Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Thursday 7 August 2008

Sebutan semula kes Anwar 10 September ini

Sebutan semula kes Anwar pada 10 September 2008
Posted on 7 Aug, 2008

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 10 September ini tarikh sebutan semula kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya.

Kes itu juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, di sini pada tarikh berkenaan.


Anwar akan dilantik Ketua Pembangkang


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang sekiranya beliau memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Persetujuan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) yang diadakan malam tadi.

Dalam kenyataan yang dibacakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi ini, beliau berkata MPPR turut menganggap kes terhadap Anwar sebagai satu kezaliman politik.

"Kes ini bukan saja Anwar yang dibicarakan, tapi seluruh negara sedang dibicarakan. Seandainya Anwar tidak dibenarkan ikat jamin atau ditahan, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan bertindak sebagai penyelaras MPPR," katanya.

Kenyataan itu juga menegaskan, pemilihan Anwar sebagai calon dalam pilihan raya Permatang Pauh dipersetujui semua pimpinan dari Pakatan Rakyat dan menubuhkan jentera pilihan raya bersama.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

No comments: