Posted on 13 SEPT,2008
JAKARTA: Sebuah parti Islam di Indonesia berharap rang undang-undang antipornografi yang dibentangkan di Parlimen selama lebih tiga tahun akan diluluskan beberapa minggu lagi sebagai 'hadiah Ramadan' kepada umat Islam negara itu, lapor akhbar semalam.
Ahli perundangan di negara paling ramai umat Islam di dunia itu setakat ini belum meluluskan rang itu, yang bertujuan melindungi golongan muda daripada bahan lucah dan aksi tidak sopan, kerana kritikan ia akan mengancam tradisi toleransi di Indonesia.
"Ia akan menjadi hadiah Ramadan," Mahfudz Siddiq, anggota Parlimen Parti Keadilan dan Kemakmuran, dipetik sebagai berkata oleh akhbar Jakarta Post.
Katanya, rang itu amat diperlukan kerana kejatuhan moral yang menjadi-jadi di negara itu.
Bulan Ramadan bermula 1 September lalu dan berakhir dengan sambutan Aidilfitri sebulan kemudian.
Laporan Jakarta Post menyebut, jawatankuasa Parlimen yang membincangkan rang itu dijangka mengemukakan deraf akhir di Parlimen beberapa minggu lagi.
:sumber Berita Harian
Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!
Saturday, 13 September 2008
Parti Islam harap lulus undang-undang antipornografi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment