New Timbalan Presiden UMNO
Posted on 4 OKT,2008
MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac depan.
"Saya sedia bertanding sekiranya ada kekosongan jawatan timbalan presiden parti, saya menawarkan diri (bertanding jawatan itu)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mohd Ali, 59, yang juga Ketua Menteri Melaka sebelum ini menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan naib presiden yang dimenanginya kali pertama sewaktu pemilihan parti pada 2004.
Pengumuman Mohd Ali hari ini, meletakkan beliau sebagai pemimpin kedua, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan hasratnya bertanding Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan. / Bernama
ps:Cita-cita besar juga ketua menteri melaka ni, berapa banyaklah Ali Rustam laburkan,kalau setakat air liur Ali rustam bukan bagus bercakap.Macam budak gagap,kalau hari tu ali rustam yang berdebat dengan anwar ibrahim, lagi banyaklah buih kat mulut.
Apa-apa pun selamat berjaya Ali Rustam....harap-harap Melaka tambah maju.
Melaka Maju Jaya
Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!
Saturday, 4 October 2008
New Timbalan Presiden UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment