Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Tuesday 5 August 2008

Apakah benar seorang perjuang Islam atau musuh islam dlm kelambu

ssalamualaikum

Salam Perjuangan

Kepada semua pendokong gerakan Islam,atas maslahah untuk memastikan surrvival perjuangan menegakkan Islam di atas bumi Melaysia tercinta maka saya dengan ini dengan rasa rendah diri menawarkan diri untuk bertanding di kerusi parlimen P09 Permatang Pauh.

Sahabatku yang dikasihi Allah disayangi Rasul sekelian.

Antara sebab kenapa saya wajib bertanding


1) Bagi mewakili suara rakyat terbanyak yang saban hari makin meluat, jijik dan muak dengan kerenah-karenah politik peribadi pemimpin-pemimpin politik tanah air yang dilalaikan oleh agenda politik peribadi untuk merebut kuasa sedangkan rakyat terbanyak makin hari makin terhimpit oleh kenaikan harga barang yang kian menggila.

2) Permatang pauh, tanah tumpah darahku,tempatku dilahirkan,dibesark an dan aku telah mewasiatkan kepada anak-anak " Jika abi mati nanti ,bawak balik mayat abi kebumikan di tanah permatang pauh". Teringin sangat nak duduk sebelah ayah bonda , nenek moyang semua.Masih teringat cerita emak dan nenek , datukku adalah antara tiga peneroka awal kampung sebab itu antara keistimewaan yang orang kampung bagi sehingga hari ini semua keturunanku akan dikebumikan dihadapan masjid.Aku anak jati situ.Kerusi permatang pauh bukan milik pusaka sesiapa.Aku layak untuk bertanding sama bagi membela nasib sanak saudara , sahabat handai, rakan taulan dan rakan seperjuangan yang di pinggirkan.

3) Pas ikhlas dalam perjaungan dan setia pada janji.Walaupun Pas di umpan oleh UMNO seperti yang di dedahkan oleh Khir Toyo. Pas akan diberi jawatan MB dan Timbalan MB di Selangor juga MB di Perak , MB di Terengganu dan jawatan Exco di Pahang dan Johor. Tetapi atas semangat setiakawan Pas dengan rakan PKR dalam Pakatan Rakyat. Pas menolak semua itu. Itulah murninya pemimpin Pas dalam persahabatan dan ikhlas dalam perjanjian.Tetapi PKR ?.Apa yang Pas dapat setelah dikorbankan atas nilai persahabatan. PKR ikhlas dalam bersahabat?. Lihat saja di Pulau Pinang ,tahun 2004 Pas bertanding 10 kerusi.Atas sifat tawaduknya pimpinan Pas nak jaga sahabat. Pas rela serah lagi 2 kerusi pada pilihanraya yang lepas.Adakah sahabat di Nibung Tebal boleh yakin kita boleh dapat balik kerusi DUN Sungai Acheh dari PKR. Sifat pimpinan PKR ini tak ubah seperti Belanda dapat tanah.Sedangkan satu cawangan PKR pun tak wujud disitu.Sehinggakan calun Pemuda Kawasan Ust Yusni Mat
Piah terpaksa digugurkan di saat akhir sebab Pas terpaksa korban kerusi DUN Sungai Acheh kepada PRK., sehingga bila agaknya calun pemuda dapat bertanding dalam pilihanraya?

4) Permatang Pauh bukan kubu kuat UMNO dan PKR tetapi kubu kuat Pas sejak zaman berzaman .Sejarah membuktikan ini. Almarhum Ust Zabidi Ali menang atas tiket Pas di tahun 60'an. Selepas join BN dan setelah diterajang keluar oleh BN . Ust Zabidi masih lagi menang atas tiket Pas. Kerusi Permatang Pauh mula jatuh ketangan BN. Bila BN meletakkan putera Cerok Tok Kun yang terpaksa menggunakan alamat rumah Dato Ibrahim Saad bagi membolehkan Pak Sheikh ini bertanding dan mengundi di Permatang Pauh . Cerok Tok Kun terletak di parlimen Bukit Mertajam.Sehinggaka n calun Pas Ust Mohzani YDP Pas Kawasan hilang wang pertaruhan pada PR tahun 80'an.Sehinggakan Pas kekurangan jentera serta ahli untuk membantu calun. Aku ketika itu yang masih belasan tahun terpaksa menjadi petugas PACA dari pagi sampai petang kerana tiada pengganti.Atas semangat mempertahankan benteng terakhir dari di tipu musuh aku gagahi mengawal benteng terakhir ini.

Siapa kata Permatang Pauh kubu PKR?. Pilihanraya tahun 2004 DSWA hampir2 menemui ajal di permatang pauh.DSWA hanya menang majoriti 500 undi itu pun setelah 2 kali dikira. Dalam ucapan kemenangan di MTD Pmtg Pasir, DSWA dgn rendah diri memuji dan bersyukur serta berterima kasih diatas sokongan talian hayat yang di berikan oleh penduduk DN Pmtg Pasir. Untuk rekod pada tahun itu hanya DUN Pmtg Pasir menang dalam parlimen ini melalui calun Pas Hamdan Abd Rahman.Tanpa talian hayat dari pendokong Pas Pmtg Pasir DSWA akan tersungkur di Pmtg Pauh mungkin PKR akan luput dalam lipatan sejarah Malaysia.Nasib Pas selepas itu apabila PKR menang bergaya, ibarat melukut pada yang tak sudi.

5) Lihat saja nasib Pak "Gusdur" Hamdan Abd Rahman.Orang yang cukup berpengalaman jadi Pesuruhjaya Pas Negeri yang cukup lama,ADUN Permatang pasir lebih 4 penggal. Bila Pakatan Rakyat yang di terajui DAP dapat perintah P Pinang sebelah mata pun tak pandang Pas. Adakah org sebegini tak cukup layak duduk di dalam jawatan Exco kerajaan negeri.Koman- koman pun Exco agama bagi lah kat Pas walaupun Pas menang tunggal di Pmtg Pasir.Seperti kata sorang sahabat "Pakat-Pakat buleh kat depa semua".

6) Kekadang saya pelik dengan perangai orang Pas,kenapa setelah berjuang lama dalam Pas masih tidak yakin dengan janji Allah.Ingat saudaraku, roda pusingan Islam akan tiba. Kena yakin dengan kepimpinan Ulama yang kita sanjung yang antaranya yakin secara setengah masak tak secara iman yang teguh. Sila namakan sorang Ulama yang dok dalam pimpinan PKR?.Kita masih menaruh harapan kepada Pak Sheik yang saya kita masih kelabu dalam nak merealisasikan Islam sebagai addeen. Kita di momokkan dengan sejarah silam Pak Sheikh bersama Abim.Yang aku nampak di kanan sekepala dengan Kassim Ahmad yang di kanan entah apa pegangan.

Ya Pak Sheikh insan berkarisma "he born to be a leader". Walaupun aku tak sempat sezaman di zaman muda Pak Sheikh tetapi aku pernah terlibat diantara ribuan pelajar dan reformist berdemo di jalanan di ibunegara menentang kezaliman yang di lakukan terhadap Pak Sheikh. Pernah dalam satu himpunan besar bersama Sdr Lokman Nor Adam kami berarak dari Masjid Negara hingga ke Istana Negara dalam perjalanan balik selepas menyerahkan memo kepada YDP Agong.Aku serta sahabat disepak , terajang disembur pemedih mata di dataran merdeka. Sahabatku rebah berlumuran darah ku papah higga ke LRT dalam keadaan kepala berlumuran darah.Pun begitu kami puas kerana berjaya mengukir sejarah. Kami kira itu sebahagian dari mehnah serta tribulasi dalam perjuangan. Jangan undur walau selangkah.

7)Adakah kemenagan kita beru-baru ini kerana kuatnya PKR dan DAP atau UMNO itu sememangnya lemah. Tidak sahabatku. PKR tak kuat. Kemenangan PR12 adalah janji Allah. Kerja buat Dia.Kalau nak ikutkan dengan usaha kita tak mungkin kita dapat kejayaan dalam PR 12 lalu.Kena yakin seungguh2 sahabatku, janji Allah itu adalah benar, siksa kubur itu adalah benar, padang mahsyar itu adalah benar.

So menang kalah itu reja Allah. Reja kita hanyalah berusaha sedaya mungkin untuk capai kejayaan yang di janjikan tersebut. Ingat kalau kita tak usaha disisi Allah tak akan ada kurangnya. Kalau kita tak nak bantu Agama Allah. Allah ganti dengan bangsa lain utk membantu agamanya.Atas sayangkan Pas dan melihat Islam tertegaknya di bumi Malaysia tercinta. Saya dengan ini menawarkan diri untuk bertanding sebagai calun bebas pada pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.


Sahabat mu dalam Islam,
Abdul Karim Bin Saad,
Kg Pelet, DUN Permatang Pasir,
Parlimen Permatang Pauh.

No comments: