Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Monday 18 August 2008

QUNUT SUBUH : AS-SYAFII DAN JUMHUR ULAMA

Posted on 18 AUG,2008

Hukum qunut dalam solat subuh merupakan perkara sunat di Sisi mazhab As-Syafii, tetapi pendapat Mazhab As-Syafii ini menyalahi dengan mazhab yang lain.

Pendapat Mazhab As-Syafii ini merujuk kepada hadis yang menyebut bahawa Nabi SAW sentiasa melakukan qunut ketika menunaikan solat subuh. Pun begitu, dalam qunut tersebut, didapati Baginda sentiasa berdoa agar memberi bantuan kepada umat Islam dikala mereka ditindas oleh orang Kafir, begitujuga mendoakan keselamatan terhadap umat islam yang berada dalam kelemahan.


Dengan penghujahan inilah, menyebabkan sebilangan ulama berpendapat bahawa qunut yang dilakukan oleh nabi itu bukanlah qunut subuh, tetapi ianya adalah qunut nazilah.

Walaupun Mazhab As-Syafii menganggap ianya adalah perkara sunat, tetapi ianya tidaklah dianggap sesuatu yang mesti. Ini merujuk kepada tindakan Imam As-Syafii yang mengasaskan mazhab As-Syafii, yang tidak baca qunut subuh ketika pergi ke Baghdad disebabkan menghormati amalan rakyat Baghdad yang rata-ratanya bermazhab Hanafi. Dengan tindakan ini, menandakan bahawa Imam As-Syafii tidaklah memandang qunut subuh merupakan perkara yang mesti dilakukan, bahkan ianya adalah perkara yang boleh ditoleransikan.

Sekian

Wallahu ‘Alam

p/s : tulisan ini adalah ulasan ringkas dari tulisan Dr Yusuf Al-Qaradhawi dari lamanweb beliau :
href="http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=6142&version=1&template_id=223&parent_id=17">

Al-Bakistani
http://one-g.blogspot.com

1 comment:

mohad said...

salam.. apa khabar...