Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Thursday, 14 August 2008

Mana satu betul Menteri Besar atau Datuk Pengelola Bijaya DiRaja

Posted on 14 AUG,2008
Baru semalam Menteri Besar Perak Ir. Nizar mengatakan Raja Muda memperkenankan Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Awang menyampaikan khutbah jumaat ini, tapi hari ini dalam TV3 mengatakan Raja Muda tidak perkenankan pula.Ini mesti kerja UMNO yang takut akan kebenaran. Malang sungguh rakyat Perak , apabila membiarkan pemimpin yang sombong masih menggekalkan sebagai ahli dewan negeri Perak.Selama ini di masjid-masjid tiada pengaruh politik kepartian ke, tengok siapa pengerusi, ahli jawatankuasanya...semuanya UMNO.

KUALA LUMPUR: Rancangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negeri dan Masjid Institut Tadbiran Islam Perak, esok tidak diberi perkenan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Perkara itu disampaikan kepada Abdul Hadi ketika Presiden Pas itu menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini, kata Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata titah itu adalah selaras dengan pendirian bahawa masjid dan surau di Perak haruslah bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.

No comments: