Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Wednesday, 6 August 2008

Laporan Hospital KL kes liwat Anwar bocor

Hospital KL–Anwar tidak terlibat kes Liwat| Malaysiakini
YB Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang telah mendapat tahu isi laporan yang dikeluarkan oleh HBKL yang menyatakan bahawa tidak ada unsur-unsur liwat oleh Anwar Ibrahim keatas Saiful Bukhari Azlan.

Hospital Kuala Lumpur hari ini telah mengeluarkan laporan di mana Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam kes meliwat Saiful. Laporan ini telah di bocorkan oleh salah seorang pegawai di hospital berkenaan dan Pejabat Parti Keadilan telah menerima laporan tersebut pada tenghari tadi.

Ternyata Dato Seri Anwar tidak bersalah dan pihak kerajaan cuba untuk mereka cerita demi kepentingan politik mereka. Sejurus menerima laporan tersebut ketua wanita keadilan Puan Zuraida Kamaruddin telah menghadiahkan sejambak bunga bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital berkenaan kerana tulus, jujur dan amanah.

10 Jambak bunga yang di hadiahkan sebenarnya ada motif yang tersirat.Bunga yang di hadiahkan YB Zuraida adalah untuk menyampaikan mesej bahawa pihak Parti Keadilan sudah mengetahui mengenai laporan perubatan tersebut. Pihak Hospital agak terkejut kerana laporan yang asal itu telah di bocorkan.

Menurut sumber sejurus laporan perubatan rasmi telah di keluarkan ternyata DSAI tidak bersalah namun Pihak Kerajaan berusaha untuk menukar fakta dengan menyuruh Pihak Hospital untuk menukar kembali laporan tersebut. Namun malang ianya sudah terlambat. Salah seorang pegawai di hospital berkenaan sudah tidak mahu terlibat serta bersubahat untuk melakukan jenayah tersebut. Walau selicik mana sekalipun jika pekara itu benar walau di sorokkan tetap akan timbul kebenarannya.

No comments: