Teks Khutbah Idul Adha TG Hadi Awang 1429H
Posted on 10 DEC,2008
الله أكبر ,ولله الح الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر مد.
اَلْحَمْدُ للهِ الذِى اَنْزَلَ عَلى عَبْدِهِ الكِتابَ ولَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. لَهُ اْلآَسْمَاءُ الْحُسْنَى وَالصِّفَاتُ الْعُلَى وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَلْمَبْعُوثُ رَحْمةً لِلْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَزُخْرِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَاتِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ والمُرْسَلِيْنَ، وَاِمامِ المُتَقِّيْنَ، وَقائِدِ الدُعاةِ المُجَاهِدينِ, وَعَلَى آلِهِ وصْحبِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ اِلى يَوْمِ الدِيْنِ . أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى. وَاتَّقُوْاللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
wahai hamba2 Allah, bertakwalah kepada Allah(dengan mengikut dan mentaati segala perintahnya serta meninggalkan segala larangannya),carilah bekalan,maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah bertakwa.Bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan.
Muslimin dan Muslimat.
Hari ini kita berhari raya,bersempena dengan ibadat haji yang menjadi rukun islam yang wajib ke atas mereka yang mampu menunaikannya,semua hari raya umat islam bersempena dengan ibadat yang besar.
Hari ini juga kita menghidupkan ibadat korban,bagi memperingati pengerbonan nabi ibrahim dan keluarganya,yang menunjukkan keikhlasan beribadat dan memperhambakan diri kepada allah.
Dua perkara yang menjadi pengajaran yang besar kepada diri kita,dan mendapat janji yang benar drpd allah,untuk memberi fadhilat dunia dan akhirat.
Dalam ibadat haji,saudara2 kita sedang berhimpun di Mekah,mereka datang drpd seluruh perlusuk dunia menyahut seruan allah yang memanggil mereka supaya pergi ke sana,firmat Allah:
Katakanlah,benarlah Allah,maka ikutlah ajaran agama yang di ikut oleh nabi ibrahim,agama yang betul,dan tidaklah bersama orang2 musrikin.Sesungguhnya rumah ibadat yang pertama yang dibina untuk manusia ialah kaabah yang berada dimekah,yang diberkati dan menjadi pertunjuk kepada manusia,padanya ada tanda2 yang nyata,juga makam ibrahim(tempat berdirinya ibrahim ketika mendirikan kaabah) dan sesiapa yang memasukkannya adalah mendapat keamanan.Dan sabitlah bagi Allah mewajibkan kepada manusia supaya mereka mengerjakan ibadat haji, oleh sesiapa yang mampu pergi kepadanya.Dan sesiapa yang kufur(ingkar)menunaikannya,maka sesungguhnya Allah itu maha kaya drpd seluruh alam.(surah al-imran:95-97)
Muslimim dan muslimat
Bergitulah besarnya ibadat haji,maka mereka berhimpun di mekah bagi menunaikannya.Meraka adalah drpd umat islam yang terdiri drpd berbagai bangsa,bahasa dan adat resam,tetapi bersatu menjadi umat islam yang menyahut seruan Allah menjadi orang islam yang di tunjukkan syiarnya,melalui ibadat haji.Mereka beribadat kerana allah tuhan yang maha esa,menghala kearah kiblat,mereka disatukan oleh persaudaraan islam yang di ikat oleh iman yang ditanam didalam hati,sehingga menjadi ikytan yang sangat kukuh seperti anggota dalam satu jasad.
Saudara kita semua,bahawa diluar drpd mekah,umat islam telah berpecah belah kerana iman mereka sudah menjadi rapuh dan lemah,kerana lemahnya peganggan kepada agama islam,sehingga berani meninggalkan hukum allah dan mempersendakannya.Ada yang merasakan kalau beramal dengan hukum allah akan membawa kemunduran dan kesusahan,kerana hukum halal dan haram menyekat kemahuan manusia untuk mencapai kemajuan.Hukum allah diamal sebahagian sahaja,dan mempertahankannya dengan bersungguh-sungguh dan sanggup melakukan kezaliman terhadap orang2 yang menasihati mereka supaya kembali kpd hukum allah.Sedangkan jumlah mereka yang tidak beramal dgn ajaran islam lebih ramai drpd mereka yang beramal,kerja2 maksiat tidak dihapuskan dgn bersungguh-sungguh,dalam masa yang sama mengajar cara2 maksiat kedalam rumah kita dengan bebas dan tidak ada kawalan yang menyekatnya secara berkesan,maka hilangnya sifat sebaik-baik umat yang disifatkan oleh allah didalam al-quran:
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia(supaya menjadi contoh tauladan),kamu menyuruh kpd yang baik,kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepda allah.(surah al-imran 110)
Di zaman dahulu betapa ramai orang yang buka islam masuk islam kerana melihat contoh yang baik drpd umat islam apabila mereka benar2 berpegang dan beramal dgn ajaran islam. Saudara! bahawa sifat2 ini sudah bekurangan dikalangan umat islam sendiri,sehingga orang yang bukan islam salah faham terhadap ajaran islam dgn sebab perangai buruk dikalangan umat islam.
Muslimin dan muslimat
Para jammah haji yang sedang memakai ihram melafazkan ucapan yang dinamakan talbiyyah:
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ.
(ya wahai tuhanku! ya! ya! tiada sekutu bagimu,ya! sesungguhnya segala kepujian,nikmat dan kerajaan semuanya milikmu wahai tuhanku.
Apakah ucapan ini benar2 ikhlas dihadapan allah,pada hal dinegeri masing2 memilih kerajaan yang tidak beramal dgn hukum allah,tidak menjaga agama islam dengan sepenuhnya dan membiarkan rakyat menjadi leka dan hanyut.Para jamaah haji juga sedang melontar batu bagi merenjam syaitan yang membawa kejahatan bagi merosakkan manusia.Sedarkah kita apakah hukum yang kita amalkan dalam kehidupan kita.Adakah hukum allah atau hukum2 syaitan yang sedang memerintah umat islam,bukannya hukum allah yang sebenarnya drpd kitab allah dan hadis rasulullah SAW.
Marilah kita berhari raya dgn sedar dan insaf masaalah yang dihadapi oleh umat islam diseluruh dunia,mereka dibelenggu oleh peraturan2 jahiliyah peninggalan zaman penjajah,walaupun penjajah asing sudah meningggalkan tanahair kita.Apa yang sedang kita hadapi ialah dikalangan bangsa kita sendiri,masih ramai orang2 yang berbangga dgn penjajah dan mempertahankan cara penjajah itu serta berjuang untuknya dgn bersungguh-sungguh menjadikan ajaran penjajah itu talihayat mereka.Allah berfiraman kpd orang2 arab jahilayah dizaman nabi SAW,inilah juga firman allah kpd jahiliyah dizaman ini dikalangan bangsa kita sendiri:
Adakah mereka masih berkehendakan hukum jahiliyah?Dan lagi yang lebih baik hukumnya drpd hukum allah bagi orang2 yang yakin kepercayaannya kpd allah(Al-maidah 50)
Muslimim dan muslimat
Di hari raya yang mulia ini kita bertakbir dan tika hari selepasnya kita bertakbir lagi selepas bersembahyang,di sertakan dgn lafaz menolak segala bentuk syirik apabila kita menyatakan allahuakbar(allah maha besar).Tahu dan fahamkah? Bahawa diantara syirik itu ialah meningggalkan hukum allah dan mengambil ganti hukum yang lain,hukum ciptaan pemimpin yang mereka pilih melalui pilihanraya.Dengarlah firman allah:
Adakah mereka mempunyai sekutu2 tuhan selain allah, yang membuat hukum syariat dalam urusan kehidupan mereka dalam perkara yang tidak diizinkan oleh allah? Dan kalau tidak kerana keputusan allah untuk mehukum mereka di hari akhirat,nascaya mereka telah dihukum sekarang dgn menghapuskan mereka. Dan sesungguhnya orang2 yang zalim itu disediakan untuk mereka azab yang sangat menyakitkan.
Muslimim dan muslimat
Marilah kita sedar dan insaf,bahawa bencana ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang,selepas kita melihat dan mendengar bencana akhlak,jeayah dan maksiat,serta banyaknya bencana alam yang menggerunkan,adalah akibat perbuatan manusia sendiri yang menyeleweng drpd jalan allah dalan urusan mencari harta dan membelanjakan harta.Harta dicari dgn cara menipu,rasuah,riba dan lain2.Walau hidupnya mewah,perutnya kenyang,pakaiannya cantik,tetapi tidak berkat. Yang fakir miskin pula boleh di beli dgn rasuah menjual diri dan agama,berakhir dgn terus menerus dalam kesusahan. Benarlah sabda nabi rasulullah SAW:
خُذُوا الْعَطَاءَ مَادَامَ عَطَاءً , فَإذَا صَارَ رِشْوَةً فِي الدِّيْنِ فَلاَ تَأْخُذُوهُ , يَمْنَعُكُمُ الْفَقْرُ وَالْحَاجَةُ .
(Ambilah pemberian kalau itu benar2 pemberian,kalau yang diberi itu adalah rasuah dalam perkara agama,maka jangan kamu mengambilnya,nascaya kamu diselamatkan drpd menjadi orang yang susah dan meminta sedekah.
muslimin dan muslimat
Hari raya yang mulia ini juga,umat islam diseluruh dunia memperingati peristiwa pengorbanan nabi ibrahim as dan keluarganya.Allah subhanhutaala mengingatkan kita didalam al-quran,diantara firman allah:
Dan tiadalah sesiapa suka kpd ajaran agama yang diikut oleh nabi ibrahim melainkan dia orang yang membodohkan dirinya sendiri,dan sesungguhnya kami memilih ibrahim didunia ini(menjadi rasul)dan diakhirat nanti dia termasuk digolongan orang2 yang soleh(yang tinggi martabat).Ingatlah ketika tuhan berfirman kepadanya."suruhlah dirimu".Ibrahim menjawab:saya menyerah diri kpd tuhan semesta alam".Ibrahim berpesan kpd anak-anaknya dan nabi yakub juga memberi persanan yang sama."
Wahai anak-anakku!,sesungguhnya allahutaala telah memuliakan kpd agama(islam)ini sahaja,maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan memeluk agama islam.(Al-baqarah 130-132)
Ibrahim telah menunjukkan contoh menjadi seorang islam yang sebenarnya,dgn menyerah diri kpd allah,hanya beribadah kepadanya sahaja dan menyerah diri kpd semua perintah allah dengan yakin dan percaya secara ikhlas,sehingga terpaksa dahulu keluar meninggalkan tanahair kerana dimarahi menjadi seorang islam,akhirnya berhijrah ke palastin. Setelah dikurniakan anak,allah memerintahkan supaya meletakkan anak dan isteri kesayangan di bumi mekah yang kering drpd air,tiada apa2 tanaman dan tiada manusia yang menemani mereka.Setalah anak membesar dan menemani ayah,tiba2 allah memerintah,supaya disembelih menjadi qorban,akhirnya perintah itu dibatalkan,kerana allah hendak menguji iman dan islamnya sahaja. Semua perintah itu diterima dgn ikhlas,maka allah jadikan ibrahim as dan keluarganya contoh menjadi orang islam yang benar.
Hari ini kita memperingat perkara2 yang dilakukan dgn ibadah haji yang dikerjakan oleh mereka yang mampu,seluruh umat islam pula menyebut hari raya dan mereka yang mampu melakukan ibadah korban,disunatkan pula bertakbir mukhayat selepas sembahyang sehingga tiga hari tasrik. Semua perkara ini mengajar kita supaya menjadi orang2 yang benar dan sedia berkorban bagi menunaikan perintah allah dan menegakkan agama islam setinggi-tingginya.
Marilah menyambut hari yang mulia ini dengan mengerjakan amalan2 itu bagi menguatkan hubungan dengan allah,disertakan dengan zikir dan doa.
Firman allah:
Maka apabila kamu telah selesai menunaikan ibadat(haji)maka berzikirlah(menyebut nama allah)sebagaimana kamu bermegah dengan menyebut nenek moyang kamu,bahkan lebih drpd itu lagi. Maka dikalangan manusia ada orang yang berdoa dengan berkata":Wahai tuhan kami!berilah kpd kami kebaikan didunia ini".Maka tiadalah baginya kebaikan dihari akhirat".Dan dikalangan mereka ada orang yang berdoa dengan berkata:"Wahai tuhan kami!berilah kpd kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami drpd azab neraka".Mereka itu ialah orang2 yang allah berikan kpd mereka bahagian ganjaran drpd apa yang telah mereka ushakan,dan allah itu sangat segera hisabnya.(Al-baqarah 200-202.
بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فِى القُرْءَانِ العَظِيمِ، ونَفَعَنِى وَأِيَّاكُمْ بِاْلأيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ. أََقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَاَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسلِمِيْنَ والمُسْلِمَاتِ إنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.
Kutbah kedua
الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, وللهِ الحمد. أَشْهَدُ أَنْ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ,
فَيَا عِبَادَ اللهِ, أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.
Muslimin dan muslimat sekelain!
Marilah pada hari raya ini,kita merasakan betapa besarnya nikmat iman dan islam yang dikurniakan kpd kita oleh allahu taala,bahkan kita patut berbangga kerananya.Hanya kematian didalam iman dan islam sahaja yang diredai oleh allah sebagaimana firmannya:
{يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آَمَنُوا اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ, وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ}
maksudnya:Wahai orang2 yang beriman,bertakwalah kamu kpd allah dengan sebenar2 takwa,dan juga hendaklah ingat bertapa besarnya nikmat persaudaraan islam yang dianjurkan didalam islam.Tanda iman sesorang ialah dia kasih kpd saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kpd dirinya sendiri.Sabda rasulullah SAW:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحَبُّ لِنَفْسِهِ
maksudnya:tidak beriman sesorang drpd kamu sehingga dia kasih kpd saudaranya sebagaimana kpd dirinya sendiri.
Sehubungan itu hendaklah lahir dalam hati setiap orang islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat islam diserata perlusuk dunia,samaada mereka yang ditimpa gempabumi,kemiskinan dan kebuluran di negara2 Afrika,dan umat islam yang sedang dijajah,dizalim dan dibunuh serta ditindas seperti Palastin,Iraq,selatan Thailand dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab umat islam untuk membantu mereka drpd terus ditimpa kesusahan. Jika tidak mampu membantu merka dengan wang ringgit dan tenaga,sekurang-kurangnya melaui doa dan munajat kpd allah supaya allah memberi pertolongan kpd mereka dan membebaskan mereka drpd penderitaan dan kezaliman manusia.
Muslimim dan muslimat sekelian!
Pada hari yang mulia dan barkah ini marilah kita membanyakkan ucapan salawat dan salam keatas nabi muhammad SAW yang telah menyampaikan islam kpd kita setelah melalui berebagai bentuk jihat dan pengorbanan.Tanda kasih kita kpd baginda dirakamkan melaui ucapan salawat dan salam sebagai mematuhi perintah allah didalam al-quran:
{إِنَّ اللهَ وَمَلآَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِىِّ, يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آَمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا}
maksudnya:sesungguhnya allah dan para malaikat bersalawat keatas nabi,maka wahai orang2 beriman ucapkan salawat dan salam keatasnya dengan sesungguh-sungguhnya.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ,كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيمَ.
وَبَارِكْ عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبرَاهيمَ وَعَلَى آَلِ إِبرَاهِيمَ فِى العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ.رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَذُنُوْبَ وَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا.رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آَمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ, وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ, وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ أَعْدَآئِنَا وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ. اَللَّهُمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ عَلَى نُحُوْرِهِمْ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ, وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى فَلَسْطِيْنَ, وَفِى العِرَاقِ, وَفِى كَشْمِيْر, وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ, وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ, وَثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ, وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَآئِهِمْ.
اَللَّهُمَّ آَتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا, وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا, أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهاَ. اَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ, وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ. اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا, وَأَئِمَّتَنَا وَوُلاَةَ أُمُوْرِنَا, وَاجْعَلْ وِلاَيَتَنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ . رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا. رَبَّنَا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآَخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ للهِ
رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اَللهُ أكبرُ, اللهُ أكبرُ, اللهُ أكبرُ, وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!
Wednesday, 10 December 2008
Teks Khutbah Idul Adha TG Hadi Awang 1429H
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment