Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Tuesday, 16 December 2008

PESANAN WALI ALLAH - IBRAHIM ADHAM

PESANAN WALI ALLAH - IBRAHIM ADHAM
Posted on 16 DEC,2008

PESANAN WALI ALLAH - IBRAHIM ADHAM

Ibrahim Adham adalah seorang raja yang meninggalkan kebesaran istana
kerana memilih jalan kehidupan darwish (tasauf). Diantara beberapa
pesanan beliau yang terkenal ialah :-

1. Kamu kata kamu kenal Allah tetapi kamu tidak pun berusaha
menunaikan amanah dan tanggungjawab kamu kepadaNya.

2. Kamu kata kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak pun beramal
dengannya. ( membelakangi Al-Quran dalam hidup seharian ).

3. Kamu kata Syaitan itu musuh kamu tetapi kamulah kawan karibnya
malah kamu mentaati perintahnya.

4. Kamu kata kamu Umat Muhammad s.a.w. tetapi kamu tidak pula
melaksanakan segala sunnah-sunnahnya.

5. Kamu kata kamu ingin memasuki Syurga Allah tetapi kamu tidak
melaksanakan amalan yang akan membawa kamu ke syurga.

6. Kamu berdo'a memohon jauhkan dirimu dari api Neraka tetapi kamu
masih juga melakukan amalan yang akan mencampakkan kamu ke
Neraka.

7. Kamu kata kematian itu benar, tetapi kamu tidak pula bersedia untuk
menghadapinya malah seolah-olah kamu hendak kekal selamanya dengan
kehidupan dunia.

8. Kamu sibuk dengan memperkatakan keaiban dan kelemahan orang lain
tetapi kamu lupa dengan keaiban dan kelemahan diri kamu sendiri.

9. Kamu setiap hari menggunakan nikmat pemberian Allah tetapi kamu
tidak mahu bersyukur.

10. Kamu kebumikan saudaramu yang sudah meninggal dunia tetapi kamu
langsung tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang kamu lakukan.

Oleh itu maka taatilah akan Allah, berkerjalah kamu mengikut arahan Al-Qur'an, perangilah Syaitan berhabis-habisan , hidupkanlah amalan-amalan sunnah Rasulullah, berjalanlah kamu diatas jalan-jalanmenuju ke Syurga, jauhkan lah dirimu dari jalan- jalan ke Neraka,bersedialah menghadapi sakaratul maut, perbaikilah kelemahan-
kelemahan yang ada pada dirimu, dan banyakkan lah kamu memohon keampunan dan bersyukur.

Ingatlah bahawa kamu setiap hari di ikuti oleh maut, Insha Allah jika demikian maka doa dan harapan mu akan sentiasa diterima Allah.
Berdoalah , pastinya doa dan harapan mu akan diperkenankanNya.

No comments: