Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Wednesday 19 November 2008

Rombakan kabinet PAS Melaka

Rombakan kabinet PAS Melaka
Posted on 19 NOV,2008

MELAKA, 19 Nov (Hrkh) - Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka membuat rombakan kecil 'kabinet'nya apabila melantik Adly Zahari menjadi Ketua Lajnah Perpaduan Nasional menggantikan Ustaz Kamaruzaman Abdul Rahim.

Selain itu, Ustaz Minghat Mahmut pula dilantik menjadi Ketua Lajnah Kebajikan menggantikan Dr Khatijah Jumangat.

Pengumuman ini dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Semabok, di sini baru-baru ini.

Ustaz Ghani dalam kenyataannya kepada media memberitahu bahawa rombakan ini adalah usaha PAS Negeri untuk memperkuatkan gerak kerja mendekati rakyat bukan Melayu yang semakin terserlah sokongan mereka kepada PAS.

Adly dalam kenyataan pertamanya sebagai Ketua Lajnah Perpaduan Nasional menjelaskan bahawa beliau akan memperkemaskan lajnah tersebut dan seterusnya mengaktifkan Kelab Penyokong PAS Melaka yang telah pun ditubuhkan beberapa bulan lalu.

Ditanya apakah beliau akan merombak Ahli Jawatankuasa (AJK) Lajnah dan Kelab Penyokong PAS, beliau menjawab ringkas, tiada rombakan besar akan dibuat, cuma beliau akan melantik beberapa orang AJK baru dalam usaha untuk menggerakkan lajnah ini dengan lebih aktif. - mns _

No comments: