Posted on 10 AUG,2008
Islam meminta penganut-penganutnya sentiasa bersedia untuk mempertahankan agama suci ini daripada ancaman musuh.
"Keluarlah beramai-ramai berperang dalam semua keadaan, baik dalam keadaan ringan mahupun dalam keadaan berat. Dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa ragamu untuk Sabilullah, kerana perjuangan itu lebih baik kepada kamu jika kamu mengetahui." (at-Taubah: 41)
Perjuangan mempertahankan agama boleh dilakukan dengan pelbagai bentuk sama ada melalui harta benda, pemikiran, kebijaksanaan, kekuatan fizikal dan sebagainya. Allah bakal memberikan ganjaran yang amat besar kepada umatnya yang berjuang mempertahankan agama Islam.
Terdapat pelbagai peringkat perjuangan yang boleh dilakukan. Antara peringkat-peringkat yang praktikal ialah peringkat menentang hawa nafsu iaitu berjuang agar nafsu tunduk untuk beramal, sabar menanggung kesusahan dan segala cabaran yang ditimbulkan oleh nafsu itu sendiri. Peringkat lain pula ialah peringkat menentang gangguan syaitan yang sentiasa menghasut dan memujuk manusia melakukan kejahatan.
Selain peringkat-peringkat tersebut di atas, peringkat lain ialah menentang golongan kafir yang cuba menghapuskan ajaran Islam dari dunia ini. Terdapat juga peringkat menentang golongan munafikin yang merupakan duri dalam daging terhadap umat Islam kerana mereka menyorok dan menyembunyi dalam barisan umat Islam untuk menghancurkan Islam.
Ciri-ciri pejuang menurut Islam:
i. Bersifat benar (siddiq) dalam setiap perbuatan dan perkataan sama ada dalam hubungan dengan Allah s.w.t, risalah yang dibawa, manusia, dakwah dan kepada diri sendiri.
"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu beriman kepada Allah s.w.t dan hendaklah kamu berserta orang yang bersifat benar." (at-Taubah: 119)
ii. Bersifat amanah terhadap harta dan juga ketika bercakap dan berdakwah.
"Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan segala amanah terhadap ahli (yang berhak menerimanya)." (an-Nisa': 58)
iii. Bersifat lemah lembut (hilm) apabila berhadapan dengan orang yang diseru dan semasa menyampaikan dakwah.
"Dan orang yang menahan amarahnya dan memberi maaf kepada manusia bahawa Allah sangat kasih kepada orang yang berbuat kebaikan." (Ali Imran: 134)
iv. Bersifat tawadhu' iaitu sentiasa berjalan di tengah manusia dengan rasa rendah hati dan meredhai segala ketentuan Allah s.w.t.
"Dan hamba-hamba Allah yang baik dari Tuhan itu; ialah orang yang berjalan atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan)." (al-Furqan: 63)
Yakinlah dengan janji ganjaran Allah kepada setiap pejuang Islam;
"Yang bersikap lemah lembut terhadap orang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan tidak takut kepada celaan. Itulah kurniaan Allah diberiNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas (pemberianNya) (wasi') lagi maha mengetahui (alim)." (al-Maidah: 54)
Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!
Sunday, 10 August 2008
Adab Berjuang Dalam Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment