Discover How You Can Transform Your Fingers To a Calculator!

Saturday 6 September 2008

Ali Rustam Mengimam Solat Tarawih

Ali Rustam Mengimam Solat Tarawih
Posted on 6 SEPT,2008

Sejak-menjak ni Datuk Seri Ali Rustam sering mengutarakan pandangan dan mendapat tempat dalam akhbar-akhbar harian, bermula kes perjumpaan pimpinan Pas dengan UMNO, Ali Rustam lebih lembut tidak seperti selalu ,Ali Rustam akan menghentam Pimpinan Pas.

Baru-baru ini Ali Rustam berkata hendak menjadikan rakyat melaka menjadi kaya-raya.
Hebat sungguh ,beruntung sungguh rakyat melaka mendapat Ketua Menteri macam ni. Mungkin bakal menjadi PM Baru, seperti ramalan orang, RAHMAAN A pertama adalah Abdullah, A yang kedua Anwar kalau berlaku 16 Sept, tapi kalau tidak mejadi A kedua mungkin Ali Rustam.Ali Rustam mesti tersenyum.....

Dalam Sinar Harian Ali Rustam berkata beliau menggalakkan program tazkirah selapas solat tarawih.Setahu saya sebelum ini beliau dan kuncu - kuncunya bukan main marah lagi, bahkan pernah diarahkan pantau mana - mana masjid atau surau yang mengadakan tazkirah selepas tarawih kerana dianggap mempolitikkan masjid.

Mungkin selapas ini Ali Rustam menggalakkan semua wakil rakyat UMNO mengimamkan solat tarawih.Mesti mesjid bukit katil penuh dengan puteri UMNO dan mat rempit sembahyang tarawih yang dimamkan oleh IMAM ALI RUSTAM.


No comments: