

No comments: