Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Friday, 5 September 2008

Akta Pekerja 1955 hanya kayakan majikan

Akta Pekerja 1955 hanya kayakan majikan - MTUC
Posted on 5 SEPT,2008

Pulau Pinang-Akta Kerja tahun 1955 merupakan 'akta kuno' yang masih digunapakai di negara ini kononya untuk melindungi para pekerja tetapi sebenarnya memperkayakan majikan, kata Naib Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Abdul Razak Hamid.

Akta itu katanya, hanya mengandungi faedah minima yang khusus untuk kerja lebih masa, cuti tahun, cuti bersalin dan lain sedangkan untuk mengwujudkan kesatuan bagi faedah sesama pekerja dihalang.

"Akta Kerja tahun 1955 tidak boleh pakai lagi dan patut ditukar dengan akta yang lebih bagus dan bermanafaat pada pekerja. Itu akta penjajah yang dah kuno.Dah tak releven dipakai oleh negara sekarang, " katanya dalam program Wacana Pekerja Industri yang diadakan di Dewan Komplek Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini.

Pihak majikan tidak berpuas hati sekiranya akta pekerja itu diubah atau digubalkan kembali sejajar dengan kehendak semasa demi kebaikan pekerja yang bertungkus lumus melaksanakan tugasan yang diberikan.

Contohnya, bila seorang wanita bersalin ia akan dapat cuti 60 hari. Di tambah lagi jika terdapat cuti umum tetapi majikan melobi agar kerajaan tidak memberikan cuti tambahan berkenaan kononnya merugikan.

Paling menghairankan katanya, Ahli Parlimen yang ada menyokong cadangan majikan industri yang hanya menjagai kepentingan syarikat mereka daripada hak pekerja.

"MTUC kesal bila pekerja mendapat cuti contohnya bersalin mereka akan dapat 60 hari, itu yang termaktub dalam akta tapi majikan industri seluruh negara pergi melobi Ahli Parlimen tertentu supaya jangan bagi cuti tambahan sekiranya ada cuti umum lain semasa seseorang pekerja itu bercuti. Ia merugikan tapi sebenarnya ia hak pekerja kerana ia cuti umum, " katanya yang juga Pengerusi MTUC Pulau Pinang.

Sikap Ahli Parlimen kerajaan itu tambahnya, tidak matang untuk membantu pekerja industri dan mungkin mereka sendiri tidak tahu menahu betapa sukarnya bekerja dalam bidang industri.

Akta kerja hanya melindungi pekerja yang mendapat gaji RM1,500 ke bawah sahaja dan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pekerja yang mendapat gaji lebih dari itu.

Maka, tidak hairan banyak gologan ini teraniaya bila dibuang kerja termasuk sukar mendapat pampasan.

"Ini dia dinamakan akta 'koboi' majikan hanya pentingkan diri. Nak pergi ke Pejabat Buruh lagi pening bila mereka mengkelaskan golongan ini bukan pekerja ekoran akta yang sengaja mengasingkan pangkat mengikut gaji sedangkan semua yang terlibat dengan industri adalah kaum pekerja, " tegasnya.

Jelas Abdul Razak, satu lagi contoh yag paling ketara ialah bila golongan pekerja tiada kesatuan sebagai pelindung mereka akan hilang pedoman dan tempat bergantung bila mereka dibuang kerja.

Akta Perhubungan Perusahaan diwujudkan untuk melindungi mana-mana pekerja yang ada kesatuan manakala kepada pekerja yang tiada kesatuan akan mengigit jari.

"Bila ada Kesatuan Sekerja barulah akta itu boleh membantu. Justeru itu, ramai majikan tidak menggalakkan penubuhan kesatuan kerana ia boleh menjerat majikan seandainya majikan melakukan pembuangan pekerja, " katanya dalam progam anjuran Lajnah Pekerja Industri PAS Pulau Pinang.

No comments: