Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Saturday 18 October 2008

Isu Eurocopter yang dibangkit Ketua Pembangkang akan disiasat

Isu Eurocopter yang dibangkit Ketua Pembangkang akan disiasat
Posted on 18 OKT,2008

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara ambil berat pembelian yang meragukan.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid memberi jaminan akan menyiasat beberapa pembelian meragukan bernilai jutaan ringgit.

Antara pembelian tersebut seperti pengambialihan Bank International Indonesia (BII) oleh Maybank dan juga perolehan helikopter terbaru TUDM, Eurocopter.

“Perkara yang wajar dilihat dan hangat dibangkitkan di Parlimen adalah pembelian Bank International Indonesia (BII) dan juga helikopter terbaru TUDM, Eurocopter,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa tersebut.

Selain itu, beliau berjanji untuk menyiasat kontrak Jalur Lebar berkelajuan tinggi (High Speed Broadband HSBB) yang telah dianugerahkan kepada Telekom Malaysia.

Kesemua tiga isu tersebut idbangkitkan Ketua Pembangkang ketika membahaskan Bajet 2009 Isnin lalu.

Turut menganggotai Jawatankuasa tersebut adalah Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw (DAP - Kepong) sebagai Naib Pengerusi. Ahli-ahli lain ialah Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Mohamed (BN-UMNO Pulai), Yang Berhormat Puan Tan Ah Eng (BN-MCA Gelang Patah), Yang Berhormat Tuan Ir. Haji Hamim bin Samuri (BN-UMNO Ledang), Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Mojilip b. Bumburing@Wilfred (BN-UPKO Tuaran), Yang Berhormat Tuan Liang Teck (BN-GERAKAN Simpang Renggam)

Yang Berhormat Tuan Alexander Nanta Linggi (BN-PRS Kapit), Yang Berhormat Tuan Lee Chee Leong(BN-MCA Kampar), Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Dahlan (BN-UMNO Kota Belud), Yang Berhormat Tuan Kamarul Baharin bin Abbas (PKR Teluk Kemang), Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen (PKR Selayang), Yang Berhormat Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar (PAS Tumpat) dan
Yang Berhormat Tuan Tony Pua Kiam Wee (DAP Petaling Jaya Utara)

No comments: