Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Wednesday 13 August 2008

Nik Aziz dan Hadi sampaikan khutbah Jumaat di Ipoh

Raja Nazrin perkenan Nik Aziz, Hadi sampaikan khutbah Jumaat ini
Selain kesudian menerima mengadap pimpinan PAS di Istana Iskandariah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah sekali lagi memperkenankan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Khutbah Jumaat di Ipoh 15 Ogos ini.

Perkenan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Raja Nazrin ketika Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap tuanku pagi tadi sebagai satu penghormatan kepada kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang disegani di samping pengiktirafan kepada Muktamar PAS ke-54 yang berlangsung pada hari yang sama. Perkara itu telah disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Anuar Hashim ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya Tuan Guru Nik Aziz akan menyampaikan khutbah jumaat di Masjid Negeri Ipoh manakala Presiden PAS akan berkhutbah di Masjid Sultan Azlan Shah di Intim Ipoh. Kedua-duanya berkhutbah pada hari yang sama.

"Saya akan memaklumkan kepada media dari semasa ke semasa, hebahan umum berkaitan kedua-dua pemimpin PAS yang akan menyampaikan khutbah Jumaat ini di dua masjid berbeza," kata Anuar dan yakin akan menarik perhatian orang ramai khususnya penduduk Perak untuk hadir ke masjid terbabit untuk mendengar khutbah kedua-dua pemimpin tersebut.

Dalam pada itu, Raja Nazrin Shah juga memperkenankan menerima mengadap pimpinan PAS pada 14 Ogos sehari sebelum berlangsungnya muktamar.

Perkara itu telah disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan menyatakan pertemuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu akan membabitkan 10 pemimpin tertinggi PAS yang akan diketuai sendiri oleh Ustaz Hadi sendiri. - mks.

No comments: