Shamsiah Fakeh Perginya Seorang Perjuang
Posted on 20 OKT,2008
Walaupun ramai yang membenci beliau kerana terlibat dalam Parti Komunis Malaya,jasa beliau yang meninggalkan suasana sebagai gadis melayu hanya kerana ingin melihat Tanah Melayu bebas dari penjajah tidak dapat kita lupakan.Kita hanya mengenali beliau sebagai ahli Komunis dari buku-buku sejarah yang kita baca tetapi siapakah beliau yang sebenarnya?
Al-fatihah buat seri kandi malaya.
Shamsiah Fakeh ialah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada Februari 1946. Tujuan parti ini adalah untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.
Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu Parti Komunis Malaya] (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya, Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.
Selepas terpisah dari PKM, Shamsiah terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada tahun 1989.
Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2008, jam 9 pagi di kediaman anak lelakinya di Jalan Klang Lama. Jenazah beliau, 84, yang mengalami sakit tua telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!
Monday, 20 October 2008
Shamsiah Fakeh Perginya Seorang Perjuang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment