Cerpen Islamic-Darul Taqwa dan Datuk Dr. Johar
Posted on 8 SEPT,2008
Di gosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang di lihatnya.Apakah sudah kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya.Di kesat matanya yang berair dengan kertas tisu.Kertas itu kemudiannya di campakkannya ke tepi jalan.
“Assalamualaikum pakcik,..Tolong kutip kertas itu.Nanti pakcik rugi di Akhirat.Kebersihan itu separuh daripada iman.”
Bunyi satu suara di belakangnya.Ia bingkas berpaling.Siapa berani menegurku? Aku Dr. Johar, orang besar negara ini.
“Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkasa Iman dan Islam datang.Nanti di dendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit.Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya.Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan ini.Siapa yang tak kelabu dengan duit merah,biru berlapis lapis. Namun Datuk Dr. terus hairan.Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated.Ada helikopter bersimpang siur bergerak di udara.Railbus bercerakah di sana-sini.Bullet Train meluncur bagaikan panah di lepaskan dari busurnya.Kesibukan yang layak di pikul oleh manusia manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka,tingkah laku mereka…Ahh, dimana aku sekarang ini,hati Datuk Dr. Johar berkata.
“Hoi budak, di mana aku sekarang?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi .
Budak itu tersenyum.Mukanya cerah dan indah.Tenang dan bersuara lunak.Apakah ini Aladdin, budak Arab dengan lampu ajaibnya; teka teki itu terus menerjah ke kepala dan kotak fikiran Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab.Belum sempat, tiba tiba sebuah kereta jenis Ferrari,merah dan bercahaya.Keluar dua orang lelaki dengan pakaian segak dan hebat.Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
“Assalamualaikum…maaf,pakcik.. Kami terpaksa mendenda pakcik.Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini.Kami terpaksa mendenda pakcik.Kebersihan itu lambang iman. Negara ini berasaskan iman…Pakcik di denda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali”
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.Datuk Dr. Johar tersentak.Apa namanya undang-undang ini.Tak ada dewan Bandaraya di seluruh dunia mengamalkannya.Beliau tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Nak marahkan aku?
“Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta.Kita selesaikan di sini sahaja.Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?” Tanyanya angkuh.
“Pakcik, kita bekerja kerana Allah,bukan kerana gaji.Lagipun duit bukan ada lagi di zaman ini.Semuanya di pandang sebagai alat,bukan matlamat” Kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
“Oh..Oh…maafkan kami pakcik.Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu?” Tanya pegawai itu pula.Aku yang gila atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya yang jelas.Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula tu – Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat jenama Bally.Ah! aku masih unggul.Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan.. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman – riak hati Datuk Dr. Johar memberitahu.
“Anak muda, pakaian pakcik ini pakaian pemimpin.Pakcik orang besar di negara ini dan keliling dunia dengan pakaian ini”
“Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau, ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ini.Moyang-moyang kami dulu sahaja yang pertahankan pakaian macam ini. Itu pakaian orang kuno Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambar sahaja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam.Orang Barat zaman moden pun dah berpakaian macam kami pakai”.
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. “Di mana aku sebenarnya ni?” Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur.Masih ada masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana.Tetapi itu sahaja, yang lain tidak ada.
“Pakcik kini berada di Bandar Mutmainnah.Ini jalan Mujahadah, namanya.Saya Haji Penguatkuasa Iman dan Islam.Di beri amanah untuk memastikan kebersihan lahir bandar ini.”.
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia Mutmainnah? Apa dia Mujahadah tu? Kalau Mujahadah setahu aku selalunya berkait rapat dengan pengebom berani mati ekstremis yang di laporkan media-media barat…Apa yang terjadi ni? Soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar…
“Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda kami ini.Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan akhirat”
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada kepada seorang penguatkuasa. “Tuan, hukumlah saya.Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa neraka amat besar tuan.Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!” rayu lelaki itu.Pegawai itu tadi berpaling ke arah lelaki yang datang, dan kesempatan itu di ambil oleh Dr. Johar.Beliau lari sekuat kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Beliau terlepas….Lega.Sebentar kemudian, lapar dan dahaga mula menggigit tekak dan perutnya.Dia mesti makan.Dia mesti minum.Tapi di mana? Tiba-tiba terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :
“Assalamualaikum,kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah.Syed Al-Abrar,hartawan besar berada di Jalan Uwais Al Qarni.Dia merayu fakir miskin supaya menerima sedekahnya.Hari ini beliau menjamu nasi dan minuman.Sila datang!”
Datuk Dr. Johar orang besar ini tidak akan mencemar dulu menagih nasi.Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan.Di lihatnya penuh dengan pelanggan.Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tidak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga.
“Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.”
“Cheh! Diskriminasi,double standard, lelaki di pisahkan dari perempuan.” Mukanya di cemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. “Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf lelaki dan perempuan? Saya tak suka dengan pemisahan-pemisahan begini!”.
Lelaki itu tersenyum. “Lima puluh tahun lalu adalah.Sekarang ini kita sudah benar-benar merdeka.Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu.Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah membantu menaikkan martabat wanita tanpa Women`s Lib. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk kesana..Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan” terangnya.Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
“Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi.Sistem pemerintahan kapitalis,sosialis,malah komunis sekalipun tak macam ini…”
“Astaghfirullah pakcik, jangan di sebut-sebut lagi nama-nama ideologi itu.Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Takwa ini.Tiada orang lagi yang berpegang dengan fahaman Jahilliyah tu…Subhanallah…”Keluh tuan kedai restoran itu sambil mengurut-urut dadanya.Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Untuk pengetahuan tuan di saat-saat akhir fahaman Jahilliyah ini , wanita-wanita mereka sudah di jadikan hanya satu alat pemuas nafsu.Anak-anak mereka pada umur belasan sudah pun melakukan perbuatan terkutuk…kemudian anak-anak baru lahir yang tidak berdosa di buang begitu sahaja di tempat awam….Kadar perceraian yang tinggi dan ramainya mereka yang tinggal serumah tanpa sebarang ikatan akhirnya membawa kepada perobohan institusi keluarga.Kejadian curang atau bertukar-tukar pasangan menjadi satu gaya hidup yang tidak di anggap berdosa…kejadian hampir 50 tahun lalu di negara ini banyak telah terjadi …..Itulah saya saya belajar di dalam buku sejarah peralihan Islam” Terang secara panjang lebar tuan punya kedai itu.
Curang? Baru Datuk Dr. Johar teringat baru semalam membawa setiausahanya yang mungil itu ke hotel…..Kemudian Datuk Dr. Johar mendapat akal. “Bukankah penduduk bukan islam di sini berhak menganut fahaman mereka juga..barulah demokrasilah namanya” ujar beliau.
“Ohh berita baik tuan, kini negara kita hampir kesemuanya menganut Islam setelah mereka mendapati segala fahaman yang di cipta manusia tidak kekal lama kerana mudah di pesongkan mengikut pemimpin mereka untuk kepentingan peribadi.Banyak orang bukan Islam yang tertarik dengan contoh-contoh baik yang telah di tunjukkan oleh kaum muslimin.Pemangkinnya adalah pada tahun 2008 ketika ketika ramai kaum bukan Islam yang mula nampak kebagusan sebuah negeri di perintah Islam yang di beri nama Darul Naim ketika itu.Itulah yang saya faham dari bacaan buku sejarah.Kini tiada lagi kaum melayu,cina,india…semuanya kaum muslim…tiada lagi masalah kaum berpuak-puak”
Ahhh!!! persetankan semua itu…malas aku nak fikir..baru minggu lepas aku hunus keris kat persidangan agong parti……kaum lain jangan cuba masuk campur urusan melayu….tanpa menyedari tindakan berikut menyebabkan kaum bukan Islam menjauhi Islam kerana tindakan orang Melayu! Arrgghh! Perut aku lapar.Datuk Dr. Johar pun duduk. “Nasi Beriani sepinggan!” ujarnya kepada pelanggan.
“Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan.
“Ya! Apa yang peliknya?”
“Baik, tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah.Tuan makan seorang?” Tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram, di renungnya ke hadapan, iaiatu tempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun.Mereka makan satu dulang.Yekk! Jijiknya.Ah! Aku tetap aku.Aku ada pendirian! Nasi dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
“Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki,” kata pelayan itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali.Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.
“Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi.Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh” ujar seorang lelaki dengan wajah yang kecewa.Suapnya perlahan…macam tak lalu makan sahaja.
“Ana tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?” tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati.Datuk Dr. Johar pasang telinganya saja. “Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit…malang nasib ana.Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima wang ana” keluhnya. “Susah kita sekarang.Orang miskin yang bolot pahala redha,pahala sabar.Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah. susahnya orang kaya macam kita ni.Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita”.
“Ohh!..” keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi “Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kita dapat korbankan harta yang banyak ini. Harta yang kita dapat ini pun dapat melalui warisan daripada bapa, yang di warisi oleh datuk saya daripada moyangnya.Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya…saya nak sedekah habis-habisan. Biar jadi Saham Akhirat” kata pemuda itu menutup perbualan.Mereka makan dengan perlahan-lahan.
Datuk Dr. Johar makin pelik. “Tambah nasi sepinggan lagi!” ujarnya kepada pelayan. “Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan…berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan, saya terpaksa mengatakan sedemikian.Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatann di sini” kata pelayan itu.
“Apa ? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri ke dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!” bentaknya. Marah campur geram. “Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujhid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau boleh amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat.Insyallah, Kita tak perlu ke hospital”.
“Bodoh, kalau macam tu, macamana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ni?” leternya.”Penyakit kencing manis? Tuan menghidapinya? Saya ada baca dalam buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit itu dah tiada siapa yang menghidapinya….”
“Batalkan saja order aku tadi,banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan, mana saya boleh dapati?” katanya.
“Di sana tuan.Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa jenis hiburan yang menyegarkan.Tak payah risau pasal bil. Percuma”.
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang di tunjukkan. Di situ ada pelbagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip.Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat di sembunyikannya. Dia malu kalau kalau dengan jenama pakaian Pierre Cardin dia di anggap kolot…..Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Di beranikan hatinya; satu butang warna hitam di tekan. Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF.Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT,ALAM BARZAKH YANG PASTI,IZRAEL DATANG TIBA-TIBA. Ohh…Ohhh… seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ni. Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengar lagu lagu macam ini. Aku belum nak mati lagi , protes hati Datuk Dr. Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan telitu…FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMATNYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI….Kepala Datuk Johar makin pusing. Semuanya tentang akhirat. Apa yang nak jadi ni?. “Takde lagu lagu yang hot sikit ke?” tanyanya kepada seoerang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
“Nanti ye pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ini. Top hits anak muda sekarang ini.”
“Ya..ya, saya setuju” Balas Datuk Dr. Johar.Telinganya di halakan kepada sistem suara di dinding restoran itu.Dia ingin dengar lagu lagu kegemaran muda mudi daerah asing ini. Tiba tiba beliau terdengarkan bacaan suci ayat-ayat Al Quran… “Ehh..ini suara orang mengaji..aku mana faham makna dia…baca jer tahulah”
“Nanti dulu pakcik, selepas ini ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya” kata pemuda berjubah coklat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.
Kemudian getaran suara bergema
“…Cintaku berlabuh di persada Rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci
Inilah getaran hatiku memburu cinta…
Stanza hati merindu Ilahi!”
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Dia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. “Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sahaja..” Datuk Dr Johar makin geram.Dia menderam dan berkata “Saya bayar dengan kad kredit saja!”. Dia hulurkan kad kredit keemasannya. “Maaf sekali lagi tuan.Kad kredit ini bukan yang kami boleh terima, kami halalkan”
“Tidak!, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank.Takkan saya nak bawa, nanti di sambar pencuri”.
“Darul Taqwa tidak ada pencuri tuan. Pencuri terakhir telah di potong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta di hukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa neraka”
“Ahhh…aku tak nak dengar semuanya ini…makin gila aku di buatnya” pekik Datuk Dr. Johar meluru keluar dari restoran itu. Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa dan bagaimana orang-orang kolot ini mampu mentadbir teknologi begini tinggi?
Pemandu Bullet Train berserban merah tersenyum kepadanya.Pilot helikopter dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIR TRANSPORT’ sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan ada papan iklan bertulis : “KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH”.Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan beserta anak-anak mereka.Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.
Isskk, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum..seolah-olah menyindir dan mengejek. Di tepi tepi jalan pula terdapat iklan-iklan pelbagai ;
Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? MENGAPA?!! Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat tiba-tiba meletus…
“Datuk..! Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk!”
Datuk Dr. Johar bangun.Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
“Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? Tanya Datuk Dr. Johar.
“Tidak, ‘tuk.Rakyat bangun memprotes.Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya…!”
“Habis, mereka mahu apa?”
“Mereka mahu ISLAM, Datuk!”
“Islam?” keluh Datuk Dr. Johar. Di gosok-gosokkan lagi matanya itu.
“ISLAM KAN TETAP DI JULANG WALAUPUN DI TENTANG…ITULAH JANJI ILAHI”
Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!
Monday, 8 September 2008
Sebuah Cerpen Darul Taqwa Dan Datuk Dr. Johar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment