Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Wednesday, 10 September 2008

Oh September

Oh..September
Posted on 10 SEPT,2008



Sejak akhir-akhir ini dalam bulan September macam-macam yang berlaku dalam negara kita.
Bulan September ini yang di wawarkan akan berlaku perubahan pucuk pimpinan negara dimana ada dikalangan ahli-ahli Bee And akan melompat masuk kedalam Pakatan Rakyat.

Belum habis cerita ini Anwar telah bertanding dan memenangi Pilihanraya kecil setelah di kosongkan oleh isteri beliau Wan Azizah.Isu Terbesar ialah kes liwat Anwar terhadap bekas pembantu peribadi say fool.

Perbicaraan kes liwat ini akan didengar pada bulan september iaitu pada 10 sep 2008.
Ramai-ramailh kita ke sana untuk memberi sokongan kepada anwar.Terdapat banyak lama web mengatakan bon denda yang dikenakan kepada anwar akan di tarik balik,ini bermakna anwar akan ditahan penjara.

Tup-tup kelab BBC ahli parlimen BN akan mengadakan rombongan keluar negeri sambil belajar pada 9 hingga 17 september ini.Di luluskan pulak oleh perdana malaysia datuk seri abdullah badawi.

Kecoh pulak isu Ketua cawangan UMNO (alif mim nun wau = sarkas)Datuk Ahmad Ismail yang dikatakan telah berucap bahawa orang cina adalah bangsa kelas kedua di pilihanraya kecil permatang pauh.Mungkin dia tujukan kepada kerajaan baru pulau pinang. Hingga berlaku tuduhan antara mereka sendiri. UMNO tuduh Gerakan ,Gerakan tuduh UMNO. UMNO koyak gambar bekas ketua menteri , Gerakan mengumumkan mereka tidak ada hubungan dengan UMNO. Kalau ia nak gaduh biarkan..jangan ada komen langsung..sekadar tenggok-tenggok aje...manalah tahu sekadar lakonan mereka utuk menarik orang melayu kepada UMNO dan orang cina kepada gerakan.Kita dalam Pakatan Rakyat jangan mssuk campur...kerja kita pastikan kelima-lima negeri kita takbir menunjukkan prestasi yang baik.

Berita paling sensasi yang lebih sensasi kemasukan budak sesumpah saudara Ezam iaitu kemasukkan balik Dr. Mahathir Muhammad ke dalam UMNO.Apakah muslihat Dr. Mahathir kali ini..adakah ada kaitan dengan apa yang berlaku dimana sudah dua kali kapal dagang MISC yang di tawan lanun.Semua orang tahu MISC adalah kepunyaan anak kesayangan beliau Mirzan Mahathir.

Banyak kemungkinan akan berlaku dalam bulan september selain bulan ramadhan.Apa-apa pun yang pasti 1 okt ni adalah hari raya.....baru berapa hari puasa dah ingat raya....ok ...ariios...

No comments: