Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Saturday, 16 August 2008

Badminton Negara Terus Mara

Lee Chong Wei ke final, hampiri emas bernilai RM1 juta
Posted on 16 AUG,2008













Kita mengharapkan permain perseorangan badminton negara Lee Chong Wei dapat menggekalkan prestasi beliau,seterusnya membawa pingat emas malaysia yang pertama dalam sukan Omlimpik.

BEIJING: Perseorangan lelaki negara, Lee Chong Wei mencatat sejarah dengan memastikan sebutir pingat pertama milik Malaysia apabila melangkah ke perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik Beijing selepas menewaskan Lee Hyun Il dari Korea Selatan, hari ini.

Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia, menang 21-18, 13-21, 21-13 dalam tempoh 62 minit pada perlawanan separuh akhir di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing sekali gus mengakhiri kemarau pingat Malaysia dalam Sukan Olimpik sejak 2000 di Sydney.

Pemain berusia 26 tahun itu kemudian memeluk jurulatihnya Misbun Sidek kerana terlalu gembira dapat menamatkan kemarau pingat buat negara selama 12 tahun.

Chong Wei, pilihan kedua, akan bertemu sama ada pilihan utama Lin Dan dari China atau seorang lagu pemain China, Chen Jin bagi merebut pingat emas malam Ahad ini.

Pada set pertama, Chong Wei kelihatan seperti yakin tidak menghadapi masalah untuk layak ke perlawanan akhir setelah menang 21-18 berikutan lawannya banyak melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, pada set kedua beliau kehilangan 10 mata untuk membolehkan Hyun-Il mendahului 16-6 dan kemudian menang 21-3 bagi memaksa perlawanan berlanjutan ke set ketiga.

Pada set ketiga, Chong Wei tidak mengulangi kesilapan yang sama apabila mendahului 15-10 sebelum menang 21-13.

" Perlawanan akhir itu adalah perjuangan untuk Malaysia. Kemenangan ini untuk saya dan jurulatih saya yang bekerja keras melatih saya," kata Chong Wei selepas berakhirnya saingan sejam itu di gimnasium Beijing University of Technology.

Chong Wei, yang menjadi pemain perseorangan pertama Malaysia layak ke perlawanan akhir Sukan Olimpik, boleh mencapai imbuhan tertinggi dalam sejarah sukan negara jika merangkul emas, yang pertama buat Malaysia selepas hanya satu perak dan dua gangsa dari Sukan Olimpik, semuanya daripada sukan badminton.

Ini berikutan pengumuman kerajaan bahawa pemenang pingat emas akan diberikan ganjaran RM1 juta.

" Kemenangan malam ini mengurangkan tekanan saya kerana akhirnya saya dapat juga pingat.

Ini adalah kemenangan terhebat saya kerana ini adalah Olimpik dan untuk perlawanan akhir, saya akan kekal fokus, katanya.

Beliau mengakui mempunyai masa tidur kurang enam jam kerana bimbangkan pertemuan malam ini.

" Pada set kedua, saya gagal menandingi kepantasannya. (Pada set ketiga) saya yakin dan selepas masing-masing mengutip mata demi mata, kami mula beraksi di jaring dan beliau banyak buat silap," kata Chong Wei, yang melakukan dua smash untuk memperoleh mata kemenangan.

Hyun-Il dianggap antara pemain paling sukar untuk ditewaskan.

Beliau menundukkan pemain China Bao Chunlai, pilihan ketiga, pada suku akhir untuk bertemu Chong Wei.

Kali terakhir Malaysia membawa pulang pingat Olimpik adalah pada 1996, satu perak menerusi pasangan beregu lelaki Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock serta gangsa menerusi pemain perseorangan lelaki Rashid Sidek.

No comments: