Nafsu oh nafsu
Posted on 20 SEPT,2008
Puasa adalah untuk mengawal Hawa Nafsu.Mengikut ceritanya , Allah telah perintahkan Hawa Nafsu untuk mengadap tetapi dia engkar.Lalu Allah telah memerintahkan para Malaikat memenjarakan Hawa Nafsu kedalam kurungan dengan suhu yang paling panas dengan haba dari api neraka untuk sekian tahun lamanya.
Apabila telah genap tempoh hukumannya, maka Allah perintahkan Hawa Nafsu supaya mengadap, namun Hawa Nafsu masih engkar juga. Hukuman memenjarakannya dengan suhu paling panas itu masih tidak mampu mengubah sikap tidak senonoh Hawa Nafu tersebut.
Allah perintahkan kali ini supaya dia dipenjarakan dengan suhu ‘minus’ pula. Apabila telah cukup tempoh hukuman tersebut , Hawa Nafsu diperintahkan mengadap Allah ; tapi masih dengan sikap lamanya itu juga – dulu , kini dan selamanya juga!
Lantas Allah perintahkan para Malaikat supaya mengenakan ISA terhadap Hawa Nafsu buat kali ketiganya; tapi kali ini dengan larangan makan minum.
Hawa Nafsu telah dikenakan tahanan tanpa makan dan minum. Dan dalam beberapa hari saja, Hawa nafsu semakin lemah dan longlai dan barulah dia insaf tentang kebesaran Allah...
Apabila Allah perintahkan beliau mengadap , barulah kali ini dia akur.....
Demikian antara muqaddimah tazkirah Ust Norazli Musa di Dataran MBI malam tadi.Bahawa Hawa Nafsu manusia hanya dapat dikekang dan ditunggangi oleh diri manusia hanya melalui tarbiyah Ramadhan....
Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!
Saturday, 20 September 2008
Nafsu Oh Nafsu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment