Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Monday 18 August 2008

Salah pegang Al-Quran ketika bersumpah: Mufti Perlis

Posted on 18 AUG,2008













KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui cara melakukan sumpah laknat sambil memegang Al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu adalah kepercayaan yang salah dan tidak perlu dilakukan.

Bagaimanapun menurutnya, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

“Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang Al-Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Imam-Imam, pergawai-pergawai syarak tak tegur pulak si See Fool,tengok aje budak tu, sampai tersilap baca, kesian pulak aku tengok budak ni,macam lembu kena tarik hidung.Pakaian ade class macam orang nak bernikah.Sah....Sah...Pembohong.Lain kali pergi ambik kursus dulu, kursus Lintah ke, Cacing ke....banyak untung.

No comments: