Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Saturday 15 November 2008

Ayah Pin Is Back

Ayah Pin Is Back
Posted on 15 NOV,2008

Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Muhamad, 65, yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat, kini dilaporkan pernah pulang di Terengganu baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya.

Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air.

“Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu,” kata Musa.

Menurut laporan Bernama, beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ucap utama pada seminar Memperkasakan Pentadbiran Keadilan Di Mahkamah Syariah di Universiti Islam
Antarabangsa di Gombak dekat sini.

Musa berkata, tindakan tidak dapat diambil Ariffin disebabkan tidak ada penyelarasan penguatkuasaan antara Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dan polis

Namun, katanya, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Terengganu untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu mengenai sebab Ariffin tidak perlu ditahan.

ps:Apabila baca kenyataan Ketua Polis bahawa Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya,saya merasa pelik,patutlah ayah pin balik ke kampung dia.Apakah jasa Ayah Pin kepada kerajaan BN terengganu hinggakan jabatan agama islam manarik balik tangkapan terhadap ayah pin.Adakah kejayaan BN menggekalkan pemerintah di terengganu atas jasa ayah pin? Atau pun MB Saad antara pengikut beliau.Sekiranya tidak, MB Saad mesti mengambil tindakan segera.

No comments: