Pas For All
Posted on 18 OKT,2008
PAS akan letak calon Bukan Islam pada PRU 13
Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang memberitahu PAS akan meletak calon bukan Islam untuk bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya Umum ke 13 akan datang.
Abdul Hadi berkata demikian ketika menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Australian Ke Malaysia, Penny Williams di Pejabat Presiden PAS di jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
Dalam kunjungan selama 45 minit itu, Pesuruhjaya Tinggi Australia itu terkejut dengan cadangan Abdul Hadi.
Dalam kunjungan itu, Penny diberitahu mengenai perancangan masa depan PAS dalam usaha parti itu bersama Pakatan Rakyat memerintah negara.
Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menjelaskan tentang penumpuan PAS terahadap lima negeri yang telah dikuasai Pakatan Rakyat di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Pakatan Rakyat akan menekankan aspek keadilan dan kebajikan terhadap rakyat yang sebelum ini dipinggirkan oleh BN yang mentadbir negara lebih 50 tahun lamanya.
Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!
Saturday, 18 October 2008
Pas For All
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment