Pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional, Encik Hu Pang Chaw sedang menyampaikan ucapannya.
Posted on 18 AUG,2008
YANG DIHORMATI TUAN PENGERUSI TETAP,
SELAMAT PETANG DAN SALAM SEJAHTERA SAYA UCAPKAN KEPADA SELURUH PERWAKILAN PAS ,PARA PEMERHATI YANG MENGHADIRI MUKTAMAR PAS PUSAT KALI KE 54, YANG JULUNG KALINYA DI ADAKAN DI PERAK INI.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
BOLEH JUGA DIKATAKAN MUKTAMAR INI IBARAT “SIRIH PULANG KE GAGANG” KERANA SEJARAH PENUBUHAN PARTI PAS BOLEH DIKATAKAN BERASAL DI NEGERI INI IAITU GUNONG SEMANGGOL, UTARA PERAK PADA TAHUN 1948
BERMULA DARI SINILAH PAS SEMAKIN BERKEMBANG DAN SEMAKIN DITERIMA OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA DARI MASA KE SEMASA. JIKA DAHULU DIANGGAP SEBAGAI PARTI TOK LEBAI DAN ORANG KAMPUNG,
SEKARANG INI SUDAH BERKEMBANG DENGAN PENYERTAAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT. GABUNGAN INI TELAH MENJADIKAN PARTI INI SEMAKIN POPULAR BUKAN SAHAJA DARI KALANGAN ORANG MELAYU TETAPI JUGA DARI ORANG BUKAN MELAYU, BUKAN ISLAM, SEPERTI CINA, INDIA ,SIKH , SIAM. DAN IBAN.
HARI NI , PAS MEMPUNYAI KEAHLIAN 1 JUTA ORANG , DENGAN 6332 CAWANGAN DI 175 KAWASAN , INI TIDAK TERMASUK LAGI KEAHLIAN 10,000 ORANG KELAB PENYOKONG PAS , DAN BILANGANNYA SEDANG MENINGKAT DARI MASA KE SEMASA.
SAYA INGIN MENGAMBIL PELUANG INI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA LAJNAH PERPADUAN NATIONAL PAS PUSAT YANG MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENJAYAKAN MISI INI , IAITU MENGGEMBILINGKAN TENAGA DAN SOKONGAN MAYSARAKAT BUKAN ISLAM MELALUI PENUBUHAN KELAB PENYOKONG PAS BAGI MENJADIKAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA PAS , SATU PARTI YANG DIMINATI DAN DISANJUNGI SEMUA.
SAYA AMAT BERHARAP DENGAN PERKEMBANGAN DAN KETERBUKAAN PAS , AKAN MEMBAWA SATU SINERIO POLITIK YANG BARU , BUKAN SAJA DALAM ARENA POLITIK TANAH AIR , TETAPI JUGA DI PERINGKAT ANTARABANGSA , SEHINGGA SATU HARI NANTI , BILA PAS BATUK WALAUPUN HANYA SEKALI , GEGAR SATU DUNIA.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT YANG DISERTAI OLEH 3 BUAH PARTI YANG SANGAT BERBEZA PENDEKATANNYA TETAPI MEMPUNYAI MATLAMAT YANG SAMA, TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWASANYA SESEBUAH PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN DAN KESAKSAMAAN DALAM SESEBUAH NEGARA LAMBAT LAUN AKAN DI TERIMA RAKYAT.
WALAUPUN PELBAGAI TOHMAHAN DAN TAKTIK KOTOR YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK LAWAN TETAPI RAKYAT SUDAH BOLEH MENILAI DENGAN SENDIRI TENTANG SESUATU PERKARA YANG CUBA DISAMPAIKAN.
HASILNYA RAKYAT TELAH MEMBERI MANDAT KEPADA PAKATAN RAKYAT SEBANYAK LIMA BUAH NEGERI UNTUK DITADBIR.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
ANGGAPLAH KEMENANGAN INI ADALAH SATU PERCUBAAN ATAU UJIAN DARIPADA RAKYAT UNTUK KITA SEMUA. KE MANAKAH HALA TUJU KITA DALAM MENEGAKKAN HAK RAKYAT YANG SUDAH LAMA BERADA DALAM BELENGGU PEMERINTAHAN KERAJAAN YANG LAMA.
DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI 6 BULAN INI, SAYA RASA RAKYAT TIDAK MENGHARAPKAN PERUBAHAN SECARA MENGEJUT, TETAPI ADAKAH SUDAH BERLAKU PERUBAHAN KE ARAH KEBAIKAN UNTUK RAKYAT?
DI KELANTAN LAIN DARIPADA KEDAH DAN PERAK SERTA SELANGOR DAN PULAU PINANG, TUAN GURU DATO NIK ABDUL NIK AZIZ SUDAH HAMPIR 20 TAHUN MENTADBIR. BANYAK PERKARA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH BELIAU DAN PIMPINAN NEGERI SERTA PARTI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT.
DI KELANTAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA YANG LEBIH BAIK DARIPADA 2004 ADALAH MANIFESTASI DARIPADA PERSEMBAHAN YANG BAIK SEMASA TEMPOH PENTADBIRAN 2004 HINGGA 2008 OLEH KERAJAAN PAS KELANTAN.
DALAM TEMPOH TERSEBUT, KERAJAAN PAS KELANTAN DIKATAKAN BERADA DALAM TEMPOH TERAKHIR PEMERINTAHAN ATAUPUN DALAM KEADAAN NYAWA-NYAWA IKAN DENGAN KELEBIHAN MAJORITI HANYA SATU KERUSI, MALAH SALAH SATU KERUSI TERSEBUT HANYA DIMENANGI DENGAN 2 UNDI MAJORITI SAHAJA.
TETAPI KEMAHUAN RAKYAT TERHADAP PAS UNTUK KEKAL MENTADBIR KELANTAN MASIH MENEBAL.
MAKA KESINAMBUNGAN KEMENANGAN ITU DAPAT DIKEKALKAN MALAH MENDAPAT PENINGKATAN SOKONGAN RAKYAT KELANTAN TERHADAP PAS.
LAIN PULA CERITANYA DENGAN NEGERI-NEGERI LAIN YANG DI MENANGI OLEH BARISAN PAKATAN RAKYAT.
SELANGOR YANG DI KETUAI OLEH PKR, PULAU PINANG YANG DI KETUAI OLEH DAP SERTA KEDAH DAN PERAK YANG DI KETUAI OLEH PAS ADALAH BERBEZA DENGAN SITUASI DI KELANTAN.
MAKA UBATLAH KITA HARUS MENJADI. BUKAN RACUN YANG AKAN MENAMBAHKAN LAGI SAKIT DAN KEKECEWAAN MEREKA.
BIARLAH DI MASA HADAPAN MEREKA MENGUNDI KITA TANPA CURIGA LAGI, BIARLAH UNDI MEREKA DI MASA HADAPAN BUKAN LAHIR DARIPADA MANIFESTASI KEMARAHAN DAN DUKA MEREKA TETAPI KERANA MEREKA SEMEMANGNYA SUKAKAN PAKATAN RAKYAT. INILAH YANG KITA MAHU!!!.
KITA HARUS MENJADIKAN NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT SEBAGAI PRODUK UNTUK MEMPROMOSIKAN KEBOLEHAN, KEKUATAN DAN MATLAMAT MURNI PERJUANGAN KITA UNTUK DIEKSPORT KE NEGERI-NEGERI YANG LAIN AGAR DI MASA HADAPAN BN AKAN LUMPUH DAN TERSUNGKUR DI TANGAN RAKYAT.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
PADA KEPUTUSAN PILIHANRAYA YANG LEPAS YANG AMAT MENAKJUBKAN INI. KE MANAKAH ARAH TUJU PAS SELEPAS INI. JELAS SEKALI PADA PILIHANRAYA KALI INI PAS BUKAN SAHAJA MENDAPAT SOKONGAN DARI PADA ORANG ISLAM SAHAJA TETAPI MENDAPAT SOKONGAN YANG PADU JUGA DARI ORANG BUKAN ISLAM.
KEMENANGAN DI DUN KOTA LAMA , KELANTAN DENGAN MAJORITI 5206 UNDI YANG TIDAK PERNAH DICATAT OLEH PAS , DUN GALAS , GUA MUSANG , YANG PAS TAK PERNAH MENANG , KINI DALAM TANGAN PAS , PARLIMEN KUALA KRAI , KELANTAN ,PARLIMEN KOTA RAJA ,SELANGOR , DI KEDAH , PAS MENANG 16 KERUSI DUN ,SEHINGGA KITA BERJAYA TUBUH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT , SEMUA INI KERANA ADANYA SOKONGAN PADU DARIPADA PENGUNDI BUKAN ISLAM.
PARA PENGUNDI INI SECARA DASARNYA TIDAK MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN DALAM BENTUK KEBENDAAN DARI PAS TETAPI MEREKA-MEREKA INI MENGHARAPKAN KEADILAN DAN KESAKSAMAAN YANG SEBENAR.
APAKAH YANG DAPAT KITA LAKUKAN UNTUK MEMBALAS UNDI MEREKA???
SAYA SEBAGAI WAKIL KELAB PENYOKONG PAS KEBANGSAAN SANGAT BERHARAP KEPADA KERAJAAN-KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT DAPAT LARI DARIPADA IMEJ DAN SIKAP KERAJAAN LAMA SEBELUM INI.
PERKARA-PERKARA YANG BAIK DARIPADA MEREKA BOLEHLAH KITA JADIKAN SEBAGAI TAULADAN, TETAPI PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DISENANGI RAKYAT YANG DIAMALKAN MEREKA HENDAKLAH KITA JADIKAN SEMPADAN.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKELIAN
SEMUA SUDAH MAKLUM, PARTI YANG KITA SAYANGI INI TELAH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA BARISAN PAKATAN RAKYAT YANG TURUT DIDOKONGI OLEH PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) SERTA DEMOCRATIC ACTION PARTY (DAP).
KERJASAMA INI TERJALIN KERANA KITA MENCARI TITIK PERSAMAAN DALAM PERJUANGAN UNTUK KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH BAIK, JIKA KITA TERLALU BERKERAS DENGAN KAWAN SENDIRI SEDANGKAN TERLALU BANYAK TITIK PERSAMAAN YANG WUJUD, SAYA MERASAKAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA YANG KE 12 BARU-BARU INI TIDAK AKAN BERJAYA DICATATKAN SEBAGAI SATU SEJARAH MANIS BUAT KITA SEMUA.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKELIAN
KALAU KITA SEMUA SEDAR, PIHAK LAWAN SEKARANG INI SUDAH MULA CUBA UNTUK MEWUJUDKAN TITIK PERBEZAAN DI ANTARA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT.
MEREKA CUBA MEWUJUDKAN PERBEZAAN PENDAPAT DALAM PAKATAN RAKYAT SUPAYA TIMBUL PERASAAN SYAK WASANGKA SEKALIGUS MEMBAWA KEPADA KEJATUHAN IKATAN KERJASAMA DALAM PAKATAN RAKYAT.
SEBAGAI CONTOH, MEREKA CUBA MENUNJUKKAN PAS SUDAH MULA BERUNDING DENGAN UMNO UNTUK BERSAMA-SAMA MENYERTAI BARISAN NASIONAL.
PERKATAAN MUZAKARAH SUDAH MULA TIMBUL MALAH DIGAMBARKAN SEOLAH-OLAH PAS YANG SANGAT-SANGAT INGINKAN KERJASAMA INI.
BILA KITA TERPERANGKAP DENGAN SITUASI BEGINI, KEMUNGKINAN BESAR AKAN TIMBUL PERASAAN CURIGA ANTARA PAKATAN RAKYAT.
RAKYAT YANG MENGUNDI KITA KERANA SUDAH BENCI DENGAN BN PUN AKAN BERASA KESAL KERANA HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.
DAN JIKA BENAR SEPERTI APA YANG DIKATAN OLEH ORANG-ORANG UMNO TENTANG MUZAKARAH INI ADAKAH BERMAKSUD PAS JUGA SEDIA MENERIMA ISLAM HADHARI YANG DIBAWA OLEH IMAM HADHARI SEJAK MULA-MULA BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI
APA YANG SAYA NAMPAK DARI SITUASI INI, JIKA MEREKA SANGGUP MELUPAKAN ISLAM HADHARI UNTUK BEKERJASAMA DENGAN PAS. SUDAH PASTI JELAS YANG MEREKA JUGA SANGGUP MEMPERGUNAKAN AGAMA UNTUK MENEGAKKAN PERJUANGAN POLITIK SEMPIT MEREKA.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKELIAN
TAWARAN PERKONGSIAN KUASA DI SESETENGAH NEGERI YANG TIDAK DILAYAN OLEH PEMIMPIN KITA JUGA TELAH DIPUTAR-BELIT OLEH MEREKA KEPADA PERUNDINGAN PERKONGSIAN KUASA.
TETAPI UNTUK MENGABURI MATA RAKYAT DAN MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN DI KALANGAN PAKATAN RAKYAT MEREKA SANGGUP MENIPU AGAR MATLAMAT MEREKA TERCAPAI.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN…
PAKATAN RAKYAT ADALAH SATU ISTILAH YANG TERHASIL SELEPAS PERJUANGAN DENGAN KESEPAKATAN TIGA PARTI MENCATATKAN KEMENANGAN LUAR JANGKA SEMASA PILIHANRAYA BARU-BARU INI.
PENERIMAAN YANG BAIK ANTARA SATU SAMA LAIN INI ADALAH SATU PELUANG YANG BAIK UNTUK PAS MENGHILANGKAN PERASAAN TAKUT ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP PAS.
PARA PEMIMPIN PAS SELALU DIGAMBARKAN SEBAGAI KUMPULAN YANG CUBA MENJADIKAN MALAYSIA SEPERTI SEBUAH NEGARA YANG KOLOT. MEREKA JUGA MENGAMBARKAN PAS SANGAT MIRIP PERJUANGANNYA DENGAN KUMPULAN TALIBAN DI AFGHANISTAN.
PAS SELALU JUGA DIGAMBARKAN SEBUAH PARTI YANG TIDAK DAPAT MENERIMA ORANG BUKAN ISLAM SEBAGAI PEMIMPIN DAN HUKUM HUDUD ADALAH SATU HUKUMAN YANG WAJIB KE TAS ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM.
TEMPOH YANG ADA SELAMA LIMA TAHUN INI DI LIMA BUAH NEGERI DALAM PAKATAN RAKYAT, WAJIB KITA JADIKAN PELUANG UNTUK KITA MENYAMPAIKAN PESANAN KITA KEPADA SELURUH RAKYAT AGAR KITA DAPAT MENCUCI ARANG YANG DICONTENG DI MUKA KITA OLEH PIHAK LAWAN.
APABILA DATANG LAGI PILIHANRAYA UMUM NANTI RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA KAUM SUDAH BERSEDIA DENGAN SENANG HATI UNTUK SEKALI LAGI MEMBERI KITA MANDAT MALAH MEMBUKA PELUANG UNTUK MELEBARKAN SAYAP KEMENANGAN DI NEGERI YANG LAIN PULA.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN…
SAYA SANGAT TERTARIK DENGAN KENYATAAN DATO’ SERI PRESIDEN PARTI SEMASA MENYAMPAIKAN UCAPAN DASAR MUKTAMAR KALI INI. IA BERKENAAN DENGAN TEMA ‘PAS UNTUK SEMUA’.
DI ANTARA INTIPATI UCAPAN TERSEBUT IALAH:
TEMA PAS UNTUK SEMUA BERTERASKAN KEPADA KEYAKINAN YANG TINGGI BAHAWA PERJUANGAN KITA MERUPAKAN SUATU AMANAH UNTUK MEMAKMURKAN ALAM INI
PERJUANGAN PAS ADALAH BERSIFAT UNIVERSAL UNTUK SELURUH UMAT MANUSIA MEMBAWA KEADILAN SEJAGAT, SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM BAB KETIGA, FASAL 6, PERKARA (8), (9) DAN (10), PERLEMBAGAAN PAS.
MEMPERJUANGKAN WUJUDNYA KEBUDAYAAN NEGARA BERASASKAN NILAI-NILAI YANG TIDAK BERCANGGAH DENGAN AJARAN-AJARAN ISLAM.
SELAIN ITU MEMPERJUANGKAN HAK DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI TANPA MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN KEADILAN TERHADAP SELURUH RAKYAT DAN TANGGUNGJAWAB MEWUJUDKAN KEHARMONIAN KAUM.
BERDASARKAN NILAI-NILAI DAN SIFAT PERJUANGAN INILAH KAMI DARI KELAB PENYOKONG PAS SANGAT BERASA SELESA DENGAN PENDEKATAN PAS.
KERANA BAGI KAMI PERJUANGAN PAS ADALAH MENYAMBUNG PERJUANGAN JUNJUNGAN NABI MUHAMAD YANG SANGAT MEMENTINGKAN KEADILAN TANPA MENGIRA SAMA ADA ORANG ITU ISLAM ATAUPUN TIDAK.
APA YANG DIAMALKAN OLEH NABI JUNJUNGAN INI SELARI JUGA DENGAN APA YANG UCAPKAN OLEH DATO’ SERI PRESIDEN, IAITU:
MEMPERJUANGKAN WUJUDNYA KEBUDAYAAN NEGARA BERASASKAN NILAI-NILAI YANG TIDAK BERCANGGAH DENGAN AJARAN-AJARAN ISLAM.
SELAIN ITU MEMPERJUANGKAN HAK DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI TANPA MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN KEADILAN TERHADAP SELURUH RAKYAT DAN TANGGUNGJAWAB MEWUJUDKAN KEHARMONIAN KAUM.
JANJI-JANJI YANG DIUTARAKAN INI SUDAH DAPAT KAMI RASAKAN SEPANJANG PAS MEMERINTAH KELANTAN SELAMA INI.
SAYA SENDIRI PERNAH MENYAKSIKAN SENDIRI PERTEMUAN KETUA-KETUA AGAMA BUDHA , KRISTIAN , HINDUISM DAN SIKHISM DENGAN YAB TUAN GURU MENTERI BESAR KELANTAN.
TUAN GURU JUGA SENANTIASA MEMBUAT KUNJUNGAN KE RUMAH-RUMAH AGAMA LAIN UNTUK MENUNJUKKAN RASA HORMAT BELIAU TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN.
TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ SELALU SEBUT , KITA SEMUA BERASAL DARIPADA SATU BAPA IAITU ADAM , SATU IBU IAITU HAWA , MAKA TAK KIRA ORANG MELAYU , CINA , INDIA , SIKH , DAYAK, IBAN DAN LAIN-LAIN , KITA SEMUA ADALAH ADIK BERADIK , PEPATAH CINA YANG BERBUNYI 四海之内皆兄弟也,MEMBAWA MAKSUD YANG SAMA, MAKA TIDAK ADA SEBAB KITA TIDAK BOLEH HIDUP BERSAMA DENGAN AMAN DAN HARMONI.
SAYA AMAT BERHARAP INI AKAN JADI PEDOMAN HIDUP KITA SEMUA , DAN JANGAN SEKALI-KALI MEMBEZAKAN DIRI KITA DENGAN SOAL AGAMA , WARNA KULIT , ADAT RESAM DAN BUDAYA.
DALAM ISLAM SENDIRI , TIDAK UJUDNYA ISU PERKAUMAN , BIARLAH SAMA-SAMA KITA MENIKMATI RAHMAT YANG ADA.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN….
KAMI DARI KELAB PENYOKONG PAS SEBENARNYA MENJADI JAMBATAN PENGHUBUNG BAGI PAS DENGAN ORANG BUKAN ISLAM. SESETENGAN DARIPADA MEREKA MASIH LAGI TERBAWA-BAWA DENGAN CERITA JAHAT YANG DIBAWA OLEH PIHAK LAWAN.
PIHAK KAMI SELALU MENJADI ORANG TENGAH YANG CUBA MEMPERBETULKAN TANGGAPAN MEREKA INI AGAR DAPAT MENERIMA PERJUANGAN DAN PENDEKATAN YANG DIBAWA PAS.
WALAUPUN PADA MULANYA AMAT SUSAH, TETAPI BERKAT KESABARAN DAN KERJASAMA YANG BAIK DARI PEMIMPIN PAS, KINI PAS SUDAH MULA DITERIMA OLEH MEREKA.
SEBELUM PILIHANRAYA BARU-BARU INI, PIHAK KAMI SELALU MEMBAWA ROMBONGAN DARI LUAR KELANTAN UNTUK MELIHAT SENDIRI CORAK PENTADBIRAN PAS DI KELANTAN.
PERTEMUAN DENGAN ORANG BUKAN ISLAM KELANTAN DENGAN ROMBONGAN INI BENAR-BENAR MEMBUKA MATA MEREKA APABILA RATA-RATA ORANG YANG MEREKA TEMUI SANGAT MENERIMA TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ SEBAGAI PEMIMPIN KESAYANGAN MEREKA.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN……
KINI KELAB PENYOKONG PAS SUDAH MEMPUNYAI CAWANGAN HAMPIR DI SELURUH PELOSOK NEGARA. SAYA SELALU MENJELAJAH DI SELURUH PELOSOK NEGARA UNTUK MENYELAMI DAN MENDENGAR SUARA YANG DIBAWA OLEH ORANG BUKAN ISLAM.
KADANG-KADANG ADA JUGA RUNGUTAN YANG DITERIMA OLEH AHLI KAMI MENGENAI PENTADBIRAN NEGERI.
APA YANG INGIN SAYA SAMPAIKAN ADALAH BUKAN SATU TUDUHAN YANG MELULU ATAU UNTUK MERAIH SIMPATI, TETAPI APA YANG SAYA INGIN KEMUKAKAN INI ADALAH UNTUK PENAMBAHBAIKAN SERTA UNTUK MEMULIHKAN KEMBALI SOKONGAN ORANG BUKAN ISLAM KEPADA KERAJAAN NEGERI YANG DIPIMPIN OLEH PAS.
BUAT MASA INI SAYA SELALU BERKUNJUNG KE NEGERI KEDAH UNTUK MENDENGAR SENDIRI PERMASALAHAN YANG DISAMPAIKAN OLEH KAUM CINA DAN INDIA DI SANA.
RATA-RATA MEREKA INI AGAK TERKILAN KERANA MASALAH YANG SUDAH SEKIAN LAMA BERLANJUTAN DARI ZAMAN BN SEHINGGA KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MASIH BELUM DIAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.
PERMASALAHAN CUKAI TANAH YANG TINGGI BERBANDING NEGERI LAIN MASIH LAGI MENJADI BEBANAN BUAT RAKYAT. SEDANGKAN DALAM MANIFESTO PERKARA INI SUDAH DIJANJIKAN UNTUK DIKAJI UNTUK DITURUNKAN CUKAI SEKALIGUS MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT.
WAKIL DARI KELAB PENYOKONG PAS SUDAH ADA SESETENGAHNYA YANG TIDAK BERANI UNTUK BERSEMUKA DENGAN ORANG RAMAI KERANA SELALU DITAGIH JANJI YANG DIBUAT SEMASA PILIHANRAYA OLEH KERAJAAN BARU INI.
MALAH KAUM CINA JUGA SEMAKIN RASA TERSEPIT BERBANDING ERA KERAJAAN BN. SEBAGAI CONTOH JIKA DULU TERDAPAT 38 ORANG WAKIL KAUM CINA DALAM AHLI MAJLIS PERBANDARAN SELURUH KEDAH, KINI HANYA TINGGAL 18 ORANG SAJA YANG KEBANYAKANNYA ADALAH ORANG LAMA YANG MEMPUNYAI PENGARUH YANG KUAT DENGAN MCA.
UNTUK PENGETAHUAN PIHAK KERAJAAN NEGERI KEDAH JUGA, KINI SUDAH TERDAPAT SEKELOMPOK ORANG CINA YANG MENGAKU BEKERJA KUAT UNTUK PAS SEMASA PILIHANRAYA, TETAPI SEBENARNYA MEREKA INI ADALAH MUSUH DALAM SELIMUT DARI MCA YANG CUBA BERMAIN WAYANG DENGAN KERAJAAN KEDAH.
MEREKA INI SELALU MENDAPATKAN MAKLUMAT DARI KERAJAAN NEGERI DAN MEMUTAR-BELITKAN MAKLUMAT ITU UNTUK DISIARKAN KE DALAM AKHBAR BERBAHASA CINA. INI SEKALI GUS MENGURANGKAN KEYAKINAN DAN SOKONGAN ORANG CINA TERHADAP KERAJAAN KEDAH YANG BARU DITUBUHKAN INI.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN….
APA YANG SAYA SAMPAIKAN INI ADALAH BUKAN NIAT UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN KERAJAAN NEGERI KEDAH YANG DI BAWAH PIMPINAN DATO’ SERI AZIZAN ABDUL RAZAK. TETAPI ADALAH UNTUK MEMBOLEHKAN TINDAKAN YANG SEWAJARNYA DIAMBIL UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN DAN SEKALIGUS MENGEMBALIKAN KESELURUH KEPERCAYAAN SEMUA KAUM TERHADAP KEMAMPUAN PAS UNTUK MENTADBIR NEGERI.
SEBAGAI SALAH SATU CARA UNTUK MENGELAKKAN TIMBULNYA SALAH FAHAM ANTARA KERAJAAN DENGAN ORANG BUKAN ISLAM, SAYA MENCADANGKAN AGAR SEBUAH MAJLIS PERUNDINGAN ANTARA KAUM DIWUJUDKAN OLEH KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMBOLEHKAN PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT DAPAT DI ERATKAN LAGI.
SEBENARNYA SUDAH ADA DI KALANGAN ANAK KEDAH DARI PELBAGAI LATAR BELAKANG SUDI UNTUK MENYERTAI MAJLIS PERUNDINGAN INI DAN SUDI MEMBERI PANDANGAN DAN CADANGAN DALAM SEMUA ASPEK UNTUK MEMPERKASAKAN LAGI KERAJAAN KEDAH.
INI ADALAH SANGAT PERLU UNTUK MENGELAKKAN ORANG-ORANG DARI BARISAN NASIONAL TERUTAMANYA MCA MENJADIKAN MASALAH TERSEBUT SEBAGAI SATU ISU UNTUK MENJATUHKAN IMEJ KERAJAAN PAS KEDAH SEKALIGUS SEBAGAI PERANCANGAN JANGKA PANJANG UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN SEMASA PILIHANRAYA YANG DATANG.
SAYA JUGA INGIN MENCADANGKAN KEPADA KERAJAAN KEDAH SUPAYA DAPAT MELANTIK PEGAWAI-PEGAWAI YANG FASIH BAHASA CINA DAN TAMIL UNTUK MEMANTAU BERITA-BERITA DARI AKHBAR BERBAHASA CINA ATAU TAMIL UNTUK DIBAWA KEPADA PENGETAHUAN PIHAK KERAJAAN NEGERI.
PEMANTAUAN INI AKAN MEMBOLEHKAN PIHAK KERAJAAN PAS KEDAH MENJAWAB BALIK TOHMAHAN ATAU PERMASALAHAN YANG DILEMPARKAN KEPADA PIHAK KERAJAAN.
ISU PEMASANGAN CERMIN GELAP DI KEDAI BABI DI SUNGAI PETANI YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN LAMA JUGA HARUS DAPAT PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA KERAJAAN KEDAH.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
ISU AGAMA ISLAM ADALAH SATU ISU YANG MENDAPAT PERHATIAN YANG SERIOUS DARIPADA MASYARAKAT BUKAN ISLAM TANAH AIR KITA , TERDAPAT BANYAK TAFSIRAN-TAFSIRAN TERHADAP ISLAM SEHINGGA MEMBIMBANGKAN DAN MENGELIRUKAN MEREKA. SUDAH TIBA MASA PIMPINAN PAS PUSAT MENGAMBIL INISIATIF UNTUK BERMUZAKARAH DENGAN PIHAK-PIHAK NGO BUKAN ISLAM SEPERTI MAJLIS PEGUAM MALAYSIA, ,UNTUK MENGWUJUDKAN SATU MASYARAKAT YANG HARMONI DAN MENJALINGKAN HUBUNGAN YANG MESRA , DAN MEMBUKTIKAN KEPADA SEMUA , AGAMA ISLAM BUKAN HANYA UNTUK ORANG MELAYU SAHAJA , SEHINGGA ADA YANG MENYIFATKAN AIDIL FITRI ADALAH HARI RAYA ORANG MELAYU.
KINI SELURUH DUNIA MEMPUNYAI UMAT ISLAM SERAMAI 1.3 BILLION , ANTARANYA DI NEGERI CHINA SENDIRI , JUMLAH PENGANUT ISLAM JAUH LEBIH RAMAI DARIPADA JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA , DAN ISLAM DI NEGERI CHINA SUDAH MEMPUNYAI SEJARAH 1400 TAHUN ,BANDING DENGAN MALAYSIA HANYA 600 TAHUN , MAKA SAYA INGIN BERCADANG KEPADA PAS PUSAT , MELALUI USAHA LAJNAH PERPADUAN NATIONAL PAS PUSAT DAN KELAB PENYOKONG PAS , KITA MENGADAKAN ROMBONGAN LAWATAN KE NEGERI CHINA , UNTUK MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN ANTARA KEDUA-DUA PIHAK , INI AKAN MEMBUKA MINDA BUKAN SAJA MASYARAKAT ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM ,TETAPI JUGA MASYARAKAT BUKAN ISLAM TANAH AIR KITA.
SAYA JUGA INGIN MENGAMBIL PELUANG INI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PERWAKILAN KERANA MEMBERI PERHATIAN DAN CADANGAN YANG POSITIF TERHADAP KELAB PENYOKONG PAS.
SAYA JUGA MENYAMBUT BAIK PENGESYORAN DATO SERI PRESIDEN PARTI , SUPAYA KELAB PENYOKONG PAS INI DIJADIKAN SALAH SATU SAYAP PARTI.
SUDAH TIBA MASANYA SUPAYA KELAB PENYOKONG PAS MEMAINKAN PERANAN YANG LEBIH PENTING BERSAMA-SAMA DENGAN PAS MENGWUJUDKAN SINERIO POLITIK YANG BARU DI TANAH AIR KITA.
DENGAN INI SAYA BERCADANG SUPAYA PAS PUSAT DAPAT WUJUDKAN SATU DEWAN PENYOKONG PAS DENGAN PERSETUJUAN PARA PERWAKILAN MUKTAMAR , DI MANA SEMUA KELAB PENYOKONG PAS DISATUKAN KE DALAM DEWAN INI. MELALUI MUKTAMAR DEWAN PENYOKONG PAS SENDIRI , MENGWUJUKAN JAWATANKUASA SENDIRI , DAN DI ANTARANYA , 3 HINGGA 5 ORANG DILANTIK KE DALAM JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT UNTUK MEMBERI PANDANGAN DAN CADANGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM ,SUPAYA PAS MENJADI SATU PERTI YANG AKAN BERKEMBANG LEBIH PESAT DALAM MASYARAKAT MAJMUK INI.
BAGI YANG BUKAN ISLAM YANG MENYOKONG PERJUANGAN PAS , MEREKA BOLEH MENJADI AHLI KELAB , INI BERERTI BADAN INDUK PAS HANYA PERLU MEMBUAT PERUBHAN PERLEMBANGAN PARTI UNTUK MEMBOLEHKAN KEWUJUDKAN DEWAN PENYOKONG PAS, DENGAN TIDAK MENJEJASKAN KEDUDUKAN DAN ORGANISASI PARTI SEPERTI MEMBUKA KEAHLIAN SEPEBUHNYA PARTI KEPADA GOLONGAN BUKAN ISLAM , INI AKAN DAPAT MENGHILANGKAN KEBIMBANGAN AHLI-AHLI PARTI.
UNTUK MEREALISASIKAN CADANGAN INI , SAYA BERCADANG SUPAYA PAS PUSAT MENUBUHKAN SATU JAWATANKUASA TEKNIKAL UNTUK MENGKAJI PERKARA INI.
AKHIR KATA , MASA DEPAN MALASYSIA DAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA PAS ADALAH DALAM TANGAN KITA SENDIRI, MAKA SAMA-SAMALAH KITA BERGANDING BAHU UNTUK MENUNAIKAN SEGALA HASRAT DAN JANJI KITA DENGAN SATU HATI.
SEKIAN , TERIMA KASIH.
Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!
Monday, 18 August 2008
Pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment