Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Wednesday 8 October 2008

Apa yang Akan Berlaku 13 Okt 2008

Apa yang Akan Berlaku 13 Okt 2008
Posted on 8 OKT,2008

Ramai yang tertunggu apa yang akan berlaku hari isnin ini 13 Okt 2008.Apakah berlaku pertukaran kerajaan? Apakah undi tidak percaya kepada kerajaan barisan nasional?Apakah berlaku lompat kijang ahli parlimen BN ke Pakatan Rakyat?
Apakah Peristiwa Bersejarah ini akan tarcatat dalam sejarah negara malaysia?

Pada 12 Okt 2008 ceramah perdana di stadium kota bahru akan berlangsung,penceramah terdiri TG. Nik Aziz,Datuk Husam Musa dan DSRI Anwar Ibrahim.Apakah pengumuman yang akan di buat oleh Anwar Ibrahim.Kepada gang-gang yang yakin dan tak yakin jangan bergaduh....kita tunggu dan lihat...Allahuakhbar..

Pada Isnin ini (13 Oktober 2008) Dewan Rakyat akan disambung semula setelah berehat kerana bulan puasa Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri dengan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar akan membahaskan Bajet 2009 yang dibentangkan pada 29 Ogos lalu oleh Menteri Kewangan waktu itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Menurut sumber, Dewan Rakyat belum menerima sebarang usul undi tidak percaya, yang luas diperkatakan ketika sesi sidang Parlimen lalu.
Difahamkan, sehingga semalam Parlimen tidak menerima sebarang usul daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang.

“Tak ada apa-apa usul yang cuba dibawa setakat sekarang. Saya fikir ada usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri, mungkin tak timbul lagi sekarang,” kata sumber itu.

Bagaimanapun katanya jika pihak pembangkang ingin membawa usul undi tidak percaya seperti mana yang dihebohkan, mereka boleh berbuat demikian sehari sebelum Parlimen bersidang.

No comments: