Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Sunday, 24 August 2008

Sumpah - Sumpah

Najib Pulak Bersumpah
Posted on 24 AUG,2008

Sumpah menjadi trend untuk manafikan melakukan jenayah,selepas si Say Fool Datuk Seri Najib pulak bersumpah menafikan mengenali Altatuntuya.Selepas ini sapa pulak,mungkin Datuk Tajol Rosli akan bersumpah yang ia tidak terlibat dalam kes rasuah dan sex dua exco kerajaan Perak.Mungkin juga Anuar Musa akan bersumpah yang beliau tidak terlibat penyelewengan wang PPRT.Mak Rafidah Aziz juga aka bersumpah yang ia tidak menyalah guna kuasa ketika memberi kontrak kepada menantu dia.Apa kata Dr. ASri adakah ini yang beliau inginkan.

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Najib Razak malam tadi bersumpah secara Islam di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006 di Puncak Alam, Selangor.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata: “Walaupun ini bukan sumpah rasmi yang dibuat atas al-Quran.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita warga Mongolia Altantuya (Shaariibuu),” katanya pada akhir ucapannya di majlis penyampaian bantuan RM1.4 juta di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini.

Peruntukan itu untuk membaik pulih, menaik taraf dan membeli peralatan baru bagi lapan masjid dan 20 surau bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti.Najib berkata: “Saya tidak tahu sama ada orang lain nak bersumpah atau tidak,” katanya.-Bernama

Seterusnya......

Saturday, 23 August 2008

MB Perak Desak BPR Mohon Maaf

Posted on 23 AUG,2008


Menteri Besar Perak Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat dakwaaan palsu berhubung penahanan dua exco kerajaan negeri itu dalam siasatan kes rasuah.

Bercanggah dengan dakwaan BPR, Nizar berkata, kedua-duanya tidak ditahan di sebuah hotel atau kerajaan negeri telah meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

Sehubungan itu, beliau meminta BPR supaya membuat memohon maaf secara terbuka kepada dua exco tersebut.

Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu - dua orang exco daripada PKR dalam kerajaan campuran tiga parti melibatkan juga DAP dan PAS - ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Jika BPR gagal memohon maaf, Mohamad Nizar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap badan itu bagi membersihkan nama mereka serta kerajaan negeri.

Para pemimpin PKR telah membayangkan bahawa kes itu ada kaitan dengan usaha BN untuk menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat dalam kerajaan Perak sekarang, untuk melompat menyertainya.

jamaluddin mohd radziMenurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, Jamaluddin (foto kanan) kelihatan tersenyum ketika dibebaskan tadi dan memberitahu pemberita bahawa "pelan 31 Ogos telah gagal".

Beliau merujuk kenyataan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Tajol Rosli Ghazali sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu akan tumbang menjelang hari Kemerdekaan.

Kerajaan Pakatan Perak hanya mempunyai kelebihan majoriti tiga kerusi berbanding BN.

Nafi bermotif politik

Keenam-enam individu yang ditahan BPR itu didakwa oleh badan itu meminta rasuah wang dan seks daripada seorang ahli perniagaan untuk mempercepatkan permohonan bagi projek perumahan tersebut.

Rabu lalu, pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar memberi butir-butir mengenai penangkapan mereka.

aca bpr under investigationBeliau berkata, RM100,000 berada dalam sebuah beg milik salah seorang suspek dan lima daripada mereka ditahan di sebuah hotel pada jam 6 petang Selasa lalu.

Samsiah menambah, lebih RM20,000 telah bertukar tangan minggu lalu dan BPR bertindak atas maklumat orang ramai.

BPR jarang mendedahkan maklumat mengenai siasatannya dan mengenai tangkapan yang dibuat, sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.

BPR dan pemimpin kerajaan pusat telah menafikan bahawa penangkapan mereka itu bermotifkan politik.

Seterusnya......

Permatang Pauh - Forum Perdana RTM Tiada Sambutan

Posted on 23 AUG,2008

PERMATANG PAUH, 22 OGOS (SK)- Ribuan kerusi dengan berdozen khemah yang disediakan untuk program forum perdana anjuran Kerajaan BN pimpinan Umno di padang Sekolah Menengah Penanti, Kubang Semang, Permatang Pauh.

Bagaimanapun, tidak sampai seratus hadirin termasuk anggota FRU yang hadir di program berkenaan yang bermula jam 9.30 malam tadi.

Keadaan itu berbeza sekali dengan suasana di Bangunan Yayasan Aman, tempat operasi pusat jentera pilihan raya Pakatan Rakyat yang tidak putus-putus dikunjungi penyokong dan juga petugas-petugas walaupun ketika itu, calon Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum KeADILan sedang mengadakan ceramah di kawasan lain di sekitar Seberang Jaya dan Permaang Pasir.

Program berkenaan dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang , Shahbudin Yahaya.

Difahamakan, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi turut akan menghadiri program itu tetapi telah membatalkan hasratnya di saat-saat akhir apabila dimaklumkan bahawa majlis itu tidak mendapat sambutan.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga yang sebelum itu telah mengadakan persiapan besar-besaran untuk menyiarkan program berkenaan secara langsung juga telah membatalkan penyiaran berkenaan.

Sebelum itu, pada sebelah petangnya, dua trak anggota FRU juga telah dikerah ke sekolah berkenaan dengan tujuan untuk ‘menjaga keselamatan.



Seterusnya......

Friday, 22 August 2008

Lagi Cerita Exco Perak Di Tahan BPR

Posted on 22 AUG,2008

Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.

Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.

Salah satu cara untuk menghalang Anwar daripada meneruskan usahanya untuk mengambil alih pemerintahan negara ialah dengan mensabotaj pilihanraya kecil yang ditandingi oleh Anwar. Bermula dengan kes Saiful, beberapa siri skandal dicipta untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Anwar. DiPerak, skandal rasuah dicipta melibatkan ADUN-ADUN PKR.

Setelah gagal dengan bermuafakat dengan Pas, tajol rosli membawa ezam untuk melakukan komplot ini. Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang boleh dibeli. Tumpuan Ezam ialah Jamaludin dan Osman, dua Exco Perak. Walaupun mencuba beberapa kali, namun mereka gagal membeli Jamaludin dan Osman. Namun komplot perlu diteruskan dan mereka mencari siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang mudah diperdaya. Dengan bantuan Ezam, mereka mengenalpasti Kapt (B) Usaili Alias, bekas ADUN Bota. Perancangan mereka ialah menggunakan Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman.

Perancangan bermua kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen bPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .

Kali pertama beliau kelihatan ialah apabila datang kepejabat MB Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bertanya tentang Usaili. Staf SUK tealh memperkenalkan beliau dengan seorang juruteknik dari PKNP bernama Roslan Sahat yang sememangnya rapat dengan Usaili. Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan untuk berjumpa dengan Usaili. Untuk meyakinkan Usaili, Imran telah membawa seorang kenalan beliau, seorang peniaga, Fairuz Azrim Ismail yang sememangnya dikenali oleh Usaili dan beberapa pemimpin PKR Perak.

Perbincangan dengan usaili adalah untuk membina sebuah pusat membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili. Imran mengharapkan Usaili dapat menggunakan kedudukan beliau sebagai kenalan rapat kepada kedua-dua EXCO ini untuk membantu meluluskan projek ini. Namun, kedua-dua EXCO ini, Jamaludin dan Osman tidak mahu terlibat kerana diluar bidang kuasa mereka.

Namun Imran tidak berputus asa. Pilihanraya Permatang Pauh memberikan peluang kepadanya untuk meneruskan komplot BPR ini. Imran telah menawarkan untuk menyumbang sebanyak RM5,000 kepada PKR Perak untuk digunakan didalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Oleh kerana beliau mahu menyerahkan wang tersebut kepada PKR negeri, maka Usaili telah mencadangkan keada beliau untuk menyerahkan wang tersebut kepada Jamaludin, yang mana merupakan Bendahari PKR Perak.

Satu pertemuan telah diadakan dipejabat SUK pada 14.1.08 yang mana Imran telah membawa wang sebanyak RM5,000 untuk dberikan kepada Jamaludin. Sekali lagi, Jamaludin menolak sumbangan tersebut dan memberitahu Imran, supaya menyumbang kepada PKR Permatang Pauh sekiranya beliau benar-benar ingin membantu. Sekali lagi harapan untuk memerangkap Jamaludin tidak menjadi, sebaliknya, Imran menyerahkan wang tersebut kepada Usaili. Tanpa menyedari wang tersebut telah ditanda, Usaili menerima wang tersebut dan pergi kePermatang Pauh bersama-sama Imran, Zul Hasan, Fairuz Azrim dan Roslan Sahat pada malam Penamaan Calon.

Dimalam tersebut, Usaili tinggal diBilik Gerakan Kg. Pertama manakala tiga lagi rakannya menghilangkan diri bersama Imran. menurut malumat, Imran telah membawa bersama dua orang pelacur yang dibawa khas dari Ipoh dan menempah sebuah hotel diPulau Pinang. Tidak diketahui, siapakah diantara mereka bertiga yang telah menggunakan pelacur tersebut.

Setelah dua kali usaha untuk memerangkap kedua-dua EXCO ini tidak berjaya, Imran telah menggunakan taktik yang lebih menarik, dengan bantuan BPR Putrajaya. Melalui Azrim sebagai informer, Imran mengintai peluang, bilakah kedua-dua EXCO ini berada ditempat yang sama secara serentak.

Peluang tersebut tiba apabila Usaili, Jamaludin dan Osman berjanji untuk kePermatang Pauh bersama-sama pada 19.8.08. Pada hari tersebut, Osman dan Usaili menunggu Jamaludin di Kluang Cafe, Ipoh Raya. berhampiran dengan bangunan SUK Perak. Nasib memang menyebelahi Jamaludin kerana beliau terpaksa menjemput isteri seorang kawannya yang menyebabkan beliau terlewat, lantas memberitahu Usaili bahawa beliau akan terus kePermatang Pauh bersendirian.

Apabila menyedari Jamaludin tidak akan datang, melalui Azrim yang minum disebuah restoran berdekatan, BPR terpaksa meneruskan operasi mereka. Imran bersama dengan seorang wanita telah membawa sebuah beg dan pergi berjumpa Usaili diKluang Cafe. Imran telah meletakkan beg tersebut diatas meja dimana Osman dan Usaili duduk dan terus beredar. Sebaik saja Imran beredar, pasukan BPR terus menyerbu Osman dan Usaili dan menyuruh Usaili membuka beg tersebut.

Usaili enggan membuka beg tersebut, lantas pegawai BPR telah menyuruh pegawainya yang lain untuk membuka beg tersebut, dan….memang ada wang berketul-ketul. Jadi, semua cerita tentang kelima-lima tertuduh ini ditangkap dibilik hotel adalah pembohongan SPR semata-mata. kejadian ini berlaku diKluang Cafe, Ipoh raya, didepan khalayak ramai. Bukannya didalam bilik hotel seperti yang dikatakan.

Usaili kemudiannya memanggil Roslan, Azrim dan Zul Hasan yang berada direstoran berdekatan untuk bertanya apakah yang berlaku. Zul Hasan telah memaklumkan bahawa mereka telah diminta supaya tidak bersama Osman dan Usaili lebih awal. Mengapa? Kerana Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberikan maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.

Untuk menutup operasi mereka, BPR telah juga menangkap ketiga-tiga lelaki ini dan dibawa kepejabat BPR bersama-sama Usaili dan Osman. Semasa siasatan, BPR telah menjumpai sebahagian daripada wang RM5,000 yang telah ditandakan yang diberikan kepada Usaili semasa malam Penamaan Calon lalu. Maka BPR merasakan mereka mempunyai bahan bukti untuk menahan reman Usaili dan Osman.

Bagaimana Jamaludin boleh terlibat? Jamaludin bergegas balik keIpoh setelah mendapat tahu rakannya ditahan. Sebaliknya, beliau pula ditahan. Tetapi BPR tidak mempunyai kes terhadap Jamaludin dan tidak tahu apakah pertuduhan yang hendak dikenakan. Pengarah BPR terus megeluarkan kenyataan bahawa kesemua mereka ini ditahan kerana cuba menerima rasuah sebanyak RM120,000.! tetapi apabila Jamaludin dibawa kemahkamah untuk perintah tahanan reman, tuduhan yang dikenakan kepada beliau ialah cuba mendapatkan suapan berjumlah RM5,000 pada 14.8.08. Kita tunggu, apakah pula tuduhan ini akan dipinda lagi kemudian.

Dalam permohonan untuk menilai semula perintah tahanan reman terhadap Osman, Usaili, Roslan, Zul dan Azrim dimahkamah tinggi petang tadi, seperti dijangka, BPR telah membebaskan Azrim! Hakim bagaimana pun membatalkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat tertuduh lain.

Semasa perbicaraan, pendakwa BPR telah memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat kes ini baru sahaja dilantik selepas permohonan reman diberikan oleh mahkamah majistret. Macam mana tangkap dulu, kemudian ditahan reman, baru lantik Pegawai Penyiasat? Bukankah siasat dulu baru tangkap?

Sebenarnya, Pegawai Penyiasat BPR (seorang wanita) telah menarik diri dari terlibat dari kes ini!

Osman, Usaili, Roslan dan Zul Hasan telah dibebaskan oleh hakim mahkamah tinggi manakala Azrim dibebaskan oleh bPR. Jamaludin terpaksa tinggal dihotel BPR satu malam lagi (esok) sebelum dibebaskan pada hari Sabtu.

Tetapi kes ini belum berakhir dan banyak lagi maklumat

Seterusnya......

Rumah Bloger Raja Petra Di Serbu Polis


Kes liwat: Rumah Petra digeledah polis
Posted on 22 AUG,2008

Malaysiakini : Rumah pengendali blog popular Malaysia Today pagi ini diserbu polis, dilaporkan berhubung siasatan akuan berkanun seorang doktor Hospital Pusrawi dalam kes liwat yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

raja petra house raided by police 220808 03Menurut laporan blog itu, sekumpulan polis menggeledah rumahnya dekat Bandar Baru Sungai Buloh mulai jam 8 pagi tadi.

Polis merampas sebuah komputer riba, alat pengimbas dan beberapa dokumen dalam serbuan selama dua jam, laporan itu dipetik.

Blog itu menyebut Raja Petra akan disiasat polis selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Akuan berkanun doktor hospital swasta itu pertama kali muncul di Malaysia Today pada hari Anwar dituduh di mahkamah, 7 Ogos lalu.

Dalam akuan berkanunnya bertarikh 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Anwar dibawa ke mahkamah sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihanraya kecil itu yang diadakan selepas kekosongan yang ditinggalkan oleh penyandangannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar.

raja petra house raided by police 220808 01Dr Mohamed Osman, yang memeriksa pemuda itu beberapa jam sebelum membuat laporan polis 28 Jun lalu, berkata beliau tetap berpegang dengan hasil pemeriksaannya itu. Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

Di Hospital Pusrawi, Mohd Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed Osman.

Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.

Dr Mohamed Osman juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara tersebut.

Sebelum ini, Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Dr Mohamad Osman tidak membuat sebarang pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd Saiful.

Seterusnya......

Surat Dari Tuan Guru Nik Aziz

Rayuan Kepada Penduduk Permatang Pauh
Posted on 22 AUG,2008

Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.

Tuan/Puan,

Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Saudara/Saudari Sekalian,

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

Seterusnya......

Thursday, 21 August 2008

Rafidah Aziz Idola Pengarah BPR Perak

Dua Exco Perak di tahan BPR
Posted on 21 AUG,2008

KUALA LUMPUR, 21 OGOS (SK)- PENGARAH Badan Pencegah Rasuah, Samsiah Abu Bakar didakwa bersekongkol bersama-sama Umno berhubung kes penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak.

Ini berdasarkan kepada kenyataan beliau yang mengatakan salah seorang Exco tersebut, Kapt (R) Mohd Osman Mohd Jailu di tangkap di sebuah hotel di bandar raya Ipoh bersama empat orang lain.

Menurut Setiausaha Perhubungan KeADILan Perak, Madzi Hasan yang juga seorang peguam Mohd Osman sebenarnya di tahan di Kluang Station Cafe, Bandar Ipoh Raya berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan bukannya di sebuah hotel.

“Kenyataan Samsiah bercanggah dengan fakta dan beliau cuba mengelirukan rakyat dengan mengaitkan penahanan dibuat di sebuah hotel bagi menguatkan teori rasuah seks yang telah beliau bersama Umno rancang,” kata Madzi lagi.


Bangunan Perak Darul Ridzuan menempatkan pejabat rasmi Menteri Besar dan Exco negeri Perak.

Madzi berkata kafe tersebut dikunjungi ramai pelanggan pada masa penangkapan itu dibuat kira-kira pukul 6 petang dan adalah mustahil sesuatu perbuatan rasuah dilakukan di khalayak ramai.

“Ini adalah satu konspirasi yang dirancang oleh Umno Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.
“Agenda ini bertujuan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat disamping ia dilakukan semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh,” jelas beliau lagi.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat terutamanya di negeri Perak tidak akan terpengaruh dengan dakyah dan komplot Umno bersama BPR kerana rakyat sudah matang dan tidak mudah ditipu oleh Umno.

Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 12 Mach lalu.

Ketika berita ini ditulis, kesemua mereka kecuali Jamaluddin telah dibebaskan berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi mengurangkan perintah reman dari tiga kepada dua hari.

“Langkah hakim tersebut merupakan kemenangan moral bagi kami kerana ini menunjukkan kes rasuah yang cuba dipalitkan kepada kedua-dua exco ini adalah rekaan semata-mata,” kata Madzi.

Sebelum ini dalam kenyataan beliau, Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin penahanan tersebut merupakan konspirasi politik yang dirancang oleh UMNO dan yakin kedua-dua ahli exco itu serta empat lagi rakan mereka telah dianiaya.

Mohammad Nizar juga menafikan kerajaan negeri pernah meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar yang sebenarnya tidak wujud.

“Kami menfikan projek perumahan yang dikatakan itu diluluskan apatah lagi ia wujud,” beliau berkata.

Mohd Osman, 57, bersama seorang lagi Exco,Jamaluddin Mohd Radzi, 52, di tahan BPR bersama empat rakan Rabu lepas.

Menurut Samsiah, BPR juga merampas RM100,000 yang diperolehi dalam sebuah beg dipercayai kepunyaan Mohd Osman.

Menurut sumber beg tersebut telah diletakkan di atas meja dimana kedua-dua exco bersama rakan mereka berada ketika itu di kafe tersebut.

Lelaki yang tidak dikenali itu kemudiannya lari dan meninggalkan beg tersebut di atas meja.

Pada ketika itulah BPR dipercayai menyerbu dan menahan keenam-enam suspek bersama beg yang mengandungi wang tersebut.

Seterusnya......

Ramlang Porigi Diarah Hadir Say Fool Bersumpah

Posted on 21 AUG,2008














Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian.

Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.

Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emeil yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh.

Emeil tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

'Memang ahli Umno'

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Ramlang juga mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu".

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

"Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Tiada kaitan

Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005.

Mengulas dakwaan dalam emeil tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: "Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)".

Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.

Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam.

Seterusnya......