Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Monday, 18 August 2008

Say Fool Auw....

Apa kata Tuan Guru Kita
Posted on 18 AUG,2008













I]. Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian

Mohd Rashidi Hassan Sun | Aug 17, 08 | 11:11:37 am MYTIPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.

Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.


Ii]. Sumpah Saiful tindakan bodoh

Intan Abdullah & Mohd Nor YahyaSat | Aug 16, 08 | 12:39:28 pm MYTIPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama. "Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini


Iii]. Dr Haron Din persoal mengapa penuduh pula yang bersumpah?

Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan SallehSat | Aug 16, 08 | 3:57:25 pm MYTIPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.

"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya.

"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"

"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.

Lantaran sumpah laknat saiful ni, sekarang penyokong dia dan penyokong orang dibelakangnya (aku tak kata UMNO atau Barisan Nasional) hanya ada satu hujah bagi membahaskan siapa yang benar antara Saiful atau Anwar iaitu "Saiful dah berani bersumpah... kenapa Anwar takut sangat nak bersumpah?". Dalam kes ni, yang bertanya tu sama bodoh dengan orang yang merancangnya.

Nak tahu sangat kenapa? Jawapannya simple. Sebab masih belum terbukti yang dia bersalah, tak kira sama ada gagal membuktikan dia bersalah atau sememangnya tiada bukti jadi mengapa dia perlu bersumpah untuk menafikannya? (Sama sepertimana mengapa Najib dan bininya tidak bersumpah laknat apabila dituduh terlibat dengan kes pembunuhan Altantunya) Melainkan jika mahkamah telah membuktikan dia bersalah, maka barulah perlunya bersumpah atau bermubahalah bagi membela dirinya. Ini bukan sahaja di sokong oleh residen PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah turut di sokong oleh Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Adakah kerana sudah nampak yang mereka gagal untuk menggunakah undang-undang sivil, siasatan polis, laporan DNA dan sebagainya untuk memenjarakan Anwar dan mengelakkan dirinya dari bertanding, lantas memilih untuk menggunakan Sentimen Islam seperti mainan budak kecik yang cuba menegakkan kebenaran dengan 'sumpah junjung quran' ini? Persoalannya lagi, kenapa dalam kes rogol dan liwat yang lain, tidak di minta si tertuduh untuk bersumpah atau bermubahalah bagi membela dirinya? Aku yakin dari 10 perogol, 5 akan berani bersumpah tipu untuk melepaskan diri dari kena sebat. Dan sekiranya dia berani bersumpah, adakah boleh dilepaskan walaupun sudah terbukti dia bersalah? Lu pikirla sendiri!

Bagi aku, dalam menilai apa-apa selagi tidak bersabit dengan isu agama, akidah, tauhid dan lain-lain, aku memang akan melihat dari sudut dalil aqli terlebih dahulu. Dan dalam isu "Saiful dakwa Anwar LIWAT dia TANPA KERELAANNYA" ini, aku terpikir.

1. Macamana kena liwat pada 26hb, tetapi dia telah berjumpa dengan Tok Najib mengadu kena liwat pada 25hb?!! Adeh! Ni kekantoi-an versi apa ni? Kita ni semua dalam rancangan 'Wa Kena Beb' ke?
2. Adakah lubang buntut saiful ini masih mampu mengemut untuk mengelakkan dari tercirit dalam seluar. Dan jika taik cirit ini pun yang mana cecair sifatnya, tidak mampu untuk menembusi celah-celah rekahan buntutnya, bagaimana pula zakar seorang tua berumur 61 tahun 'itu' mampu menembusinya.
3. Perempuan yang "tidak rela" dirogol, walaupun mampu mencakar, menendang, menepis, meludah, memaki hamun dan sebagainya masih boleh di rogol oleh perogol kerana hakikat kejadian faraj bukan seperti lubang dubur. Tetapi Saiful ini, seorang pemuda 23 tahun yang tegap tubuh badannya, sihat fizikalnya, bukan sahaja tidak mampu untuk menolak orang tua berumur 61 tahun yang cuba meliwatnya, malah untuk menyatakan "Jangan!" pun tak termampu. Adakah ini yang dinamakan "Tanpa Kerelaan Saya", atau "Rela dan Pasrah" namanya?
4. Isu 'anal sex' sesama jantina ini, pastinya tidak boleh dikatakan yang Anwar GAY sebab dia dah ada anak isteri. Dan katakanlah betul dia salah sekalipun, maka dia mungkin dari kategori bisexual. Apakah dengan pengaruh, kedudukan, status dan tahap kewangan yang dimilikinya, dia masih tidak mampu untuk mendapatkan 'anak-anak ikan' yang 'sanggup dan rela' untuk dipergunakan? Sepatutnya bile kecoh begini pasti berpuluh-puluh orang tampil dan mengaku dia turut diliwat oleh anwar. Adakah nafsu liwat anwar ini hanya melanda 10 tahun sekali? Eh! Macam sumpahan la pulak!

Di petik dari blog saudara eddie.bumicyber.org

No comments: