Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Thursday 14 August 2008

AirAsia Mendarat Di Melaka

AirAsia Mendarat Di Melaka
Posted on 14 AUG,2008

















AYER KEROH - Hasrat Kerajaan Negeri bekerjasama dengan syarikat penerbangan murah, AirAsia untuk beroperasi di Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB) di sini, bagi mempelbagaikan laluan destinasinya terutama ke Sumatera akhirnya menjadi kenyataan.

AirAsia bakal membuat penerbangan pertamanya ke enam destinasi 8 Disember ini apabila Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB) siap sepenuhnya dan bersedia menerima penumpang.

Kata sepakat itu dicapai dalam satu mesyuarat antara AirAsia yang diwakili, Pengerusinya, Aziz Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Tony Fernandez bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta barisan Exco kerajaan negeri di Seri Negeri, di sini semalam.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil daripada Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airport Bhd.

“Dua laluan domestik yang dimaksudkan adalah ke Langkawi, Pulau Pinang sementara laluan antarabangsa pula ke Indonesia iaitu Pekan Baru, Padang, Medan dan Palembang. Kita sasarkan setengah juta pelancong akan menggunakan LTBB dalam tempoh lima tahun pertama operasi,” katanya kepada pemberita sebaik selesai perbincangan semalam.

Ketua Menteri, Datuk Mohd Ali Rustam berkata, langkah mengadakan penerbangan menghubungkan Melaka dan Pulau Pinang merupakan satu langkah yang bijak memandangkan kedua-dua lokasi ini telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) baru-baru ini.

Katanya, hubungan udara ke Sumatera bakal menguntungkan Melaka, khususnya industri pelancongan kesihatan, memandangkan ramai pesakit dari Indonesia yang mendapatkan rawatan kesihatan di negeri ini.

Sementara itu, Kerajaan Negeri mengambil keputusan meminta kontraktor menanggung kos sebanyak RM40 juta untuk membina tambahan 400 meter landasan untuk membolehkan penggunaan pesawat Air Bus yang dijangka dimulakan September.

“Kita minta pendahuluan daripada kontraktor sedia ada dan akan bayar balik dalam masa beberapa tahun apabila dapat peruntukan dari Kementerian Pengangkutan.

“Kerajaan Negeri juga akan mendapatkan LTBB sebagai Terminal Tambang Murah (LCCT) agar lebih ramai lagi yang menggunakan LTBB,” katanya lagi.

Tony Fernandez pula mencadangkan agar LTBB menggunakan sistem ‘full load 100%’ supaya dapat menjana keuntungan berlipat-ganda berbanding operasi secara ‘half load’ sekarang ini.

Tony Fernandez dan Aziz Bakar menyerahkan cenderamata kepada Mohd Ali tanda kerjasama terjalin antara kerajaan negeri dengan syarikat penerbangan AirAsia.

No comments: