Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Wednesday 3 September 2008

PM Letak Jawatan

PM Letak Jawatan
Posted on 3 SEPT,2008



Bukan PM Malaysia tapi PM Negara matahari yaitu Jepun.

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda, malam tadi mengumumkan peletakan jawatan beliau sambil menggesa satu permulaan baru diadakan selepas setahun menempuhi pergolakan dengan pihak pembangkang.

'Hari ini (malam tadi), saya memutuskan untuk meletak jawatan. Kita perlu satu senarai baru bagi menangani satu sesi baru Parlimen,' kata Fukuda pada sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa.

Fukuda tidak segera menyatakan tentang pilihan raya baru dan ini membuka jalan kepada satu pemilihan pemimpin baru daripada parti yang memerintah.

Pilihan raya umum Jepun harus diadakan menjelang September tahun depan.

Calon utama yang bakal mengambil alih jawatan perdana menteri Jepun itu ialah Taro Aso, mantan menteri kewangan yang lebih berkarisma dan berfahaman konservatif berbanding Fukuda, 72 tahun.

Fukuda berkata beliau membuat keputusan itu memandangkan suasana tegang dalam parlimen.

Pihak pembangkang, Parti Demokratik, menguasai salah satu dewan parlimen Jepun tahun lalu dan telah secara agresif menentang agenda Fukuda.

'Parti Demokratik telah cuba menghentikan setiap rang undangundang. Oleh itu, ia mengambil masa yang lama untuk melaksanakan sebarang dasar.

'Demi (kepentingan) rakyat Jepun, ini tidak seharusnya diulangi,' jelas Fukuda, peneraju Parti Demokratik Liberal (LDP).

Pihak pembangkang telah berikrar mengambil alih kuasa politik pada pilihan raya akan datang, tetapi Fukuda tidak perlu mengadakan pilihan raya itu sehingga September tahun depan.

No comments: