Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Saturday, 9 August 2008

MELAKA BANJIR

Melaka banjir
9 AUG,2008

DURIAN DAUN - Gara-gara hujan lebat yang berterusan, kampung Durian Daun Dalam sekali lagi dilanda banjir kilat semalam walaupun masalah ini sudah beberapa kali disuarakan oleh penduduk di situ.

Menurut Sham Md Yunus, penduduk sudah bosan dengan janji-janji yang diberi kerajaan kerana sehingga kini masih tiada sebarang usaha menyelesaikan masalah ini diambil.

“Mengapa wakil rakyat bagaikan tidak endah dengan masalah banjir kilat yang berlaku di sini sehingga kampung ini diibaratkan perkampungan banjir oleh sesetengah pihak.

“Tidak kiralah hujan lebat atau tidak tetapi apabila longkang sudah mula dipenuhi air ia akan melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir berlaku lagi,” tegasnya.

“Walaupun kerosakan tidaklah seteruk mana tetapi sampai bila kami harus hidup dalam keadaan begini, setiap kali hujan, banjir akan berlaku dan ini menyebabkan kami berasa tertekan,” katanya ketika Sinar Harian membuat tinjauan di situ semalam.

Menurutnya lagi, pihak kerajaan pernah berjanji akan membaik pulih sistem perparitan di situ yang merupakan punca utama banjir berlaku namun ia hanya janji-janji manis bagi menenangkan hati penduduk.

“Perkara ini dah berlanjutan beberapa tahun dan sebagai penduduk kerajaan perlu memikirkan kebajikan rakyat supaya kami tidak terasa seperti dipinggirkan dalam masalah ini.

:“Saya berharap Ketua Menteri kita dapat meluangkan masa datang ke sini dan berbincang bersama penduduk bagi menyelesaikan masalah kami kerana sebelum ini sudah banyak kali wakil rakyat berjanji, namun masih tiada perubahan yang mereka lakukan,” jelasnya.

Sham juga berkata akibat daripada banjir tersebut dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada pekerjaannya dan cuti tahunannya habis semata-mata bagi menangani masalah banjir.

Mereka tidak mahukan wang bantuan daripada pihak kerajaan namun berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera supaya kehidupan mereka akan lebih terjamin pada masa akan datang.

Walaupun mereka pernah diberikan bantuan dan sumbangan daripada pihak berwajib, namun ini tidak dapat menyelesaikan masalah yang sentiasa menghantui hidup mereka.

Pihak kerajaan perlu segera mengambil tindakan segera demi kebaikan penduduk di situ.

No comments: