Anwar kini ancaman ekonomi dan keselamatan negara
Posted on 18,SEPT,2008
Adakah alasan ini akan menyebabkan Anwar Ibrahim akan di tahan ISA buat kali ke-2? Sekiranya Anwar Ibrahim di tahan ISA ,adakah ekonomi akan stabil dan keselamatan negara akan aman? Apakah peristiwa 1999 akan berulang,apabila polis memecah masuk kediaman rumah anwar ibrahim ala komanda dengan memakai topeng dan bersenjata api.
PUTRAJAYA 17 Sept. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.
Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.
“Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.
Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing. - BERNAMA.
Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!
Thursday, 18 September 2008
Anwar Ibrahim Di Tahan ISA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment