Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Saturday 9 August 2008

Manchester United

Ronaldo pilih United
Posted on 9 AUG,2008

LISBON - Ronaldo yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid menegaskan dia dan pengurus Sir Alex Ferguson telah bersemuka dan mengeluarkan isi hati masing-masing.

“Untuk memuaskan hati kedua-dua pihak, seelok-eloknya saya kekal di Old Trafford selama satu musim lagi. Kini sah saya akan beraksi bersama United musim depan.

“Saya ingin memperbetulkan keadaan berhubung kenyataan yang mendakwa saya menjadi hamba United sebelum ini. Segalanya tidak benar.

“Saya akan beraksi bersama United sepenuh jiwa dan raga. Saya terus berjuang dan komited terhadap kelab selagi menyarung jersi ini,” ujar Ronaldo.

Ronaldo yang dilaporkan menerima bayaran berjumlah 85 juta euro daripada gergasi Sepanyol itu mengakui berasa serba salah.

“Saya bertanggungjawab terhadap semua kontroversi yang tercetus. Memang benar saya berhasrat untuk berhijrah ke Real Madrid. Hasrat itu akhirnya menyebabkan hubungan antara Madrid dan United bertambah tegang.

“Saya tahu Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Jadi mereka mengemukakan tawaran yang tinggi kepada United untuk melepaskan saya. Impian saya pada masa depan adalah agar United membenarkan penghijrahan saya ke Madrid kelak," tambahnya.

Kenyataan Ronaldo sekaligus menutup spekulasi perpindahannya ke Madrid. Buat masa ini, Ronaldo berada di Portugal kerana sedang memulihkan kecederaan di buku lali kanannya.

Ferguson mengetahui Ronaldo akan kekal di United apabila berlepas ke Portugal beberapa bulan lalu untuk menjernihkan keadaan.

Pada masa sama, jurulatih dari Scotland itu menggesa penyokong-penyokong United agar memberi sokongan pada kepada United walaupun dia pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan kelab terbabit.

No comments: