Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Monday 22 September 2008

Kempunan Mohd Ali Rustam

Kempunan Mohd Ali Rustam
Posted on 22 SEPT,2008


Bukan dua Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tetapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang digambarkan sebagai pilihan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi regunya mewarisi kepimpinan negara.

Akhbar The Straits Times Singapura (ST) membayangkan perkara itu apabila melaporkan, para pemimpin Umno menyatakan Najib tidak berminat dengan Muhyiddin atau Mohd Ali dan lebih memihak kepada Zahid yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya.

Perkara itu dinyatakan ketika akhbar melaporkan tentang minoriti kecil dalam Umno yang percaya Najib mahu mengekalkan keadaan yang ada sekarang di mana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi Presiden kerana beberapa sebab.

Sebab pertama, kata mereka, jika Najib menjadi Presiden Umno, beliau terpaksa memilih sama ada Muhyiddin atau Mohd Ali sebagai timbalannya. Sedangkan, beliau memihak kepada Zahid.

Selain itu, mereka percaya, jika Najib menerajui Umno sebelum pemilihan parti itu, ia akan mencetuskan perebutan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dijangka akan memecahbelahkan lagi Umno yang sudah pun retak di sana-sini.

Bagaimanapun, tidak ramai yang berpandangan demikian, lapor ST.

Kebanyakannya percaya Najib tidak sanggup berhadapan dengan risiko kehilangan penyokongnya sendiri jika beliau terus setia kepada Abdullah.

Najib tidak boleh lagi mempertahankan Abdullah.

Keinginan Abdullah untuk bertahan sehingga 2010 bagi memperbaiki rekod buruk pemerintahannya tidak diyakini oleh ahli-ahli Umno.

Seperti dilaporkan ST, ramai yang tidak yakin Abdullah mampu berbuat apa-apa.

Jika beliau tidak mampu mencapai apa-apa pun ketika kedudukannya kukuh, apa yang boleh dilakukan Abdulah ketika beliau begitu lemah?

ps: Nampak gayanya Ali Rustam kempunan menjadi Timbalan Perdana Malaysia.
Ali lawan...Zabidi bukan naib Presiden, atau semua tak merasa...tunggu....

No comments: