Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Wednesday 6 August 2008

UMNO bawa isu relevan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh

UMNO bawa isu relevan pada pilihan raya kecil
Posted on 6 Aug, 2008

PULAU PINANG - Isu yang relevan dengan rakyat seperti persoalan penyatuan bangsa dan pembangunan ekonomi merupakan antara isu akan dibangkitkan sepanjang tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh nanti.

Setiausaha UMNO Negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai pendekatan sendiri dalam menyampaikan dan memberi penerangan berkenaan isu itu nanti bagi membolehkan rakyat berfikir.

“UMNO dan BN tidak akan mengemukakan isu atau janji yang tidak boleh ditunaikan, kita bawa isu yang apabila kita janji, kita (akan) buat, bukan sekadar berjanji tetapi tidak dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan berikutan pengunduran penyandang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas.

Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang berbuat demikian bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di situ.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan hari penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Parlimen Permatang Pauh (P44) dimenangi oleh BN pada 1982 apabila Anwar buat pertama kali bertanding sebagai ahli Parlimen, berjaya mengekalkannya sehingga 1998 sebelum dipecat sebagai ahli UMNO dan timbalan perdana menteri.

Kubu kuat BN itu kemudiannya berjaya ditawan oleh PKR yang ditubuhkan berikutan pemecatan Anwar, dengan memperkenalkan Dr Wan Azizah sebagai wakilnya dan berjaya mempertahankan kerusi itu untuk tiga penggal berturut-turut.

Permatang Pauh mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Permatang Pasir, Seberang Jaya dan Penanti, mempunyai 58,449 pengundi dengan majoriti terbesar orang Melayu (40,039), Cina (14,489), India (3,681) dan lain-lain (240). -BERNAMA

No comments: