Mat Ali ketam lebih utamakan orang luar dari rakyat melaka sendiri.Mat ali lebih utamakan perlancongan dari menjaga kebajikan perkerja perindustrian.Dua syarikat terbesar di Melaka, National Semiconductor dan Infineon bakal akan keluar dari Melaka dan melabur ke negeri lain. Dianggarkan lebih 10 ribu perkerja bakal akan menjadi penganggur.
Kerajaan Negeri Melaka dilihat terus boros dan menjalankan projek-projek yang membazir di saat ekonomi merudum, inflasi meningkat dan rakyat semakin tertekan dengan kos hidup semakin meningkat.
Ketua Menteri dalam pembentangan Bajet 2009 untuk negeri Melaka semalam mengumumkan bahawa beberapa lagi projek untuk menarik pelancong ke negeri yang sesetengahnya disifatkan membazir dan tidak memberikan banyak faedah kepada rakyat terbanyak.
Antara projek yang disifatkan tidak memberikan banyak faedah kepada rakyat ialah :-
1) Projek Eye On Malaysia yang menelan belanja RM38.5 juta
2) Menara Taming Sari berharga RM25 juta
3) Kompleks Melaka International Bowling Centre (MIBC) bernilai RM23.2 juta
4) Litar Go-Kart terpanjang di Asis bernilai RM9.9 juta
5) Kapal Selam 'Qeusant' Malaysia di bawa dari Perancis dengan kos penghantaran sebanyak RM4 juta. Ini tidak termasuk harga kapal, tapak dan sebagainya.
6) Monorail dari Taman Rempah ke Bunga Raya Pantai sepanjang 1.4 km bernilai RM16 juta.
Saya berpendapat projek-projek diatas tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat walaupun kerajaan negeri mendakwa ianya untuk menarik pelancong datang ke Melaka.
Di saat kadar inflasi negeri Melaka meningkat dari 3.7 % tahun lepas kepada 4.2 % (dari Januari-Jun 2008) kerajaan negeri sewajarnya mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan negeri. Wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang semakin terhimpit dengan kos hidup yang semakin meningkat.
Selain itu kerajaan negeri juga sepatutnya mengambil kira kelembapan ekonomi Malaysia dan dunia dalam membuat keputusan untuk membina projek-projek di atas yang kurang memberi faedah kepada rakyat.
Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!
Thursday, 6 November 2008
Melaka oh Melaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment