Dr Asri Berpantun Lagi
Posted on 9 OKT,2008
Salah Menduga
Apa itu yang mereka cemburu?
Kerusi empuk yang buruk aku duduk?
Atau kerana aku tidak sanggup mengangguk?
Mendengar kata mereka terus tunduk?
Atau mereka tidak selesa apabila aku berbicara?
Atau meraka sangka suaraku lebih berkuasa?
Atau mereka rasa aku raja massa?
Atau mereka jangka aku akan ke takhta?
Atau mereka sangka aku sudah kaya?
Mereka itu sudah lupa,
atau tidak pernah bertanya?
sofa rumahku telah lama buruk,
tetamu pun tidak selesa duduk,
hidangan ku rakyat kebanyakan,
kadang-kala aku makan di tepi jalan...
kesusahan,lama telah aku rasa,
kemewahan,masih jauh untuk ku bermesra..
Hendak mengampu?
maaf, aku tidak dikurniakan kemampuan itu,
disuruh diam..tuhanku pula melarang..
bicaraku pula..tiada yang menaja..
hanya Allah dan rasulnya..
maka bahasaku tidak pernah mengira siapa,
semua makhluk adalah sama..
Kaya,aku memang kaya
rumahku dipenuh harta,
tersusun bertimbun,bertambun rimbun,
indah di rak, itulah perhiasan
kitab dan bahan rujukan,
merekalah kerkuatan, merekalah teman..
akuan simpanan, silalah semakkan,
mungkin cukup untuk makan sebulan..
atau untuk satu perjalanan ilmuwan..
keluargaku tiada emas berutas
hartaku pusat pengorbanan
dan rakan perjuangan..
jika mereka ingin berbicara 'sakan'
apakah mereka duga
aku dapat di takutkan?
Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!
Thursday, 9 October 2008
Dr Asri Berpantun Lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment