Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Wednesday 24 December 2008

Selepas Khairy, Dr Ma'amor pula ditampil ke pentas wacana

Selepas Khairy, Dr Ma'amor pula ditampil ke pentas wacana
Posted on 24 DEC,2008

KOTA BHARU, 24 Dis (Hrkh) - Segalanya bermula di sini. Ini bagi menggambarkan ruang demokrasi cuba disuburkan di negara ini, di mana pentas permulaannya berpangkalan di Kelantan.

Ruang-ruang ke arah pendemokrasian cuba digembeling di sini melalui pelbagai usaha yang dilakukan.

Malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihalang berucap di tempat lain sebelum ini, kembali menggunakan pentas Kelantan sebagai tapaknya.

Begitu juga pada 20 Disember lalu apabila Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendapat tempat di pentas politik di sini, bagi mengangkat kembali namanya untuk meneruskan cabaran mendekati jawatan Ketua Pemuda Umno.

Namanya mulai disebut orang apabila hadir pada Wacana Perdana bertajuk Transformasi Politik anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Balai Islam.

Dan siri ketiga ke arah pendemokrasian itu akan menampilkan lagi tokoh politik dan NGO yang kontroversi pada satu lagi wacana bertajuk ISA: Kekal atau Mansuh.

Wacana itu dijangka diadakan pada 3 Januari depan bertempat di Putik, Pengkalan Chepa.

Pemidato yang bakal ditampilkan iaitu Naib Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu, anggota Exco kerajaan Selangor, Teresa Kok dan Setiausaha Agung Persatuan Penguna Islam Malaysia, Dato' Dr Ma'amor Osman.

Wacana itu anjuran Lajnah Penerangan PAS Kelantan sempena siri program Mansuhkan ISA yang dianjurkan Dewan Pemuda PAS Pusat bermula Januari sehingga Mac tahun hadapan.

Pengarah program wacana berkenaan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pihaknya mendapat maklum balas yang baik pada setiap wacana yang diadakan.

"Sebelum ini kita mengadakan wacana bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Manakala baru-baru ini pula bersama Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.

"Kami mendapat maklum balas yang baik dari penonton. Mereka dapat menilai sendiri hujah dari panelis secara terus," katanya lagi.

Beliau juga berharap penonton dapat menjaga tatasusila dan adab walaupun pendapat yang diperkatakan panelis tidak dipersetujui mereka.

Anggota Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail dijangka menjadi perantara wacana berkenaan.

Ia dijangka menarik perhatian memandangkan Dr Ma'amor sebelum ini cuba mempertahankan ISA biar pun Pakatan Rakyat dan banyak NGO lain membantah.

No comments: