Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Saturday 20 September 2008

Islam Paling Utama: yang lain perkara Kedua

Islam Paling Utama:yang lain perkara Kedua
Posted on 20 SEPT,2008


KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Dalam mempertahankan tindakannya yang terlibat dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah Forum Anti Islam anjuran Bar Council, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin menegaskan bahawa 'Islam paling utama, yang lain perkara kedua' merupakan prinsip yang dipegang selama ini


Zulkifli berkata demikian dalam hujah bela dirinya baru-baru ini di hadapan Jawatankuasa Disiplin KeADILan (JKD) yang dianggotai oleh panel terdiri daripada Timbalan Presiden KeADILan Syed Hussin Ali, Din Merican dan YB Hee berhubung insiden Ahli Parlimen itu menjelaskan bahawa beliau mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya parti KeADILan semasa mengetuai himpunan aman tersebut.

"Saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu.

"Namun pada pandangan saya, Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi," katanya yang dipetik daripada laman blognya.

Beliau mengakui 'berkasar' dengan peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan namun adalah hasil tindakan provokatif terhadap himpunan aman tersebut.

"Kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf namun tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut.

"Malah jika Bar Council bercadang untuk mengulangi lagi sudah pasti mereka akan dapati saya akan berada di sana untuk mempertahan dan membela Islam. I'll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude," katanya menjelaskan kedudukan kepada JKD.

Biarpun beliau mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam, kata Zulkifli.

Katanya,
ahli panel terbabit turut menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian beliau akan bercanggah dengan pendirian KeADILan, namun Zulkifli mengulangi pendirian dan prinsip bahawa Islam lebih diutamakan berbanding perkara lain yang 'jatuh' nombor dua dengan mengungkap 'for me, Islam come first, the rest are second'


ULASAN :


Saya mengharapkan semua kita amnya dan semua wakil rakyat PAS Khasnya mempunyai semangat yang sama iaitu : " Islam nombor satu dan segala yang lain adalah no dua " .

No comments: